Doa Bangkit Daripada Tidur

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Seseorang yang apabila terjaga dan bangkit daripada tidur malam untuk Qiamullail selain daripada doa-doa biasa yang diamalkan boleh juga mengamalkan doa di bawah sebelum membaca surah Ali Imran (ayat 190-200) dan seterusnya bolehlah ke bilik air untuk bersuci:

Doa Bangkit Dari Tidur

Doa Bangun - Bangkit Daripada Tidur.SQ

Terjemahannya:~

“Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghidupkan kita setelah Dia matikan kita dan kepadaNya jua kita dibangkitkan. Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah mengembalikan rohku dan telah memberi afiat pada tubuh badanku serta mengizinkan daku mengingatiNya.

 

Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menjadikan tidur dan jaga dari tidur, segala puji itu bagi Allah Tuhan yang membangkitkanku dari tidur dalam keadaan selamat sejahtera. Daku mengaku bahawa Allah itu ialah yang menghidupkan orang yang mati dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

 

Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah yang Maha Esa yang tiada sekutu bagiNya yang empunya pemerintahan dan kepujian. Dialah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

 

Maha suci Allah dan segala puji itu bagi Allah! Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Penyayang.

 

Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Dikau jua; Maha Suci Dikau Ya Allah! Daku mohon keampunanMu bagi dosaku dan daku mohon rahmatMu ya Allah. Ya Allah! Tambahlah ilmu pengetahuan kepadaku dan janganlah condongkan hatiku daripada kebenaran setelah Dikau kurniakan hidayah padaku dan kurniakanlah juga kepadaku rahmat dari sisi kemurahanMu. Sesungguhnya Dikaulah sahaja yang sangat banyak memberi.

Sudah sepatutnya doa yang dipanjatkan difahami maknanya kerana hati yang memahami isi doa sudah tentu doanya akan lebih didengari dan dikabulkan daripada ketika hati dalam keadaan lalai.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi ﷺ bersabda,

ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة واعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi r.a.)

 

Semoga bermanfaat…

والله أعلم بالصواب

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

~ shafiqolbu ~

One response to this post.

  1. Posted by hamba Allah on 30/06/2016 at 1:07 pm

    Salam, mohon copy…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: