Khutbah Khas Gerhana : Gerhana Bulan Bukti Kekuasaan Ilahi

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Khutbah Khas Gerhana “Gerhana Bulan Bukti Kekuasaan Ilahi”

.

 Gerhana Bulan Bukti Kekuasaan Ilahi awal

Khutbah gerhana

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah”.

.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

.

Saya berpesan kepada diri saya dan juga kepada sekalian jemaah agar kita benar-benar bertakwa kepada Allah dengan menjunjung segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan itu hidup kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

.

.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

.

Hari ini kita diperlihatkan dengan satu tanda kekuasaan Allah Yang Maha Agung iaitu kejadian gerhana bulan. Gerhana bulan terjadi apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini hanya boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah yang mampu mengubah segalanya di langit dan bumi pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat Qada’ dan Qadar.

Allah SWT berfirman dalam surah Fussilat ayat 37:

 وَمِنْ ءَايَـٰتِهِ ٱلَّيْلُ وَٱلنَّهَارُ وَٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ ۚ لَا تَسْجُدُوا۟ لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُوا۟ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ﴿٣٧﴾

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah”.

.

Fenomena ini telah berlaku sejak alam ini diciptakan sehingga ke hari ini. Pelbagai pengkaji dari zaman lampau telah mula mengkaji fenomena ini. Tidak ketinggalan juga gerhana ini dikaji oleh ahli falak muslim seperti Abu Raihan al-Biruni yang telah membuat cerapan di Ghazna pada tahun 1019M.

Abu Hasan Ali Ibn Abd Rahman Ibn Yunus (wafat sekitar 1009M), telah menyiapkan sebuah az-Zij al-Hakimi Al-Kabir, iaitu satu jadual gerhana dan ijtimak planet-planet yang disusun khas untuk khalifah al-Hakim berdasarkan 100 cerapan.

Kejadian gerhana ini juga dicatit oleh tokoh-tokoh Islam seperti Imam Tabari dalam kitab Tarikhnya, Imad al-Din al-Asfahani al-Khatib di zaman Salahuddin al-Ayyubi dan tokoh-tokoh lain.

Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas kehendak dan kuasa Allah atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini.

.

Islam menganjurkan umatnya untuk melaksanakan solat sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari. Berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w daripada Aisyah R.Ha:

“Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan baginda bersabda: “maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari).”

.

Sebagai umat Islam kita mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah SWT adalah pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah di bawah kekuasaan Allah yang maha berkuasa menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah SWT dan ianya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri.

Lantaran itu juga kita dituntut untuk melihat segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah dan tidak lalai daripada memikirkan segala penciptaanNya. Tidaklah Allah menjadikan setiap sesuatu itu sia-sia, malah terdapat hikmah disebalik peraturannya. Kejadian seperti ini juga sepatutnya mengingatkan kita tentang kehancuran alam ini dan kedatangan hari kiamat yang penuh huru hara, hari yang dibimbangi dan dahsyat yang pasti akan berlaku. Kesedaran sebegini akan meletakkan diri kita begitu kerdil dan sentiasa mengharapkan rahmat serta pertolongan Allah s.w.t.

.

.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

.

Gerhana bulan merupakan satu petanda kekuasaan dan keagungan Allah SWT untuk seluruh manusia agar patuh dan setia di atas perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Gerhana bulan berlaku sebagai satu peringatan daripada Allah SWT bahawa di sana akan ada satu hari pembalasan di atas segala amal perbuatan yang telah dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Kejadian ini akan berterusan sehingga matahari dan bulan  dihimpunkan dan ketika itu berlakunya kiamat. Firman Allah SWT  dalam surah al-Qiyamah ayat 7-9:

 فَإِذَا بَرِقَ ٱلْبَصَرُ ﴿٧﴾ وَخَسَفَ ٱلْقَمَرُ ﴿٨﴾ وَجُمِعَ ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ ﴿٩﴾

Maksud: “Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), dan apabila bulan telah hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan”.

.

.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

.

Mimbar mengharapkan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, kesedaran, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Qasas ayat 71-73:

 قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيْكُمُ ٱلَّيْلَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ مَنْ إِلَـٰهٌ غَيْرُ ٱللَّهِ يَأْتِيكُم بِضِيَآءٍ ۖ أَفَلَا تَسْمَعُونَ ﴿٧١﴾ قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيْكُمُ ٱلنَّهَارَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ مَنْ إِلَـٰهٌ غَيْرُ ٱللَّهِ يَأْتِيكُم بِلَيْلٍ تَسْكُنُونَ فِيهِ ۖ أَفَلَا تُبْصِرُونَ ﴿٧٢﴾ وَمِن رَّحْمَتِهِۦ جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا۟ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِهِۦ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٧٣﴾

Maksudnya: “Katakanlah: Bagaimanakah pandanganmu jika Allah menjadikan malam kepadamu tetap selama-lamanya hingga ke hari Kiamat; siapakah selain Allah yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar? Katakanlah: Apakah pendapatmu jika Allah menjadikan siang kepadamu tetap selama-lamanya hingga ke hari Kiamat; siapakah tuhan selain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat? Dan di antara rahmat-Nya, Ia menjadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”

.

Berdasarkan kepada maksud ayat yang telah dibacakan, mimbar menggariskan beberapa nasihat untuk dijadikan pedoman bersama:

Pertama: Berfikir dan bertafakkur setiap kejadian fenomena alam;

Kedua: Memperingati tentang nikmat syurga dan azab neraka;

Ketiga: Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah SWT;

Keempat: Bersyukur, Menghitung, mempertingkatkan dan memperkemaskan amal kebajikan sepanjang masa; dan

Kelima: Bersegera memohon taubat kepada Allah SWT di atas kealpaan dan keingkaran mentaati perintah-Nya.

.

بَارَكَ اَللَّهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اَللَّهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَعْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

.

.

(KHUTBAH KEDUA)

  .

 Gerhana Bulan Bukti Kekuasaan Ilahi 2a

 وَمِنْ ءَايَـٰتِهِۦٓ أَن يُرْسِلَ ٱلرِّيَاحَ مُبَشِّرَ‌ٰتٍ وَلِيُذِيقَكُم مِّن رَّحْمَتِهِۦ وَلِتَجْرِىَ ٱلْفُلْكُ بِأَمْرِهِۦ وَلِتَبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِهِۦ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٤٦﴾

Maksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasan-Nya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan; dan untuk merasakan kamu dari rahmat-Nya, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintah-Nya, dan juga supaya kamu dapat menuntut kurnia-Nya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur”. (Surah ar-Rum: ayat 46)

.

.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

.

Pada malam ini kita berhimpun dan berkumpul dengan penuh harapan agar doa, rayuan kita diterima Allah SWT. Semoga Allah memulihkan cuaca gerhana bulan yang kita saksikan sekarang ini, supaya kita terus sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah hendaknya. Berdoalah wahai saudara-saudaraku, semoga selepas perhimpunan ini cuaca kembali teratur dan baik untuk dinikmati bersama.

Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 71-73:

 قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيْكُمُ ٱلَّيْلَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ مَنْ إِلَـٰهٌ غَيْرُ ٱللَّهِ يَأْتِيكُم بِضِيَآءٍ ۖ أَفَلَا تَسْمَعُونَ ﴿٧١﴾ قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيْكُمُ ٱلنَّهَارَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ مَنْ إِلَـٰهٌ غَيْرُ ٱللَّهِ يَأْتِيكُم بِلَيْلٍ تَسْكُنُونَ فِيهِ ۖ أَفَلَا تُبْصِرُونَ ﴿٧٢﴾ وَمِن رَّحْمَتِهِۦ جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا۟ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِهِۦ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٧٣﴾

Maksudnya: “Katakanlah: Bagaimanakah pandanganmu jika Allah menjadikan malam kepadamu tetap selama-lamanya hingga ke hari Kiamat; siapakah selain Allah yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar? Katakanlah: Apakah pendapatmu jika Allah menjadikan siang kepadamu tetap selama-lamanya hingga ke hari Kiamat; siapakah tuhan selain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat? Dan di antara rahmat-Nya, Ia menjadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”

.

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ

Gerhana Bulan Bukti Kekuasaan Ilahi 3aGerhana Bulan Bukti Kekuasaan Ilahi 3b

.

.

Khutbah Khas Gerhana

Gerhana Bulan Bukti Kekuasaan Ilahi

(4 April 2015/14 Jamadilakhir 1436)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: