Lirik Lagu Tangis Sebatang Tamar

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

.

Dalam banyak-banyak lagu, lirik dan alunan nasyid ‘Tangis Sebatang Tamar’ oleh Daqmie dalam album Maulaya, begitu mengesankan sejak kebelakangan ini. Ia mengingatkan kita tentang kisah benar sebatang pohon tamar / kurma yang menangis kerana terlalu rindukan Rasulullah ﷺ.

Perhatikan lirik ‘Tangis Sebatang Tamar’ berikut :-

.

Tangis Sebatang Tamar

.

Sedu sedan itu bak ratapan si kecil

Yang rindu belaian dan perhatian

Yang mendambakan kasih dan sayang

Dari seorang insan yang penyayang

 

Tangisan itu dari sebatang tamar

Yang sebelumnya menjadi mimbar

Sandaran Rasul tika menyampai khutbah

Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

 

Kisah tangisan sebatang tamar

Menyentuh hati, mengocak perasaan

Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu

Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

 

Tangisan itu dari sebatang tamar

Yang sebelumnya menjadi mimbar

Sandaran Rasul tika menyampai khutbah

Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

 

Betapa kerasnya hatiku ini

Untuk menghayati perjuangan mu

Betapa angkuhnya diri ku ini

Untuk menghargai perjuangan mu

 

Ya Rasulallah

Ingin aku menjadi sebatang tamar

Yang menangis rindu kepada mu

 

Ya Rasulallah

Biarlah aku hanya sebatang tamar

Namun dapat bersama mu di dalam syurga

 

Tangisan itu dari sebatang tamar

Yang sebelumnya menjadi mimbar

Sandaran Rasul tika menyampai khutbah

Diganti mimbar baru kerna keuzurannya.

.

.

Penggunaan bahasa dan penceritaan dalam lirik lagu ini mudah difahami, bersahaja dan padat pengisiannya di samping ia merupakan sirah Rasulullah ﷺ. Simbol metafora digunakan bagi melambangkan betapa tangisan tamar disebabkan kecintaan mendalam terhadap Baginda ﷺ yang memiliki peribadi terpuji.

Ceritanya seolah-olah seperti mengimbas kisah masyhur tersebut. Lirik lagu juga menyatakan perasaan batang tamar yang merindui saat-saat menjadi mimbar dan kesedihannya apabila Rasulullah ﷺ tidak lagi menggunakannya atas faktor keusangan.

.

Penceritaannya juga dikaitkan dengan situasi masyarakat dan diri masa kini, tentang iltizam menjadi makhluk ciptaan Allah سبحانه وتعالى yang patuh kepada-Nya dan dan keinginan berjihad untuk mengamalkan ajaran agama sebenar serta kesinambungan perjuangan Baginda selagi hayat dikandung badan menuju syurga Firdausi.

.

Jika pokok kurma sanggup berkorban demi Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ, bagaimanakah dengan kita sebagai makhluk yang sempurna akal dan anggota fizikal. Adakah masa hidup kita bertepatan dengan petunjuk Al-Quran dan sunnah yang dibawa oleh Baginda?

Marilah kita perbanyakkan selawat kepada Baginda Rasul di bulan maulid ini. Di samping berdoa, moga suatu hari nanti kita akan bertemu dengan Rasulullah ﷺ.

.

اَلْلَّهُـمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِه وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

.

.

والله أعلم بالصواب

WAllah سبحانه وتعالىu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah سبحانه وتعالى Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

3 responses to this post.

  1. Posted by Kamal Umar on 10/01/2015 at 9:09 pm

    Subhanallah. …

    Reply

  2. Posted by Ranok on 10/01/2015 at 11:08 pm

    ‏اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ .إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

    masyallah…sedangkan pohon tamar pun menanggis merindui Rasulullah s.a.w. Manakala manusia yg yg di beri nikmat hati & akal pun sibuk dgn dunia sampai lupa berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. ..

    Reply

  3. Subhanallah… Tahniah Daqmie dan Ito Lara atas kejayaan besar lagu Tangis Sebatang Tamar dalam Anugerah Nasyid IKIM FM (ANI 2014) yang berlangsung malam tadi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya.

    Antara kemenangan yang diraih lagu Tangis Sebatang Tamar nyanyian Daqmie yang liriknya ditulis oleh Ito Lara adalah:

    Juara Nasyid Terbaik Anugerah Nasyid Ikim FM 2014
    Lirik Terbaik : Ito Lara
    Vokal Terbaik : Daqmie
    Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta

    Daqmie berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta pakej umrah, penapis air kalsium berkolagen, baucer buku dan trofi yang kesemuanya bernilai RM40,000.

    Tahniah sekali lagi, semoga terus berjuang memartabatkan nasyid dan karya Islamik.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: