Sijil Halal Keluaran Roti Jenama Sweetie Ditarik Balik

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

IMG-20151019-WA0203.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil pengesahan halal bagi roti jenama Sweetie keluaran syarikat Today Bakeries Products (Klang) Sdn. Bhd. sejak dua bulan lalu.

Menurut Penolong Pengarah Unit Penyelarasan Isu Sosial Bahagian Hab Halal Jakim, Marzita Ibrahim, penarikan semula sijil halal tersebut melibatkan produk yang dihasilkan di kilang milik syarikat itu di Klang kerana berlaku isu pelanggaran manual dan standard Pensijilan Halal Malaysia melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan.

IMG-20151019-WA0202

“Kita telah menarik balik sijil ini sejak 13 Ogos lalu selepas satu serbuan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan di kilang berkenaan dan hanya kilang itu sahaja yang dikenakan tindakan,” katanya

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya memberi tempoh masa selama tiga bulan bagi syarikat tersebut untuk membuat permohonan semula sijil halal daripada Jakim. Pada masa sama, pihaknya juga akan menunggu terlebih dahulu keputusan Kementerian Kesihatan mengenai tahap kebersihan kilang tersebut sebelum membuat keputusan lanjut.

Dalam pada itu, katanya, bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung status halal produk keluaran syarikat tersebut melibatkan kilang lain, pihaknya mengarahkan syarikat berkenaan memohon sijil halal secara berasingan.

.

.

والله أعلم بالصواب

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a comment