Tips Melihat Pancuran Hujan Meteor Perseid Di Ruang Angkasa Malaysia

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Pancuran Hujan Meteor.

Fenomena pancuran hujan meteor Perseid daripada buruj Perseus dapat dilihat di ruang angkasa Malaysia sejak 17 Julai yang lalu dan dijangka berakhir 24 Ogos ini. Pada tahun ini, kebarangkalian untuk melihat meteor ini amat tinggi kerana tiada gangguan cahaya Bulan yang akan menggangu langit malam. Orang ramai berpeluang menyaksikan pancuran meteor Perseid yang dijangka akan memuncak pada Rabu  malam, 12 Ogos 2015 sehingga awal pagi keesokannya (Khamis 13 Ogos 2015).

Pancuran meteor atau hujan meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Perseid berbeza dengan hujan meteor lain. Perbezaannya adalah, Perseid telah boleh dinikmati sebelum tengah malam, hingga Matahari terbit.

Fenomena pancuran hujan meteor Perseid mungkin yang paling disukai para pemerhati hujan meteor di seluruh dunia kerana hujan meteor Perseid sering menghasilkan 50 hingga 100 meteor per jam dan puratanya, satu hingga dua meteor per minit di langit gelap ketika waktu kemuncaknya! Pancuran meteor Perseid juga antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

.

Para ahli astronomi memberi nama Perseid kerana hujan meteor ini muncul dari arah buruj Perseus. walaupun sebenarnya meteor ini boleh juga berlaku di mana-mana bahagian langit.

Pancuran (hujan) meteor Perseid terjadi daripada serpihan debu ekor komet 109P/Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer yang memasuki atmosfer Bumi pada kelajuan lebih kurang 212,500 kmj dan ia akan menyebabkan serpihan batuan ini terbakar dan menghasilkan jaluran tahi bintang yang panjang. Diramalkan sebanyak 60 meteor boleh dilihat dalam masa satu jam.

Gugusan komet Swift-Tuttles juga mengambil tempoh 133 tahun untuk mengelilingi matahari. Komet 109P/Swift-Tuttle ini ditemui pada tahun 1862 oleh Lewis Swift dan Horace Tuttle dari Amerika.

Walaupun begitu, sisa debu komet yang melintas dekat bumi pada tahun 1993 masih boleh dilihat di bumi setiap tahun. NASA menganggarkan hujan meteor boleh berlaku setiap minit pada masa kemuncaknya dan merupakan salah satu pemandangan paling ditunggu-tunggu oleh para ahli astronomi.

Apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ ﴿١﴾ وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢﴾ وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ﴿٣﴾

“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;  Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.”

(Surah Al-Buruj 85: Ayat 1-3)

.

.

Tips Untuk Melihat Hujan Meteor

.

Antum boleh melihat pancuran meteor ini apabila cuaca cerah, jauh dari pencemaran cahaya ke arah timur laut serta tidak terhalang oleh sebarang objek.

Kepada antum yang berhasrat untuk menyaksikan pancuran meteor ini, berikut adalah beberapa tips dan panduan yang boleh membantu untuk menyaksikan fenomena angkasa yang indah ini:

.

  1. Cari kawasan yang terbuka di mana antum dapat melihat langit luas yang tidak dihalang oleh bangunan dan pokok.
  2. Lokasi terbaik adalah seperti tanah lapang, padang bola, pantai kawasan tanah tinggi, dan di atas bumbung bangunan.
  3. Pilih lokasi jauh dari pencemaran cahaya yang terang-benderang seperti lampu jalan / bangunan dan sebagainya.
  4. Waktu terbaik untuk melihat pancuran meteor adalah 8.00 malam, dengan kemuncak hujan meteor tersebut berlaku di antara jam 1 pagi sehingga menjelang subuh.
  5. Antum tidak perlu menggunakan sebarang peralatan khas seperti teleskop untuk melihat pancuran meteor.
  6. Lihat dengan mata sahaja walau bagaimanapun antum harus sabar dan peka kerana pancuran meteor sangat laju dan rawak.
  7. Duduk santai sambil mengarahkan pandangan ke selatan hingga ke timur laut pada waktu tersebut sehingga menjelang subuh.
  8. Bawa bersama tikar dan juga selimut untuk mengelak dari sejuk dan keselesaan sendiri sepanjang malam di luar.
  9. Elak daripada melihat meteor secara bersendirian. Pergi secara berkumpulan yang pastinya menyeronokkan kerana antum dapat berkongsi pengalaman dan kebarangkalian untuk melihat meteor agak tinggi kerana setiap orang dapat melihat langit dengan arah yang berbeza.
  10. Maklumkan kepada pihak bertanggungjawab di mana antum akan berada. Sekurang-kurangnya mereka tidak syak antum melakukan perkara yang menyalahi peraturan / undang-undang. Mana tahu mereka juga akan turut serta dan memastikan antum selamat.
  11. Berdoa agar langit di lokasi antum cerah dan tidak mendung.
  12. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan (berawan/hujan) antum mungkin TIDAK akan dapat melihat pancuran meteor tersebut.
  13. Untuk maklumat lanjut berkenaan fenomena ini, sila layari laman web: http://www.angkasa.gov.my, atau Facebook: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) atau Twitter: ANGKASA Malaysia.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: