Kisah Perjalanan Haji Abdullah bin al-Mubarak r.a. (1)

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kisah Perjalanan Haji Abdullah bin al-Mubarak r.a..

Seorang ulama termasyhur dan hidup di Makkah bernama Abu Abdurrahman Abdullah bin al-Mubarak al Hanzhali al Marwazi atau lebih dikenali sebagai Abdullah al-Mubarak menceritakan kisah ini.

Pada suatu ketika, selepas menyelesaikan ibadah haji, Abdullah bin al-Mubarak tertidur dan bermimpi melihat dua malaikat yang turun dari langit. Beliau mendengar perbualan mereka :

.

“Berapa ramai yang datang tahun ini?” Tanya malaikat kepada malaikat lainnya.

“700,000!” Jawab malaikat yang lain.

“Berapa ramai mereka yang ibadah hajinya diterima?”

“Tidak seorang pun!”

.

Perbualan ini membuat Abdullah al-Mubarak gemetar.

“Apa?” lalu beliau menangis dalam mimpinya.

“Semua orang-orang ini telah datang jauh dari serata penjuru dunia dengan pelbagai kesukaran dan sangat keletihan di sepanjang perjalanan dan kembara menyusuri padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka menjadi sia-sia?”

.

Beliau meneruskan mendengar cerita kedua malaikat itu.

“Namun ada seseorang, yang walaupun tidak datang menunaikan ibadah haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan seluruh dosanya telah diampunkan. Berkat dia seluruh haji mereka diterima oleh Allah سبحانه وتعالى..”

“Bolehkah?”

“Itu Kehendak Allah سبحانه وتعالى.”

“Siapa orang tersebut?”

 

“Ada seorang tukang kasut di Damsyik yang dipanggil Sa’id bin Muhafah (sesetengah pendapat menyatakan namanya Ali bin Mowaffaq).” Kata malaikat yang pertama. “Dia tidak datang menunaikan ibadah haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan seluruh dosanya telah diampunkan.”

.

Mendengar ucapan itu, Abdullah al-Mubarak terus terbangun…

.

.

Sekembalinya dari mengerjakan haji, Abdullah al-Mubarak tidak terus pulang ke rumah, tetapi terus menuju kota Damsyik, Syria. Sampai di sana beliau terus mencari tukang kasut yang disebut malaikat dalam mimpinya.

Hampir semua tukang kasut ditanyanya, apakah memang ada tukang kasut yang namanya Sa’id bin Muhafah.

“Ada, di tepi kota.” Jawab salah seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya.

.

Sesampainya di sana ulama itu ternampak tukang kasut yang berpakaian lusuh, “Benarkah kamu bernama Sa’id bin Muhafah?” Tanya Abdullah al-Mubarak.

“Betul, siapa tuan?”

Ulama itu berkata kepada tukang kasut, “Aku Abdullah bin Mubarak”

Said pun terharu, “Tuan adalah ulama terkenal, ada apa bertemu dengan saya?”

.

Seketika Abdullah al-Mubarak kebingungan, dari mana dia hendak memulakan pertanyaanya, akhirnya ia pun menceritakan perihal mimpinya. “Saya ingin tahu, adakah sesuatu yang telah kamu lakukan, sehingga kamu berhak mendapatkan pahala haji mabrur?”

Sa’id bin Muhafah tiba-tiba menangis dan jatuh pengsan…

Ketika dia sedar, Abdullah bin al-Mubarak memohon agar dia bercerita kepadanya.

“Cuba ceritakan bagaimana kehidupan kamu selama ini.”

.

Maka Sa’id bin Muhafah bercerita, “Setiap tahun, setiap musim haji, aku selalu mendengar: Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarikalaka.

 

Ya Allah! Aku datang kerana panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni’mat dan puji adalah kepunyaanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu.

 

Setiap kali aku mendengar itu, aku selalu menangis, Ya Allah! Aku rindu Makkah. Ya Allah! Aku rindu melihat kabah. Izinkan aku datang … ..

 

Izinkan aku datang ya Allah ..”

“Oleh kerana itu, selama 40 tahun aku telah rindu untuk melakukan perjalanan haji ini. Aku telah mengetepikan wang dari hasil kerjaku, sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit saya kumpulkan. Akhirnya pada tahun ini, saya punya 350 dirham, cukup untuk saya mengerjakan haji.” Katanya.

 

“Aku sudah bersedia menunaikan haji.”

“Tapi kamu batalkan pergi haji?”

“Benar!”

“Apa yang terjadi?”

“Isteriku hamil, dan sering mengidam. Semasa aku hendak berangkat pergi, saat itu dia amat mengidam.”

.

“Pada suatu hari isteri aku terhidu aroma makanan yang sedang dimasak oleh jiran sebelah dan memohon kepadaku agar dia dapat merasanya sedikit.”

 

“Suamiku, adakah engkau terhidu bau masakan yang enak ini?”

“Ya, sayang..”

“Cuba kau cari, siapa yang masak sehingga baunya begini enak. Minta sedikit untukku.”

 “Aku pun mencari punca bau masakan itu. Ternyata berasal dari pondok yang hampir runtuh. Di situ ada seorang jiranku dan enam anaknya.”

.

“Aku mengetuk pintunya kemudian menjelaskan keadaan. Aku beritahu padanya bahawa isteri saya ingin masakan yang ia masak, walaupun sedikit. Jiranku itu diam sahaja memandangku, sehingga aku mengulangi pertanyaanku. Tiba-tiba jiranku itu menangis.”

Akhirnya dengan perlahan ia berkata: “Tidak boleh tuan!”

“Jualan berapapun akan aku beli.”

“Makanan ini tidak dijual, tuan!” katanya berlinangan air mata.

.

.

Halal Buat Kami, Haram Buat Tuan

.

Sambil menangis, jiran itu berkata, “Daging ini halal bagi kami dan haram untuk tuan!”

Aku berkata dalam hati: “Bagaimana ada makanan yang halal untuk dia, tetapi haram untukku, padahal kami sama-sama muslim?”

Kerana itu aku mendesaknya lagi dan bertanya, “Mengapa?”

“Sudah beberapa hari ini kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan.” katanya.

“Hari ini kami melihat keldai mati terbaring, lalu kami memotong sebahagiannya dan ambil dagingnya untuk dimasak. Bagi kami daging ini adalah halal, kerana jika kami tak memakannya kami akan mati kelaparan. Namun bagi Tuan, daging ini haram. Ini bukan makanan yang halal bagimu.”

“Hatiku berasa tercabar ketika aku mendengar ceritanya dan spontan aku menangis, lalu aku bergegas pulang.”

.

Aku ceritakan kejadian itu pada isteriku, dia pun turut menangis. Kami akhirnya memasak makanan dan membawanya ke rumah jiranku itu…

“Ini masakan untuk mu.”

 

“Wang peruntukan Haji sebanyak 350 dirham pun aku berikan pada mereka.”

 

“Belanjakanlah wang ini untuk mu sekeluarga. agar kamu tidak kelaparan lagi.” kataku.

“Ya Allah……… di sinilah Hajiku!”

 

“Ya Allah……… di sinilah Makkahku!”

“Inilah perjalanan hajiku….”

.

Mendengar cerita Sa’id bin Muhafah tersebut Abdullah bin Mubarak tak boleh menahan air mata.

“Malaikat bercakap dengan nyata di dalam mimpiku,” kata Abdullah al-Mubarak, “dan Pemerintah kerajaan syurga adalah benar dalam keputusanNya.”

.

.

Siapakah Asy Syekh Al Imam Abdullah Al-Mubarak

.

Abdullah Al-Mubarak atau Ibnul Mubarak yang nama penuhnya adalah Abu Abdurrahman Abdullah bin Al-Mubarak Al-Hanzali Al-Mawarzi, dilahirkan di Marwa pada tahun 118H (736M). Beliau adalah seorang ahli fiqh, ahli hadis, memiliki sikap warak, berhati-hati, pemurah, ahli sejarah, dipercayai, bersifat zuhud, berani dan suka berjihad. Abdullah Al-Mubarak meninggal dunia dalam bulan Ramadhan, sekembalinya dari medan perang pada 181H (797 M), ketika usia beliau 63 tahun di kota Hit yang terletak di tepi sungai Euphrat.

.

.

Rujukan cerita di atas

.

Al-Imam Az-Zahabi ada buat kitab khusus tentang Imam Ibnul Mubarak iaitu “قض نهارك بأخبار ابن المبارك” ada kisah ini di situ, begitu juga di kitab “Siyar A’lam An-nubala” karya Az-Zahabi juga, dgn lebih lengkap (8 / 378-421) dan Tarikh Kabir (5/212), Tarikh Sagheer (2/225) Hliyatul Awliya (8/162) Tarikh Baghdad (10/152), dan sebahagiannya di Tahzibu Kamal dan Tazkiratul Huffaz , “Warisan Para Awliya” karya Farid al-Din Attar.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: