Promosi ‘Buffet Ramadan’ Tanpa Sijil Halal Boleh Dikenakan Tindakan RM1 – RM5 Juta

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Promisi Buffet Ramadhan.

Restoran atau hotel yang tidak mempunyai sijil halal tetapi dalam masa yang sama menggunakan perkataan ‘Bufet Ramadan’ sehingga mengelirukan umat Islam, boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Pengusaha premis makanan atau hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal dinasihat tidak sewenang-wenangnya menggunakan perkataan “Bufet Ramadan”, “Makanan Berbuka Puasa”, “Iftar Ramadan” atau “Makanan Bersahur” untuk mempromosikan juadah berbuka di premis masing-masing.

Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor Ayub Abd Rahman berkata perkataan Ramadan boleh mengelirukan umat Islam yang beranggapan premis itu menyajikan makanan halal.

“Jika digunakan perkataan bufet Ramadan, tetapi dia tidak mempunyai logo dan sijil halal yang sah kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah kilang memproses minyak di Johor Baharu.

Katanya ia termasuk premis menggunakan ayat al-Quran yang melambangkan makanan orang Islam, tetapi tidak memiliki sijil halal yang sah juga boleh dikenakan tindakan.

.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihak berkenaan yang ingin berbuat demikian perlu memiliki sijil halal yang ditetapkan Jabatan Agama Islam negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan mereka dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 (Takrifan Halal).

“Kita nasihatkan mereka yang ingin terlibat dalam aktiviti jualan Ramadan ini di tempat masing-masing memohon untuk mendapatkan sijil halal sama ada melalui Majlis Agama Islam negeri atau Jakim jika premis mereka masih tiada sijil halal.

“Di peringkat Jakim, kita ada menyediakan kaunter khas untuk tujuan khusus mendapatkan sijil halal bagi tujuan bufet Ramadan. Boleh buat permohonan lagi sehingga Ramadan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada 43 masjid Parlimen Jerai di Yan.

Tambah beliau, pengusaha perlu bersikap bertanggungjawab dan tidak mengelirukan umat Islam dengan menggunakan perkataan bufet Ramadan walaupun premis mereka tidak mempunyai sijil halal.

“Satu kesalahan bagi mereka yang tidak memiliki sijil halal mempamerkan barangan halal itu termasuk dari segi penggunaan perkataan. Ini termasuk perkataan bufet Ramadan juga ditakrifkan sebagai perbahasaan.

“Kita harapkan masyarakat tidak dikelirukan dengan poster atau kain rentang yang seperti ini. Semua premis makanan di restoran, kafe dan hotel mesti miliki sijil halal kalau nak gantung bufet Ramadan,” katanya.

Tegas beliau, Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri akan memantau premis berkenaan bagi mengelak sebarang penipuan dalam kalangan pengusaha makanan.

Selain itu beliau turut menasihatkan agar umat Islam berhati-hati memilih premis makanan yang mempunyai sijil halal ketika memilih premis makanan untuk berbuka sepanjang Ramadan.

Mana-mana pihak yang didapati bersalah berbuat demikian boleh dikenakan denda RM1 juta atau penjara tiga tahun, manakala bagi syarikat denda RM5 juta mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang telah dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2015.

Sumber – Bernama & UM

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: