بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Sebagai panduan seluruh umat Islam yang akan menjalani ibadah puasa, blog Shafiqolbu ingin kongsikan ‘Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2016 / 1437H’ yang dikeluarkan oleh JAKIM. Di bawah ini senarai jadual di setiap zon bagi seluruh negeri di Malaysia.
.
Jadual Waktu Imsak dan Iftar (Berbuka Puasa) Tahun 1437H/2016M
.
Berikut adalah Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia pada tahun ini (1437H/2016M).
Sila klik pada negeri antum di bawah bagi mendapatkan zon waktu Imsak dan Iftar:~
.
.
Jadual Waktu Imsak dan Iftar (Berbuka Puasa)Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M. |
|
1. | Negeri Sabah |
2. | Wilayah Persekutuan Labuan |
3. | Negeri Sarawak |
4. | Negeri Johor |
5. | Negeri Pahang |
6. | Negeri Terengganu |
7. | Negeri Kelantan |
8. | Negeri Melaka |
9. | Negeri Sembilan |
10. | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya |
11. | Negeri Selangor |
12. | Negeri Perak |
13. | Negeri Kedah |
14. | Negeri Pulau Pinang |
15. | Negeri Perlis |
.
** Untuk melihat waktu yang dikehendaki, klik pada jadual negeri pilihan di atas untuk melihat Waktu Imsak dan Iftar sesuatu kawasan.
.
Sumber: JAKIM
.
.
Waktu imsak di atas bukan bermakna bermulanya puasa tetapi memulakan puasa pada saat terbit fajar shodiq, imsak di situ hanya untuk persiapan sahaja (seperti bersugi dan berwuduk) supaya tidak tergesa-gesa nantinya ketika masuk waktu subuh.
عن أنس, عن زيد بن ثابت رضي الله عنه, قال: «تسحرنا مع النبي صلى الله عليه وسلم, ثم قام إلى الصلاة», قلت: كم كان بين الأذان والسحور? “قال:« قدر خمسين آية »
Daripada Anas radhiyallahu ‘anhu dari Zaid bin Tsabit bahawa dia pernah berkata:
“Kami pernah makan sahur bersama Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami mendirikan solat (subuh). Maka aku (Anas) berkata: “Berapa lama jarak antara azan dan makan sahur?” Ia (Zaid) menjawab: “Kira-kira bacaan lima puluh ayat daripada Al-Qur’an”. (HR. Bukhari no. 1921 dan Muslim no. 1097).
.
Walau bagaimanapun di dalam bulan Ramadhan, umat Islam disaran berhati-hati dalam menjaga waktu agar tidak melanggar batas dibenarkan makan dan minum sebagaimana yang diterangkan oleh ALLAH SWT dalam firmanNYA;
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ
“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.”
(Surah Al-Baqarah: 187)
.
Semoga kita memperolehi ketaqwaan dan kekuatan untuk melakukan amal ibadat yang lebih baik daripada amalan tahun-tahun sebelumnya… InsyaAllah.
.
والله أعلم بالصواب
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
.
.
.