Tahlil Untuk Mangsa MH370 Selepas Solat Jumaat

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

PRAY FOR MH370.

Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan majlis tahlil khas, khusus untuk semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370 selepas solat Jumaat hari ini. Ini berikutan pengumuman Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman selepas 327 hari insiden pesawat malang MH370.

 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata, Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya serta seluruh masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengadakan majlis tahlil khas sejurus selepas solat Jumaat.

“Dalam masa sama, seluruh masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia adalah dipohon kerjasama untuk mengambil inisiatif yang sama,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 25 Mac tahun lepas bagaimanapun telah memutuskan bahawa Solat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan sebaliknya memadai dengan mengadakan tahlil.

Katanya, mengenai hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa, atau hukum-hukum lain hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan undang-undang yang ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.

.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman hari ini mengumumkan insiden pesawat malang MH370 secara rasmi diisytiharkan sebagai satu kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu dianggap telah terkorban.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang itu hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas yang sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

.

.

Kenyataan Ketua Pengarah DCA

.

Dalam pengumuman oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang disiarkan RTM1 pada pukul 6 petang semalam, pengisytiharan tersebut dibuat setelah pesawat itu dianggap terlibat nahas, menepati takrifan Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa, yang lazimnya dirujuk sebagai Konvensyen Chicago.

Beliau berkata, sehubungan itu, selepas 327 hari (setakat semalam) dan dengan segala data yang diperoleh, adalah tidak mungkin untuk kesemua penumpang dan krew yang berada di dalam pesawat tersebut berpeluang untuk hidup.

Menurut beliau, ini berikutan data menunjukkan penerbangan MH370 berakhir di dasar laut kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi melibatkan kedalaman mencecah 6,000 meter yang jauh daripada kemungkinan untuk mendarat di mana-mana lokasi.

“Untuk itu, dengan perasaan berat hati dan kesedihan yang amat mendalam, bagi pihak kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan MH370 adalah suatu nahas selaras dengan Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konven­syen Chicago.”

“Justeru, kesemua 239 penum­pang dan krew dalam pesawat itu dianggap telah terkorban,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Teknikal Peringkat Tertinggi MH370.

Menurut Azharuddin, buat masa ini tidak ada keterangan untuk pihak penyiasat mengaitkan sebarang spekulasi kepada punca nahas tersebut. Ini berikutan siasatan pihak berkuasa berhadapan kekangan kekurangan bukti fizikal terutama perakam pesawat.

 

“Pasukan siasatan keselamatan MH370 melibatkan tujuh negara dan siasatan jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga masih berlangsung. Dan laporan interim berkaitan perkembangan siasatan keselamatan dijangka dikeluarkan dalam tempoh setahun atau kira-kira setahun selepas insiden nahas tersebut berlaku,” jelasnya.

.

.

.

KENYATAAN RASMI KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), DATUK OTHMAN MUSTAPHA BERKENAAN PENGUMUMAN STATUS PESAWAT MH370

  1. Saya mengambil kesempatan bersama seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan di atas tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang telah diisytiharkan kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat tersebut dianggap telah terkorban seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) petang tadi.

  1. Ekoran daripada pengumuman tersebut Kerajaan telah mengesahkan bahwa semua penumpang dan anak kapal telah dianggap meninggal dunia, saya ingin menjelaskan beberapa perkara mengenai kedudukan hukum dan berkaitan dengan tragedi MH370 sepertimana yang telah diputuskan oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 25 Mac 2014 yang lalu telah mengambil beberapa ketetapan bahawa Solat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan. Sebaliknya semua umat Islam adalah diseru supaya mengadakan tahlil dan doa kepada semua penumpang dan anak kapal MH 370.

  1. Sehubungan dengan itu, Masjid Negara akan mengadakan Tahlil khas sebaik sahaja selesai Solat Jumaat esok, 30 Januari 2015. Manakala, Masjid-masjid di bawah seliaan Jakim iaitu Masjid Putra, Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya serta seluruh masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga akan mengadakan Majlis Tahlil khas sejurus selepas Solat Jumaat.

  1. Dalam masa yang sama, seluruh masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia adalah dipohon kerjasama untuk mengambil inisiatif yang sama.

  1. Mengenai hal-hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa, atau hukum-hukum lain yang bersangkutan daripada tragedi ini, ianya hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.

Sekian dimaklumkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATUK OTHMAN MUSTAPHA

29 Januari 2015

.

Sumber – UM, BERNAMA

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: