Kadar Zakat Fitrah 2015M / 1436H Bagi Setiap Negeri Di Malaysia, Singapura Dan Negara Brunei

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2015M / 1436H yang telah ditentukan mengikut setiap negeri di Malaysia, Singapura dan Negara Brunei Darussalam. Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing, berdasarkan nilai satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri tersebut.

.

Kadar Zakat Fitrah 2015M / 1436H Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia

zakat fitrah 2015- 1346

.

Kadar Zakat Fitrah 2015 Bagi Singapura

Kadar zakat fitrah Singapura bagi tahun 2015 ialah $4.90 (kadar biasa) dan $6.90 (kadar tinggi). Penetapan kadar zakat fitrah Singapura dibuat oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berdasarkan harga 2.3kg beras (gred biasa dan gred tinggi).

.

Kadar Zakat Fitrah Negara Brunei Darussalam

Kadar Zakat Fitrah yang dibayar di Negara Brunei Darussalam adalah berdasarkan harga dua jenis beras yang biasa dimakan di negara ini dengan kadar sukatan sebanyak 2 kilogram 268 gram seperti berikut:

1. Beras Wangi $2.84 sen
2. Beras Siam $1.93 sen.

.

.

Pembayaran

Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum solat Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang dilantik Majlis Agama Islam negeri masing-masing yang terdiri daripada pegawai-pegawai masjid (imam dan bilal) dan juga pegawai-pegawai kerajaan seperti penghulu, ketua kampong, guru-guru ugama dan lain-lain yang bersesuaian.

.

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, kerana ia diwajibkan oleh Allah SWT bagi setiap individu Muslim tanpa mengira sama ada kecil, dewasa, lelaki, wanita, merdeka ataupun hamba. Selagi mana mereka dapat hidup pada dua masa, iaitu pada Ramadhan dan Syawal walaupun sebentar, maka wajiblah zakat fitrah ke atas mereka.

.

Firman Allah SWT :

خُذْ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُ‌هُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْۗ وَٱللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿١٠٣﴾

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu (Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”  

[Surah At-Taubah (09), ayat 103]

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~shafiqolbu~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: