Cedera Parah Akibat Rokok Elektronik Meletup Di Mulut

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

bahaya vape.

Seorang lelaki dari Memphis, mengalami kecederaan parah selepas rokok elektronik atau vape yang digunakan meletup di mulutnya dalam satu kejadian di Colorado, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Cordero Caples, 29, menyesal seumur hidup selepas satu kesilapan kecil akibat daripada kegemarannya menghisap vape. Dalam insiden itu, selain mulutnya terbakar dia turut kehilangan beberapa batang gigi depan, mengalami patah di beberapa bahagian tulang muka dan patah tulang tengkuk apabila peranti berkenaan meletup di mukanya.

Cordero yang juga seorang pelajar kolej bagi program ijazah, mengalami cedera parah dan tidak lagi boleh berjalan serta terlantar di katil hospital dalam kesakitan teramat sangat dan memerlukan masa yang panjang untuk proses pemulihan. Disebabkan kemalangan itu juga, Caples terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang.

“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarga Caples.

Dia begitu kecewa kerana impiannya untuk menjadi seorang jurulatih peribadi, musnah begitu saja yang mana sepatutnya insiden itu boleh dielakkan dengan mudah.

Diberitakan Cordero bertukar kepada kegilaan e-rokok dan vape sebagai pilihan yang kononnya lebih baik untuk memenuhi tabiat nikotin. Tetapi ia telah memakan diri apabila vape tersebut meletup dalam mulutnya. Kecederaan parah dan implikasi kekal yang dialaminya menjadi sebab untuk dia mahu orang lain tahu bagaimana insiden ini berlaku dan meninggalkan terus kegilaan e-rokok dan vape.

Difahamkan kesilapan mudah boleh berlaku kerana bahagian-bahagian yang dijual secara berasingan dan ia terpulang kepada perokok untuk memasang dan meletakkan bersama-sama. Jika seseorang membeli produk dari kedai yang tidak berdaftar dan tidak boleh dipercayai, ia lebih berisiko kerana mereka mungkin secara tidak sengaja akan memasang senjata yang tidak diingini di dalam atau berhampiran mulut anda. Masalahnya ialah bahawa bateri dipasangkan kepada peranti ini adalah tidak serasi dan terlalu berkuasa untuk tujuan itu yang menyebabkan ia meletup.

Seorang pekerja di kedai jualan peranti berkenaan memberitahu, letupan mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai Caples telah terlebih mengecas peranti itu.

Para pengguna vapor dinasihatkan berhati-hati dengan alat tersebut berikutan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjual vapor tiruan yang tidak berkualiti boleh menyebabkan letupan seperti itu.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: