Archive for the ‘Sirah Nabi’ Category

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RABIUL AKHIR

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RABI'UL AKHIR.

Rabiul Akhir (ربيع الآخر) atau adalah merupakan bulan Islam yang ke-4. Rabiul Akhir dikenali juga dengan nama ‘Rabiul Thani’ (ربيع الثاني) yang membawa musim bunga yang kedua iaitu waktu ini tumbuhan dan tanaman telah sampai ke penghujung dan kemuncak mengeluarkan bunga. Namun ianya hanyalah sekadar nama dan tidak lagi dikaitkan dengan keadaan dan musim bunga yang sebenar.

  Continue reading

MUKZIJAT KETIKA KELAHIRAN RASULLULAH SAW

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

MUKJIZAT RASULULLAH SAW.

Mukjizat merupakan sesuatu kelebihan atau kejadian di luar kebiasaan akal manusia yang tidak dimiliki oleh siapapun. Mukjizat hanya dimiliki oleh para rasul yang dianugerahkan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada para rasul-Nya. Sedangkan apabila ada seseorang yang memilki sesuatu yang luar biasa, ia tidak boleh dikatakan sebagai mukjizat melainkan keramat.

  Continue reading

Yahudi Pengsan Setelah Kelahiran Nabi Muhammad ﷺ

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kelahiran Nabi Muhammad SAW dalam kitab Yahudi. 

Berita kelahiran Nabi Muhammad telah menarik perhatian ramai sehinggakan seorang pedagang Yahudi Makkah telah jatuh pengsan. Kaum Yahudi mengetahui tentang kebenaran fakta bahawa akan kedatangan Nabi terakhir, Continue reading

Akhlaq Nabi Muhammad ﷺ

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Cintai Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Allah سبحانه وتعالى telah mendidik dan memperindahkan akhlak Nabi Muhammad . Baginda dianugerahkan pendidikan akhlak yang terbaik dan contoh ideal  berkenaan hal taqwa di antara sekalian manusia. Rasulullah bercakap benar dan Baginda jualah yang paling jujur. Continue reading

Doa Rasulullah SAW Memohon Hujan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Doa Mengalih Hujan.

Setiap umat Islam seharusnya bersyukur dikurniakan dengan cuaca yang pelbagai ini. Terdapat banyak Doa Rasulullah memohon hujan yang seharusnya diikuti sebagaimana yang diceritakan dalam beberapa hadis, di antaranya:~

  Continue reading

Mueeza ~ Kucing Kesayangan Nabi Muhammad SAW

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Mueeza ~ Kucing Kesayangan Rasulullah SAW

.

Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing. Tahukah antum bahawa Nabi Muhammad ﷺ memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’.

  Continue reading

Sunnah Solat Khauf

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Zatur Riqa'.

Pentingnya umat Islam bersatu demi mencapai kejayaan dan memartabatkan agama suci, sehinggakan dituntut melakukan solat berjemaah walaupun dalam situasi peperangan.

  Continue reading

Tangisan Rasulullah SAW Di Padang Mahsyar

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Padang Mahsyar .

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a., bapa saudara Nabi ﷺ dari Rasulullah ﷺ telah bersabda : “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى serta dibenarkan oleh para rasul.”

  Continue reading

Tangisan Rasulullah SAW

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Titisan Air.

Abdullah bin Mas’ud berkata : “Rasulullah bersabda kepadaku: “Bacakan Al Quran untukku!”  “Wahai Rasulullah ! Mana mungkin daku membacakannya kepada kamu, bukankah ia diturunkan kepada kamu?” Baginda bersabda: “Sungguh daku ingin mendengarkannya selain dariku.” Maka daku bacakan Surah An Nisa’, sampai ayat:

Continue reading

Umat ​​Nabi Muhammad SAW Diseru Di Titian Siratul Mustaqim

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Siratul Mustaqim SQ.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi Siratul Mustaqim, iaitu suatu titian atau jambatan yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Continue reading