Ambil Langkah Berjaga-Jaga Ketika Cuaca Panas

 بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

24tipsnajib.transformed.

Ambil Langkah Berjaga-Jaga Ketika Cuaca Panas | Musim panas ekstrem dijangka melanda negara mulai minggu ini boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba. Orang ramai dinasihati supaya mengambil langkah berjaga-jaga jaga untuk kekal sihat dan mengelakkan diri daripada penyakit berkaitan kepanasan.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.”

 

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Beberapa kawasan dalam negara kini mengalami cuaca panas dan kering yang merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan keadaan itu diramal berlaku sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail pula, “keadaan cuaca sekarang belum mencapai tahap ‘gelombang panas’ dan masih dikategorikan sebagai normal.”

Suhu di kebanyakan negeri di Malaysia ketika ini adalah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius, tetapi semalam di Chuping Perlis suhunya telah mencapai ke 36 darjah Celcius.

Che Gayah turut menyatakan bahawa musim peralihan monsun akan bermula menjelang bulan April sehingga pertengahan Mei yang mana negeri-negeri pantai barat Semenanjung akan mengalami cuaca lebih lembap dan ribut petir di sebelah tengahari dan petang.

Katanya lagi, “keadaan cuaca hujan lebat dan ribut petir tersebut adalah biasa sebelum berlakunya monsun Barat Daya yang bermula Jun sehingga September yang akan menyebabkan negara menjadi kering dan dilanda jerebu.”

Dr. Noor Hisham menyatakan, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.”

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

.

.

Cuaca Panas Melampau Boleh Membawa Maut

.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.

Maka jagalah kesihatan antum dalam cuaca sekarang,. Mencegah lebih baik daripada merawat!.

.

.

والله أعلم بالصواب

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: