Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 84, meninggal dunia di sisi anggota keluarganya pada jam 9.40 malam tadi selepas kira-kira sejam di bawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian ke kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

 

Mantan menteri besar itu, yang dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lalu kerana mengidap kanser prostat tahap empat yang dialaminya. Tahap kesihatan Allahyarham difahamkan merosot ketika banjir besar melanda negeri itu malah bertambah kritikal selepas menjalani rawatan pada ulsernya, pada hari Rabu lepas.

Allahyarham merupakan anak ke dua, dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka. Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan 5 perempuan.

Allahyarham mendapat pendidikan di India, Pakistan dan  Mesir merupakan seorang ulama yang disegani di kalangan masyarakat Islam.

Nik Abdul Aziz memenangi kerusi parlimen Kelantan Hilir (kini Pengkalan Chepa) dalam pilihan raya kecil 1967, selepas menyertai PAS pada tahun itu. Beliau seterusnya dilantik menjadi menteri besar Kelantan pada 1990 dan kekal di jawatan tersebut sebelum menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya Datuk Ahmad Yakob selepas pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

Solat jenazah akan diadakan pada jam 10 pagi esok di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka.

 .

.

إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un

“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.”

.

Al-Fatihah… Semoga roh arwah tenang bersemadi dan di tempatkan di kalangan orang-orang soleh serta dicucuri rahmat Allah سبحانه وتعالى .

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: