Ringkasan Langkah-Langkah Persediaan Menyambut Ramadhan

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Langkah-Langkah Persediaan Menyambut Ramadhan.

Ringkasan Langkah-Langkah Persediaan Menyambut Ramadhan | Bulan Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang begitu mulia dan mungkin banyak pengharapan yang tidak ingin kita lepaskan begitu sahaja. Suatu perjalanan hikmah yang meninggalkan pengertian bermakna bagi perubahan hidup kita kelak. Tidak ingin rasanya kita meninggalkan bulan ini nanti, tanpa meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa-jiwa umat Islam dan penganut agama lain amnya.

Ramadhan ibarat tetamu yang amat istimewa. Sebagai orang yang akan didatangi, sudah tentu kedatangannya akan menyebabkan kita malu jika tidak membuat sebarang persiapan untuk menyambut tetamu istimewa tersebut sedangkan kita sudah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa tetamu itu pasti akan tiba.

.

.

Langkah-Langkah Persediaan Menyambut Ramadhan

.

Berikut adalah ringkasan langkah-langkah persediaan bagi menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi:

 

  1. Menggantikan puasa dan ibadah wajib yang lain.
  2. Banyakkan menghadiri majlis-majlis ilmu agama
  3. Mengulangkaji tentang ibadah puasa dan solat-solat sunat
  4. Mencari dan menghadiri ceramah-ceramah pra Ramadhan
  5. Bagi kaum lelaki, biasakan diri solat dan beri’tikaf di masjid
  6. Mengulangkaji dan menghafal bacaan zikir dan doa-doa Solat Tarawih
  7. Menyemak dan menghafal ayat-ayat / surah-surah terutama:
    • Surah-surah lazim bagi persediaan Solat Tarawih
    • 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
    • Bacaan Ayat 100-110 Surah Ali Imran bagi menyempurnakan Qiamullail
  8. Biasakan berselawat, beristighfar, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir.
  9. Mengajar dan mengingatkan anak-anak mengenai niat-niat puasa harian / sebulan Ramadhan
  10. Memberitahu larangan dan perkara-perkara yang membatalkan puasa kepada anak-anak
  11. Baiki hubungan antara suami isteri, jiran, ahli keluarga dan ibu bapa
  12. Membasuh kopiah, telekung dan sejadah yang bakal digunakan untuk beribadah terutama ketika Qiamullail kelak.
  13. Membeli pakaian baharu untuk diri dan ahli keluarga bagi persediaan berjemaah di masjid / surau
  14. Membeli dan menyediakan bekalan buah tamar / kurma untuk berbuka / sahur
  15. Sediakan jam loceng atau download ringing tone yang mampu mengejutkan antum.
  16. Mencuci dan membersihkan masjid / surau kawasan, permaidani, kolah dan peralatan ibadah seperti telekong, sejadah serta sutrah
  17. Membersihkan pusara ibu bapa atau bergotong-royong bersihkan tanah perkuburan
  18. Kumpul dan sediakan senarai nama anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan untuk dihulurkan bantuan di sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal kelak.
  19. Bakal pengantin yang nipis imannya, tangguhkan perkahwinan sehingga berakhir Ramadhan.

Nabi ﷺ mengasingkan diri daripada isteri-isteri Baginda dengan beriktikaf di masjid pada setiap kali Ramadhan sehingga tahun Baginda wafat. Daripada Aishah r.ha.:

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

“Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus).” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

وَلَا تُبَـٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَـٰكِفُونَ فِى ٱلْمَسَـٰجِدِۗ تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّـهِ فَلَا تَقْرَبُوهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّـهُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

“Dan janganlah dekati (jimak / setubuhi) mereka (isteri-isteri kamu) ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”   (Al-Baqarah: 187)

.

Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah.” (Hadis Riwayat Ibn Hibban)

Semoga bermanfaat untuk semua…

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Disediakan oleh; shafiqolbu

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: