Bertaqwa Dan Berakhlak Mulia

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

 

Diceritakan daripada Abu Zar r.a. (Jandab bin Janadah) dan Abi Abdullah Muaz bin Jabal Radliyallaahu’anhuma, Rasulullah ﷺ bersabda:

bertaqwa dan berakhlak

.

Huraian Hadis:

.

Sifat utama dan istimewa yang mungkin dicapai oleh orang Islam ialah bertakwa kepada Allah سبحانه وتعالى, iaitu menjunjung segala titah perintah Allah سبحانه وتعالى samada yang berupa suruhan atau larangan dengan adanya sifat takwa ini dapat mengangkatkan seseorang itu kepada darjah yang mulia di sisi Allah سبحانه وتعالى.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ 

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah سبحانه وتعالى ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu.” (Surah Al-Hujrat; Ayat 13)

Dengan sifat takwa ini akan membezakan kemuliaan seseorang itu di sisi Allah سبحانه وتعالى, manakala sifat takwa ini dapat dicapai oleh sesiapa pun di kalangan orang Islam di dunia ini.

Dalam hadisnya di atas Rasulullah ﷺ mengesa orang Islam supaya mematuhi segala perintah Allah سبحانه وتعالى dan selalu mendekatkan diri kepadaNya sehingga dengan itu mereka akan mencapai darjah takwa yang dimuliakan itu.

.

Sebenarnya sifat takwa itu merangkumi perkara-perkara Akidah, hukum-hukum dan Akhlak yang mulia. Orang mempunyai sifat takwa itu akan memperolehi hidayah dan pertunjuk daripada Allah سبحانه وتعالى dan akan membuat perkara-perkara baik dan seterusnya akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi Allah سبحانه وتعالى.

Pencapaian takwa menerusi Akidah ialah menyakini keesaan Allah سبحانه وتعالى dan kekuasaannya di atas sekalian makhluk dan seterusnya beriman dengan perkara-perkara yang berkait dengannya. Dari keimanan yang teguh terhadap rukun-rukun Iman itu akan lahirlah rasa ketaatan yang ikhlas terhadap perintah-perintah Allah سبحانه وتعالى serta timbul pula sifat-sifat mulia hingga dengan demikian tidaklah seseorang itu berani melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran seperti mencuri, minum arak, menerima rasuah, menyalahgunakan dadah dan sebagainya.

.

Manakala pencapaian takwa menerusi hukum-hukum Allah سبحانه وتعالى pula ialah dengan menjunjung dan menunaikan segala kewajipan seperti menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam, mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, seterusnya untuk melaksanakan undang-undang dan hukum Allah سبحانه وتعالى mengikut jalan-jalan yang diredhaiNya. Demikian juga menghiasi diri dengan sifat-sifat mulia sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ.

Dengan adanya sifat takwa pada seseorang itu jika ianya terlanjur melakukan sesuatu kesalahan atau kejahatan ia akan disusuli dengan kerja-kerja kebaikan kerja amalan yang baik boleh menghapuskan sesuatu kejahatan.

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّ ٱلْحَسَنَـٰتِ يُذْهِبْنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِۚ

“Sesungguhnya perkara kebaikan itu dapat menghapuskan perkara kejahatan.” (Surah Hud; Ayat 114)

Sebenarnya pada hari Akhirat amalan baik dan jahat itu akan ditimbang dalam neraca keadilan Allah سبحانه وتعالى dan sesiapa yang berat timbangan amalan kebaikannya akan dimasukkan ke dalam syurga Allah سبحانه وتعالى yang penuh nikmat dan sesiapa yang berat timbangan amalan kejahatannya akan dimasukkan ke dalam neraka yang penuh azab seksaan.

.

Seterusnya menerusi hadis di atas Rasulullah ﷺ menyeru orang Islam supaya menunjukkan sifat baik dan tingkahlaku yang mulia apabila bergaul sesama sendiri, kerana keharmonian sesebuah masyarakat itu terletak kepada kebaikan dan disiplin setiap ahli anggotanya.

Rasulullah ﷺ pernah bersabda: “Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia.”

Oleh itu tiap-tiap orang Islam hendaklah mematuhi tiga fungsi hidup yang disebutkan oleh Rasulullah ﷺ dalam hadisnya di atas tadi, iaitu:

  1. Sentiasa bertakwa kepada Allah سبحانه وتعالى di mana sahaja mereka berada.
  2. Memperbanyakkan amalan-amalan baik supaya dengan itu dapat mengurangkan berat timbangan amalan kejahatan di akhirat kelak.
  3. Hendaklah berakhlak mulia bila bergaul diantara sesama manusia.

.

.

Pengajaran Hadisnya:

.

Di antara pengajaran yang dapat difahamkan dari hadisnya di atas ialah:

  1. Orang Islam hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah سبحانه وتعالى baik di mana sahaja mereka berada.
  2. Apabila terlanjur membuat perkara kejahatan hendaklah segera menampalnya dengan amalan kebaikan.
  3. Suatu amalan kebaikan yang dilakukan itu boleh melenyapkan berat timbangan amalan kejahatan di Akhirat kelak.
  4. Tiap-tiap orang Islam hendaklah sentiasa bersifat mulia dalam pergaulan sesamanya.

.

.

Rasulullah ﷺ diutuskan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk menyempurnakan akhlak manusia. Baginda  ﷺ juga telah meninggalkan para sahabat sebagai contoh yang seharusnya diikuti. Moga-moga kita sentiasa berada dalam bimbinganNya. Marilah jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan untuk berjaya di dunia dan di akhirat kelak. InsyaAllah.

Ya Allah! Bantulah hambaMu ini untuk memperbaiki akhlakku dan keluargaku.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: