Archive for the ‘Rabiul Awal’ Category
10 Jan
Lirik Lagu Tangis Sebatang Tamar
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
.
Dalam banyak-banyak lagu, lirik dan alunan nasyid ‘Tangis Sebatang Tamar’ oleh Daqmie dalam album Maulaya, begitu mengesankan sejak kebelakangan ini. Ia mengingatkan kita tentang kisah benar sebatang pohon tamar / kurma yang menangis kerana terlalu rindukan Rasulullah ﷺ.
Perhatikan lirik ‘Tangis Sebatang Tamar’ berikut :-
19 Jan
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DI BULAN RABIUL AWAL
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Bulan Rabiul Awal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tumbuh-tumbuhan. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiul Awal, pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Selepas kedatangan Islam, Rasulullah ﷺ telah mengekalkan nama Rabiul Awal ini dan berterusan penggunaannya sehinggalah kini.
14 Jan
MUKZIJAT KETIKA KELAHIRAN RASULLULAH SAW
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Mukjizat merupakan sesuatu kelebihan atau kejadian di luar kebiasaan akal manusia yang tidak dimiliki oleh siapapun. Mukjizat hanya dimiliki oleh para rasul yang dianugerahkan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada para rasul-Nya. Sedangkan apabila ada seseorang yang memilki sesuatu yang luar biasa, ia tidak boleh dikatakan sebagai mukjizat melainkan keramat.
26 Jan
Video Dan Lirik Qasidah Ya Hanana Habib Syech
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Alhamdulillah… Sempena Maulidur Rasul tahun ini, semakin ramai yang ingin berselawat kepada Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad ﷺ. Tetapi sukar untuk mengikuti Selawat Qasidah “Dzoharoddin” atau lebih dikenali sebagai “Ya Hana Naa” daripada Habib Syech. Berikut Ana buatkan satu klip video khas untuk mereka yang berkeinginan menghafal terutama pengikut blog Shafiqalbu.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
قُلْ بِفَضْلِ اللَّـهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
Katakanlah: “Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka dengan itu hendaklah mereka bergembira. (Kurnia Allah dan rahmatNya) itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (Surah Yunus: 58)
.
22 Jan
Kambing Cuma RM1 Seekor
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Seorang penternak menawarkan kambing dengan harga RM1 seekor bagi bayi yang dilahirkan di hospital kerajaan negeri Johor, sempena sambutan Maulidur Rasul pada hari Khamis ini.
11 Feb
Penyusuan Rasulullah SAW
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Sewaktu lahir, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sudah menjadi anak yatim. Kebiasaan masyarakat Arab Makkah akan mencari orang yang boleh menyusukan anak mereka dari daerah pendalaman dan mereka memilih orang yang mempunyai keturunan yang baik agar Continue reading
Komentar