Archive for the ‘Doa Selamat’ Category

Doa Selepas Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir) Sebelum Salam

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk permohonan doa.

Continue reading

Ucapan Doa Takziah Kepada Orang Yang Ditimpa Musibah

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Sewaktu melakukan ziarah dan menghulurkan bantuan kepada orang yang ditimpa sesuatu musibah, seharusnya disertakan dengan Ucapan Doa Takziah. Doa ini bertujuan meminta agar orang itu bersabar dengan memotivasi dan memberikan semangat kepada insan tersebut dengan ganjaran dan pahala yang dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى.

.

Berikut doanya:~

Continue reading

Doa Apabila Melihat Orang Ditimpa Musibah

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Doa Apabila Melihat Orang Ditimpa Musibah ini dibaca bagi menaruhkan harapan kepada Allah سبحانه وتعالى agar kita dihindarkan daripada musibah yang menimpa seseorang atau sekelompok manusia yang lain dan juga sebagai tanda syukur kita atas nikmat kemuliaanNya.

  Continue reading

Doa Ketika Menghadapi Musibah

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Segala sesuatu yang berlaku di dunia ini pada hakikatnya telah ditetapkan oleh Allah سبحانه وتعالى. Malah setiap pergerakan dan apa jua kejadian sudah ditentukan oleh-Nya. Semuanya tidak terlepas dari pandangan dan ketentuan-Nya, termasuk garis perjalanan kehidupan manusia. Begitu juga setiap musibah dan malapetaka yang menimpa manusia sudah ditetapkan oleh-Nya. Musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, merupakan suatu ujian ke arah kemantapan iman. Selagi seseorang itu tidak melakukan kezaliman berupa kesyirikan, kezaliman terhadap sesama makhluk atau kezaliman terhadap dirinya sendiri, maka ia akan memperolehi rasa ketenangan dan kesejahteraan pada hari kemudian serta petunjuk bagi kehidupan di dunia dan akhirat.

  Continue reading

Doa Hari Kemerdekaan Pertama

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Doa Hari Kemerdekaan ini dibaca oleh Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

Continue reading

Ayat Doa Bagi Menangguh Dan Menghentikan Sementara Haid Wanita

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Ayat dan doa di bawah ini bertujuan untuk menangguh dan menghentikan sementara pusingan haid kaum wanita. Ia boleh digunakan sebagai suatu ikhtiar untuk mengatasi penyakit reproduktif wanita dan bagi kelancaran mengerjakan ibadah Ramadhan mahupun ibadah haji dan umrah.

Continue reading

Doa Pendinding Nabi Muhammad SAW

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Doa Pendinding ini dibaca oleh Nabi Muhammad ﷺ ketika Baginda ﷺ diekori Jin Ifrit semasa Peristiwa Israk sebagaimana yang diriwayatkan oleh Yahya ibn Said.

Peristiwa tersebut memberi pengajaran kepada kita sekalian, bahawa sewaktu kita sedang melaksanakan sesuatu tugas dan urusan, kadang-kadang datang gangguan daripada makhluk jin yang muncul dengan tiba-tiba, mahupun yang disuruh oleh seseorang untuk menggagalkan usaha kita. Oleh kerana itu supaya kita selamat dari gangguan tersebut, maka doa yang diajarkan oleh Malaikat Jibril berikut perlu kita baca setiap kali kita akan melakukan tugas.

  Continue reading

Doa Menghindar Dari Kebakaran Dan Kecelakaan

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Cegah Kebakaran.

Dalam keadaan musim kering yang berpanjangan ini, cukup menjadikan kita bimbang akan bahaya kebakaran. Doa menghindar dari kebakaran dan kecelakaan patut dijadikan amalan kita setiap hari. Umat Islam amat digalakkan beristiqamah dalam berdoa supaya mendapat perlindungan Allah سبحانه وتعالىdaripada sebarang bahaya kebakaran, kecelakaan dan musibah lain yang tidak diingini.

  Continue reading