10 Jam Berjalan Kaki Untuk Solat Jumaat

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Saeed Mazula from Gumbanjera..

Mengetahui cerita saudara Mu’min di atas memberikan motivasi dan pengajaran pada hari Jumaat ini. Saeed Mazula dari Gumbanjera walaupun dengan keadaan kesihatan beliau yang lumpuh akibat strok.

Pada setiap hari Jumaat, Saeed dengan susuk bertongkat itu, bertatih selama 5 jam mengatur langkah ke Masjid kecil di timur laut Zimbabwe untuk Solat Jumaat dan kembali semula ke rumah ladang beliau. Ini menjadikan jumlah keseluruhan perjalanan beliau memakan masa 10 jam.

Saeed Mazula berkata dia menikmati setiap langkah perjalanan jauh beliau, kerana dia tahu dan yakin bahawa Yang Maha Kuasa akan memberinya ganjaran Jannah. Semoga Allah سبحانه وتعالى meringankan hidupnya dan memelihara beliau di tempat yang istimewa di Jannah… Aameen!

Allahu Akbar …. Mashallah! Imannya begitu kuat. Rata-rata kita yang sempurna pun belum tentu mempunyai kesungguhan seperti mereka yang OKU dan kurang berkudrat mengatur langkah ke rumah Allah. Sepatutnya mereka yang culas patut berasa malu walaupun diberkati dengan badan yang sihat, masih ada yang tidak merasa apa-apa walaupun sering lewat dan terlepas solat Jumaat.

Semoga Allah سبحانه وتعالى menjadikan kita mukmin yang bersyukur, menjaga kita mendirikan solat dan moga ditingkatkan ketaqwaaan serta keimanan kita hingga ke Jannah. Ya Rabb! Bukakanlah pintu-pintu hati kami yang sempurna ini untuk penuhi seruan ke rumahMu 5 waktu sehari. Jadikanlah kami sebagai antara yang As-Sabirun dan Al-Muhsinun.

آمِيّنْ… يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: