Tragedi Kren Tumbang Di Masjidil Haram

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tragedi KREN TUMBANG DI MEKAH.

Dunia dikejutkan dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, yang menyebabkan lebih 100 orang terkorban dan beratus lagi cedera pada Jumaat petang (11 September), sungguh memilukan ketika hanya tinggal 11 hari lagi untuk jemaah haji berwukuf di Arafah yang dijadualkan 22 September ini.

Kejadian kren tumbang itu dilaporkan berlaku semasa hujan lebat dan ribut pasir melanda di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran pada kira-kira pukul 4.30 petang, waktu tempatan, ketika umat Islam baru selesai menunaikan solat Asar.

Wartawan Bernama yang membuat liputan haji menerusi program Tabung Haji(TH) berkata kejadian hujan lebat itu dipercayai kali keempat berlaku dalam tempoh sebulan.

.

 

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini sekurang-kurangnya 107 jemaah haji maut sementara 238 yang lain dilaporkan cedera. Susulan insiden kren tumbang di Masjidil Haram, Tabung Haji mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia terkorban, setakat ini. Hanya 10 jemaah haji Malaysia yang cedera dan enam lagi yang masih belum dapat dikesan.

Sementara itu, Syed Saleh yang juga Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) berkata, selain membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di semua maktab penginapan jemaah Malaysia di Tanah Suci, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di hospital-hospital Arab Saudi, sekiranya terdapat jemaah haji yang telah dibawa ke sana selepas kejadian itu.

 

.

.

Cerita Jemaah Haji Malaysia

.

Beberapa jemaah haji Malaysia yang berada di Masjidil Haram ketika kejadian itu berkata, mereka amat terkejut dan panik dalam kejadian yang sungguh memilukan seluruh umat Islam itu.

Menceritakan kejadian itu, Mahzan Misni, 49, berkata, ketika kejadian beliau sedang menunaikan solat sunat di Masjidil Haram.

“Tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat, saya ingatkan petir, selepas dentuman itu, suasana jadi kelam kabut, bahagian saie di tingkat satu menjadi gelap (dengan debu selepas kren tumbang), sejurus selepas itu saya lihat mayat   bergelimpangan, terdapat jemaah haji yang berlumuran darah, darah mangsa yang maut terpercik mengenai pakaian mereka, “ katanya.

Beliau bersyukur selamat dalam kejadian itu yang hanya beberapa meter saja dari tempat kren tumbang itu.

“Selepas pulang dari masjid, semua rakan sebilik ada di penginapan hotel, Alhamdulillah, sepanjang jalan pulang, saya berdoa agar semua rakan sebilik saya selamat,” katanya yang menginap bersama enam jemaah lain di Maktab 88, bangunan Abaj Al-Jandriah yang terletak 750 meter dari Masjidil Haram.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam sidang akhbar jam 8.45 malam (waktu Arab Saudi semalam; 1.45am pagi tadi waktu Malaysia) berkata pihaknya membuat pemeriksaan bilik ke bilik bagi menyemak senarai jemaah Malaysia di Tanah Suci bermula selepas waktu isyak.

Kebanyakan jemaah haji Malaysia menunaikan solat Isyak di Masjidil Haram sebelum pulang ke penginapan masing-masing selepas berada di masjid berkenaan sejak waktu Asar atau Zuhur.

Mohd Razak Jaid, 59, jemaah haji Malaysia berasal dari Kepong berkata, ketika kejadian beliau berada di tingkat dua, di kawasan saie berkenaan turut bertindak membantu jemaah haji lain yang nyata terpinga-pinga dengan kejadian itu.

“Saya sempat menarik seorang jemaah haji dari Thailand ketika berlaku runtuhan batu-bata selepas kren berkenaan menghempap kawasan saie itu, keadaan menjadi kelam kabut, jemaah dari dalam kawasan saie, mahu berlari ke arah luar, manakala jemaah haji di kawasan luar, mahu masuk ke dalam,” katanya.

Bekas pesara polis itu berkata, dia turut melihat mayat-mayat yang bergelimpangan itu: “Saya tengok jemaah yang mati, melihat tanda atau tag yang mereka pakai, dalam keadaan kelam kabut itu, saya tak nampak mayat yang memakai tag atau  pengenalan sebagai jemaah Malaysia.

“Keadaan semakin tidak terkawal apabila jemaah mula berasak-asak mahu keluar dari kawasan kejadian, sungguh memilukan melihat mayat bergelimpangan,” katanya.

Seorang lagi jemaah haji, Zaiton Isa, 57, berkata, ketika kejadian dia dan rakan sebiliknya Zurina Zakaria, 49, yang menetap di Abraj Al-Janadriah, sedang berada di tingkat dua di kawasan saie berkenaan.

“Tiba-tiba bunyi dentuman kuat, saya ingatkan bangunan runtuh, jemaah haji mula bersesak-sesak mahu keluar dari kawasan itu,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian yang tak mampu digambarkannya itu.

Zaiton berkata, dia bersesak-sesak untuk keluar dari kawasan berkenaan, dan bersyukur apabila tiba di luar masjid, rakan sebiliknya Zurina, berada di belakangnya.

.

Takziah kepada mangsa kejadian di Masjidil Haram terutamanya rakyat Malaysia yang terkesan. Semoga ALLAH melindungi kita semua. Salam takziah juga kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Mekah. Harap keluarga mangsa terus berdoa dan tabah, Insya’Allah.

Al-Fatihah buat jemaah haji yang terlibat dalam kemalangan kren jatuh di Makkah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas mereka kerana meninggal di tempat terbaik, waktu terbaik, hari terbaik dan saat menunaikan ibadah terbaik.  Semoga mereka menjadi ahli Syurga.

Mari kita semua mendoakan juga keselamatan dan kesejahteraan seluruh jemaah Haji di Tanah Suci. Semoga jemaah haji selamat dan dipermudahkan dalam semua urusan. Amiiin!

Sumber – Bernama

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by ABD Razak bin omar on 14/09/2015 at 10:44 am

    انا لله و انا الیه راجعون

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: