Puasa 6 Pertengahan Syawal Raih Ganjaran Berganda

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Image result for puasa 6

.

Puasa enam hari dalam bulan Syawal walaupun hukumnya sunat tetapi ganjarannya amat besar. Ganjaran pahala ini adalah satu kelebihan bagi umat Islam untuk meningkatkan ketakwaan di sisi Allah سبحانه وتعالى.

Puasa enam hari selepas Ramadhan ini akan diberikan ganjaran pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti dia berpuasa selama setahun.” (Riwayat Muslim)

Dikatakan begitu kerana orang yang melakukan satu kebaikan akan mendapat 10 kebaikan yang setimpal. Berpuasa selama sebulan Ramadhan bererti puasanya adalah ibarat puasa selama 10 bulan. Berpuasa selama enam hari di bulan Syawal pula seumpama dengan 60 hari berpuasa.

.

.

Meraih Ganjaran Besar Puasa 6 Dipertengahan Syawal

.

Walaupun lebih afdhal Puasa enam hari secara berturut-turut bermula 2 Syawal tetapi bagi mereka yang telah terlepas bolehlah berpuasa ganti dan puasa enam dipertengahan Syawal bagi meraih pahala berganda.

Puasa dari 10 Syawal hingga  15 Syawal akan terkumpul 3 puasa sunnah sekaligus

  1. Puasa Putih (13, 14, 15)
  2. Puasa Isnin / Khamis (11, 14)
  3. Puasa 6

.

Menyingkap hikmah berpuasa enam jika dilihat dari sudut kesihatan, ia baik bagi sistem pencernaan yang telah berehat panjang pada bulan Ramadhan. Kedatangan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan kerahan mencerna pelbagai makanan ketika berziarah hari raya dan pada hari-hari rumah terbuka selepasnya.

Oleh kerana itulah, jika kita dapat meneruskan puasa enam pada Syawal ini, tidak dapat tidak ia seperti satu latihan dan memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan keadaan biasa system jasmani manusia itu sendiri.

Sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah سبحانه وتعالى, alangkah baiknya seandainya kita dapat mengekang nafsu syahwat dengan amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan kita teruskan juga di bulan Syawal ini walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Sesungguhnya kita hendaklah sentiasa istiqamah beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى supaya terus dapat membina hubungan dengan Allah سبحانه وتعالى dan mengekalkan hubungan baik sesama manusia seperti dilakukan pada Ramadhan.

Kata ulama, betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah سبحانه وتعالى pada Ramadhan, sedangkan pada bulan lain Allah سبحانه وتعالى dilupai. Rugi bagi kita jika tidak mengambil kesempatan dan peluang yang Allah سبحانه وتعالى berikan ini untuk menambah amal ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى.

Jadikanlah Syawal ini ruang untuk kita meneruskan momentum beramal salih kepada Allah سبحانه وتعالى, mudah-mudahan kita menjadi hamba yang mendapat pandangan tertinggi di sisi-Nya dan penghuni syurga Allah سبحانه وتعالى yang kekal abadi.

.

.

والله أعلم بالصواب

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: