Jerebu : Pakailah ‘TUMUDUNG’ (Penutup Mulut Dan Hidung / Mask) Yang Sesuai

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tumudung SQ.

Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia dan menjejaskan jarak pandangan yang turut berbahaya kepada system pengangkutan dan ekonomi negara.

Situasi berjerebu ini terjadi apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain terperangkap dalam jisim udara, seterusnya menjadikan kualiti udara dalam keadaan tidak sihat dan berbahaya kepada kesihatan. Semakin hari semakin terasa akan kesan-kesannya. Mata mula terasa pedih, tengkuk mula terasa cepat kering, dan berbagai kesan buruk lain.

Sehingga kini banyak kawasan yang teruk terjejas akibat jerebu sehingga mencapai paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat. Oleh kerana itu orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tinggi bagi mengelakkan daripada alahan dan penyakit.

.

.

Tips Panduan Memilih Topeng Jerebu Terbaik

.

Rata-rata di kalangan masyarakat sering memakai ‘surginal mask’ (topeng pembedahan) untuk perlindungan semasa jerebu. Sebenarnya ‘surginal mask’ tidak sesuai untuk menapis jerebu kerana ia direka untuk menghalang bau busuk, air liur, kahak dan hingus sipemakai dari tersebar ke udara ketika batuk atau bersin, dan bukannya melindungi sipemakai dari pencemaran udara.

‘Tumudung’ (penutup mulut dan hidung), ‘Surgical mask’ atau ‘face mask’ biasa tidak dapat menapis partikel halus jerebu (haze) yang berukuran sekecil 2.5 mikrometer yang terampai di udara. Ia juga tidak melekap pada muka, ini membolehkan udara tak bertapis masuk melalui celah atau ruang antara topeng dan muka.

Menurut pakar kesihatan, ‘surginal mask’ yang sering dipakai orang ramai, hanyalah sekadar menghalang partikel besar zarah halus jerebu dari masuk ke salur pernafasan, atau dalam kata lainnya hanya sesuai untuk menghalang pengguna daripada menyebarkan virus atau bakteria kepada orang sekeliling sahaja.

.

.

Tumudung N95 (Alat penapis pernafasan / Respirator N95).

.

‘TUMUDUNG’ (penutup mulut dan hidung / Mask) yang sesuai untuk melindungi antum daripada jerebu adalah Tumudung N95 (alat penapis pernafasan / respirator N95) yang telah mendapat kelulusan NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan) Malaysia dan antarabangsa.

Dengan menggunakan Tumudung N95 (Respirator N95), saluran pernafasan ditapis dengan menuras bahan elastik yang terdapat di dalamnya sekaligus memastikan hampir semua jenis partikel ditapis sebelum memasuki rongga pernafasan,

Tumudung N95 (Respirator N95) dihasilkan untuk menapis habuk / partikel sehalus 0.1-0.3 mikron. Saiz partikel asap jerebu pula adalah kira kira 2.5 mikron. Maka 95% daripada partikel udara jerebu dapat ditapis. Jika antum terlibat dalam aktiviti penyemburan racun perosak, topeng jenis ini juga dapat melindungi daripada terhidu kabus berracun yang disembur.

Tumudung N95 juga mampu menapis kira-kira 95 peratus daripada zarah atau jerebu halus yang berada di udara, selain ia lebih selesa untuk pernafasan. Tumudung N95 (Respirator N95) yang melekap pada muka, berupaya menghalang udara tercemar masuk ke dalam hidung dan mulut. Ia juga memaksa udara melalui penapis sebelum masuk ke hidung atau mulut.

.

.

Panduan Memakai Topeng Jerebu

.

Cara-cara Memakai Tumudung N95 Dengan Betul:

.6 STEPS_Panduan Memilih Dan Memakai Topeng Jerebu

.

Oleh yang demikian, pastinya antum telah mengetahui ‘Tumudung’ (penutup mulut dan hidung / Mask) yang boleh melindungi diri daripada menyedut secara terus jerebu di luar. Sewajarnya antum membuat pilihan yang tepat kerana di kedai-kedai hari ini kebanyakannya menjual tumudung iaitu ‘surginal mask’ yang seringkali digunakan oleh doktor dan jururawat dalam bilik pembedahan di hospital. Harga pula murah, sekitar RM10 sekotak. Jadi jangan tersalah pilih!

.

‘Tumudung’  yang paling sesuai untuk aktiviti luar bagi pekerja dan orang ramai adalah jenis Tumudung N95 (Respirator N95) dan bukannya topeng muka pembedahan (surginal mask). Dan demi meraih redha Allah سبحانه وتعالى dan menjaga kesihatan di musin jerubu ini, selain daripada sentiasalah memakai temudung, kerapkanlah meminum air masak dan berwudhuk demi. Di samping membaca doa Doa Ketika Cuaca Buruk (Jerebu) (sila klik di sini) dan Doa mohon diturunkan hujan (klik di sini).

.

.

والله أعلم بالصواب

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: