Archive for the ‘Hot Rejab’ Category

Doa Melihat Anak Bulan…

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Menurut huraian ulama’ rahimahullah semasa melihat anak bulan, ada baiknya membaca doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam seperti berikut:

.

Continue reading

Ibadat Diterima Jika Khusyuk Solat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Nikmat khusyuk solat tanda amalan ibadat lain diterima

.

Tugas utama Nabi Muhammad SAW dan rasul adalah untuk membina diri manusia supaya berakhlak mulia serta beramal salih. Pembangunan diri manusia, pembangunan insan adalah menjadi tonggak segala pembangunan lain.

Bagaimana manusia boleh membangunkan akhlak mulia boleh difahami dan dipelajari dalam peristiwa Isra’ Mikraj, yang mana Nabi Muhammad SAW dibawa melihat setiap kelakuan manusia, nyata atau ghaib.

Continue reading

KJ : Gagasan / Kepentingan Israk Mikraj

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Khutbah Jumaat: “Gagasan Israk Mikraj”    

Continue reading

Praktik Amalan Sunat Sebelum Tiba Ramadhan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

REJAB bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa juga bentuk peperangan.

Continue reading

Trivia Bulan Rejab

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

  1. Rejab ialah bulan ke tujuh dalam Takwim Islam. Continue reading

Bulan Rejab Datang Lagi!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Alhamdulillah… Segala puji dan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala yang telah memberikan kita limpahan nikmat-Nya… Ya Allah, Ya Rabbi! Sesungguhnya Dikau Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Mu, walaupun hamba-hamba-Mu sentiasa lupa kepada-Mu dan sering mengingkari perintah-Mu serta melengahkan perintah-Mu tapi Dikau tidak pernah melupakan mereka, masih mengekalkan segala nikmat yang telah diberikan kepada mereka dan Dikau sentiasa membimbing serta memimpin mereka ke jalan yang Dikau redhai…

Continue reading

Iktibar dari Israk dan Mikraj: Ramai Perempuan Menghuni Neraka

Selamat Menyambut Israk dan Mikraj…

Artikel berikut ini adalah sambungan daripada post kelmarin yang begitu banyak mendapat kunjungan, tapi kenapalah anta semua tidak tinggalkan sebarang komen.. tak mengapalah, lain kali tinggal-tinggalkanlah pendapat tu…

Kali ini, iktibar kepada kaum wanita / perempuan. Sama-samalah sampaikan kepada saudara terdekat dan rerakan sekelling sebagai pengajaran dan peringatan kepada kita sendri juga.

.

Ramai Perempuan Penghuni Neraka

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW telah melihat pelbagai seksaan ke atas wanita ingkar ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Diriwayatkan Saidina Ali r.a bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan mereka menemui Baginda sedang menangis.

Continue reading

Kalimat Tammah (Kalimat Sempurna)

Berikut adalah Doa Kalimat Tammah (Kalimat yang Sempurna) atau Kalimat Sakti. Doa mohon perlindungan kepada Allah SWT daripada segala kejahatan dan bahaya. Doa ini diperolehi Rasullullah SAW daripada Malaikat Jibril ketika sedang dalam perjalanan Israk dan Mikraj. Semoga ia berguna untuk pembaca ‘Shafiqolbu’ yang ingin mengamalkannya.

Misalnya ketika dalam perjalanan, sebelum sampai ke tempat tujuan dan kena bermalam disesuatu tempat. Jika timbul rasa khawatir dan was-was dalam hati akan keselamatan diri dan harta benda yang dibawa, maka bacalah Kalimat Tammah ini sebanyak-banyaknya. InsyaAllah, selamat dilindungi Allah Ta’ala.

Atau ketika anda merasa takut terhadap sesuatu gangguan yang menyeramkan (hantu, jin, syaitan, dll), maka bacalah Kalimat Tammah ini. InsyaAllah, tiada didatangi bahaya daripadanya.

Continue reading

Amalan Dan Iktibar Peristiwa Israk Dan Mikraj

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas yang perlu dikerjakan dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

.

.

Malam 27 Rejab

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Continue reading

Zikir Dan Istighfar Rejab

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Maka banyakkanlah beristighfar pada Rejab ini kerana setiap saat dalamnya Allah SWT menyelamatkan seorang daripada api neraka.

.

Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan catatan kejahatan.”

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.    

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

.

.

Bacalah zikir-zikir berikut selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar:

.

1. Tahlil, Takbir dan Istighfar:

.

.

Continue reading