Dalam suatu riwayat, Allah سبحانه وتعالى telah menegur perbuatan Rasulullah ﷺ selepas Abdullah Ibn Ummi Maktum yang buta matanya datang kepada Rasulullah ﷺ. Pada ayat 1 hingga 2, Surah ke 80 / Surah ‘Abasa, Allah سبحانه وتعالى telah berfirman:
Kisah ajaib sebatang pokok tamar / kurma menangis kerana Nabi ﷺ yang mendidik jiwa. Kelak akan tiba suatu masa benda-benda mati seperti pokok, kayu dan batu, boleh berkata-kata dan ternyata pada zaman Nabi Muhammad ﷺ juga telah ada sebatang pokok tamar @ kurma yang boleh menangis.
Dalam banyak-banyak lagu, lirik dan alunan nasyid ‘Tangis Sebatang Tamar’ oleh Daqmie dalam album Maulaya, begitu mengesankan sejak kebelakangan ini. Ia mengingatkan kita tentang kisah benar sebatang pohon tamar / kurma yang menangis kerana terlalu rindukan Rasulullah ﷺ.
Perhatikan lirik ‘Tangis Sebatang Tamar’ berikut :-
Doa Pendinding ini dibaca oleh Nabi Muhammad ﷺ ketika Baginda ﷺ diekori Jin Ifrit semasa Peristiwa Israk sebagaimana yang diriwayatkan oleh Yahya ibn Said.
Peristiwa tersebut memberi pengajaran kepada kita sekalian, bahawa sewaktu kita sedang melaksanakan sesuatu tugas dan urusan, kadang-kadang datang gangguan daripada makhluk jin yang muncul dengan tiba-tiba, mahupun yang disuruh oleh seseorang untuk menggagalkan usaha kita. Oleh kerana itu supaya kita selamat dari gangguan tersebut, maka doa yang diajarkan oleh Malaikat Jibril berikut perlu kita baca setiap kali kita akan melakukan tugas.
Pada bulan ini, Allah سبحانه وتعالى telah menurunkan Surah Al-Hasyr yang bermaksud pengusiran. Pengusiran ke atas kaum Yahudi Bani An Nadhir dari Madinah pada ke tahun 4 Hijrah, selepas cubaan mereka membunuh Nabi Muhammad ﷺ menggunakan seketul batu besar. Rasulullah ﷺ menghantar perutusan kepada mereka supaya keluar dari Madinah kerana mengingkari perjanjian damai bersama Baginda ﷺ.
Pada suatu hari, ada seorang perempuan ingin menunggang untanya. Oleh kerana unta itu besar, dia sukar hendak menaikinya. Dia mencuba dengan segala usaha untuk naik ke atas belakang untanya tetapi masih tidak berjaya juga.
Bulan Rabiul Awal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tumbuh-tumbuhan. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiul Awal, pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Selepas kedatangan Islam, Rasulullah ﷺ telah mengekalkan nama Rabiul Awal ini dan berterusan penggunaannya sehinggalah kini.
Mukjizat merupakan sesuatu kelebihan atau kejadian di luar kebiasaan akal manusia yang tidak dimiliki oleh siapapun. Mukjizat hanya dimiliki oleh para rasul yang dianugerahkan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada para rasul-Nya. Sedangkan apabila ada seseorang yang memilki sesuatu yang luar biasa, ia tidak boleh dikatakan sebagai mukjizat melainkan keramat.
Komentar