Fenomena Gerhana Bulan Penuh di Malaysia dan Asia Sabtu Ini

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

gerhana bulan penuh 2011.

Penduduk Malaysia dan Asia Tenggara berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada hari Sabtu ini (4 April 2015). Fenomena kali ini adalah satu-satunya kejadian gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun ini.

 

Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fasa fenomena gerhana bulan penuh tersebut bermula pada jam 5.01 petang di semenanjung Malaysia. Pada ketika itu, bulan baru memasuki kawasan bayang-bayang yang dipanggil penumbra.

.

Di Sabah, bulan akan terbit lebih awal berbanding di semenanjung iaitu sekitar 6 petang dan untuk itu penduduk di Sabah dapat menyaksikan fenomena tersebut bermula dari fasa separa sehingga tamat keseluruhan gerhana.

Di semenanjung pula, bulan hanya akan terbit sekitar 7.20 malam dan ini bermakna fasa gerhana bulan penuh bermula sejurus selepas bulan terbit.

.

.

Fasa Perjalanan Gerhana Bulan pada tarikh 4 April 2015

 .

gerhana bulan penuh.

Pada jam 6.15 pm, bulan akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra. Pada jam 7.57 pm, bulan akan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang umbra, menandakan bermulannya fasa gerhana penuh.

Pada jam 8.00 pm, bulan berada di puncak gerhana dan pada jam 8.02 malam, ia mula bergerak keluar dari bayang-bayang umbra. Pada jam 9.44 pm, bulan sepenuhnya keluar dari bayang-bayang umbra, tetapi masih berada dalam kawasan penumbra, sehinggalah jam 10.58 pm, yang mana secara rasminya, bulan telah pun keluar sepenuhnya dari kawasan bayang-bayang bumi penumbra.

.

Kita di Malaysia bersyukur akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan ini walaupun tanpa menggunakan alat bantuan (teleskop). Lokasi terbaik untuk melihat fenomena tersebut adalah di kawasan yang paling timur dengan ufuk yang tidak terlindung. Sumber: falakonline dan Bernama

Sehubungan dengan gerhana bulan penuh ini, Umat Islam disarankan supaya melakukan Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) yang amat digalakkan (sunat muakkad). Sepertimana biasa masjid-masjid utama di seluruh negara akan mengadakan Solat Sunat Gerhana bermula jam 5.05 pada hari berlakunya tersebut (4 April 2015).

 

Panduan solat sunat ini boleh dirujuk di SINI

Seharusnya kemunculan fenomena alam ini dijadikan momentum umat muslim bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan melaksanakan Solat Gerhana Bulan (khusuf), memohon ampun, beristighfar dan berdoa.

 .

Rasulullah ﷺ bersabda :

إن الشمس والقمر آيتانمن آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتىينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu, berdoalah kepada Allah, dirikanlah solat sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: