Helaian Manuskrip Al-Quran Tertua Di Dunia Ditemui Di UK

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Al-Quran Tertua Di Dunia Ditemui di UK.

Baru-baru ini  beberapa helaian manuskrip al-Quran dipercayai paling tua di dunia, ditemui di Universiti Birmingham, United Kingdom (UK), lapor Penyiar BBC. Jelas laporan berkenaan, ujian radiokarbon mendapati, helaian muka surat menggunakan kulit kambing biri-biri atau kambing tersebut berusia sekurang-kurangnya 1,370 tahun dan menjadikannya antara naskah al-Quran terawal ditemui di dunia.

Difahamkan bahawa Khalifah Abu Bakar, pemimpin pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, mengarahkan Al-Quran ini ditulis dan ia telah disempurnakan oleh pemimpin ketiga, Khalifah Uthman, pada 650.

Naskah manuskrip tersebut ditulis dengan dakwat dalam bentuk awal tulisan Arab dikenali sebagai Hijazi. Helaian manuskrip kulit tersebut mengandungi bahagian-bahagian daripada surah ke 18 hingga 20 Al-Quran.

Manuskrip tersebut sebelum ini ditempatkan bersama koleksi buku-buku dan dokumen Asia Barat lain tanpa dikenal pasti sebagai antara helaian muka surat al-Quran tertua di dunia dan mungkin telah ditulis hampir kepada zaman Nabi Muhammad SAW.

Ujian yang dilakukan oleh Unit Radiokarbon Universiti Oxford memberikan beberapa tarikh penghasilan kitab suci itu yang ditulis di atas lembaran kulit kambing atau lembu, adalah salah satu teks tertua Al-Quran yang selamat dari perubahan zaman.

Hasil ujian tersebut menunjukkan dengan lebih 95 peratus keberangkalian bahawa lembaran kulit tersebut berasal dari masa antara 568 dan 645 tahun Masihi.

Manuskrip ini telah lama menjadi sebahagian daripada Perpustakaan Penyelidikan Cadbury universiti itu sejak satu dekad lalu, tetapi tidak pernah dikenal pasti kewujudannya. Hingga suatu hari, seorang penyelidik sarjana PhD menemukannya dan menelaah dengan lebih teliti helaian muka surat dalam manuskrip tersebut dan ia memutuskan untuk melakukan proses ujian penanggalan radiokarbon (radiocarbon dating). Tak disangka, hasilnya amat mengejutkan.

Pengarah Koleksi Khas Universiti Birmingham, Susan Worrall berkata, beliau tidak menjangka usia helaian muka surat al-Quran tersebut. “Penemuan ini sangat menarik,” katanya.

Dr. Muhammad Isa Waley, ketua Kurator bagi Manuskrip Parsi dan Turki Perpustakaan Britain, berkata, “Sesungguhnya ini adalah satu penemuan yang menarik. Penemuan luar biasa ini pasti disambut kegembiraan umat Islam.”

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~shafiqolbu~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: