Sijil Pengesahan Halal Secret Recipe Ditarik Balik

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

rangkaian restoran secret recipe.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menarik balik Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan kepada 289 buah kafe milik syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. di negara ini. Kedai yang menjual kek dan pelbagai jenis makanan popular itu telah mengejutkan masyarakat umum terutama umat Islam.

 

Walaubagaimanapun Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusoff menjelaskan Sijil Pengesahan Halal yang ditarik balik daripada syarikat itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produknya tetapi adalah berpunca daripada faktor kebersihan selain gagal mematuhi GMP (Good Manufacturing Practice / ‘Amalan Pengilangan Baik’).

Menurut Hakimah, penarikan sijil halal pada 7 Mei lalu itu susulan pemeriksaan pihaknya mendapati syarikat menjual kek dan pelbagai jenis makanan itu telah melanggar Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan yang serius.

“Kita telah memanggil pengurusan syarikat berkenaan dan mereka berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas isu penarikan balik Sijil Pengesahan Halal syarikat berkenaan menjadi ‘viral’ di laman-laman sosial.

Menurut Hakimah, penarikan sijil halal itu tidak menghalang syarikat berkenaan untuk membuat permohonan semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

“JAKIM akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014.” katanya.

Pada kebiasaannya, sijil itu akan dikeluarkan oleh Jakim dalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan dibuat. Hakimah berkata, pihak Jakim memandang serius isu tersebut dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar mematuhi piawaian pensijilan sepanjang masa.

Hakimah berkata, pihak JAKIM amat memandang serius isu tersebut dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia sepanjang masa.

“Tindakan tegas dan tanpa kompromi akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi dan melakukan pelanggaran terhadap pematuhan piawaian pensijilan halal setelah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.”

“Jakim juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membuat pelbagai andaian dan menyebarkan isu ini secara salah,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Hab Halal Jakim menerusi talian 03-8892 5000/5001 atau melayari laman web http://www.halal.gov.my.

Sumber – BERNAMA

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by nur munawwarah on 02/06/2015 at 1:25 pm

    terima kasih diatas maklumat..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: