Marhaban Ya Sahr Sya’ban

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bulan Syaaban-SQ.

Marhaban Ya Sahr Sya’ban (Selamat Datang Syaaban) ! Alhamdulillah Rejab sudah berlalu, kini telah masuk bulan Sya’ban. Bermakna, hanya tinggal 30 hari lagi menjelang Ramadhan Al Mubarak…

 

Moga antum sudah mula mempersiapkan diri memperlengkapkan ibadah di samping mohon diberi kesempatan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk bertemu dengan Ramadhan. Rasulullah ﷺ menyarankan umatnya banyakkan berdoa terutama ketika tiba tiga bulan ini;

Amalan Di Bulan Syaaban

“Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

(HR Ahmad dan At Tabrani, daripada Anas)

.

Di antara keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah سبحانه وتعالى, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan memperbanyakkan amal ibadah dan kebajikan seperti dilakukan oleh Rasulullah ﷺ yang patut dicontohi, di mana ianya merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

.

Bulan Syaaban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah ﷺ. Baginda lebih banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain.

Rasulullah ﷺ pernah ditanya, mengapa baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain?

Baginda ﷺ bersabda: “Bulan itu (Syaaban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Allah, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa.” (HR An-Nasaie r.a.)

.

Maka marilah rebut peluang dan kelebihan yang ada di bulan Syaaban dengan kita sama-sama berpuasa pada awal Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kerana antara hikmahnya adalah;

Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhir Syaaban, maka Allah سبحانه وتعالى kurniakan pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

.

Kelebihan yang Allah سبحانه وتعالى berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi hamba yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah mencari keredhaan Allah سبحانه وتعالى.

.

Walaupun sesetengah amalan dianggap sukar kerana menguji ketahanan emosi, mental dan fizikal; ganjaran jika mampu melakukannya sangat besar. Allah yang Maha Lembut lagi Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini kepada mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka.

Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Maka mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan.

.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah ﷺ bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

.

Jadikanlah bulan ini sebagai permulaan untuk mendidik, melatih dan mentarbiah peribadi agar lebih cekal, kental, bersabar dan istiqamah dalam menempuh sebarang ujian, cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui apabila menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

1 Syaaban 1436H

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: