Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT. merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.
.
.
Fadhilat Solat Awwabin
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)
.
.
Doa Sebelum Solat Awwabin
Sebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa masyhur berikut:
.
.
CARA MELAKSANAKANNYA SOLAT-SOLAT SUNAT AWWABIN:
.
1. Solat Sunat agar ditetapkan iman dan solat Awwabin
a. Lafaz niat solat sunat Awwabin:
Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b. Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah pada kedua-dua rakaat surah-surah berikut:
1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali
4. Surah al-Naas 1 kali
.
c. Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut:
Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!
.
d. Baca lafaz berikut selepas memberi salam:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
.
.
2. Solat Sunat Awwabin
a. Lafaz niat solat sunat Awwabin:
Daku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b. Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
.
.
3. Solat Sunat solat Awwabin serta Istikharah
a. Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah:
Daku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b. Selepas Al-Fatihah, bacaan surahnya ialah seperti berikut:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas
Atau;
Rakaat pertama, bacalah Al-Ghasyiah, ayat 68 – 70
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ahzab, ayat 36 – 38)
.
c. Selepas memberi salam, bacalah doa berikut:
Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
.
.
by; shafiqolbu
.
Posted by abang awang on 04/08/2012 at 7:18 am
izinkan saya copy
Posted by Hamba Allah on 07/08/2012 at 12:47 pm
mohon copy
Posted by Shafi-Q on 07/08/2012 at 10:22 pm
Selamat beramal..
Posted by naaz on 22/08/2012 at 7:41 am
salam. tumpang bertanya. bacaan surah slps fatihah mesti baca sprti y disuruh atau surah2 itu bacaan yg disarankan saja?
Posted by Shafi-Q on 22/08/2012 at 9:25 am
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Surah2 tersebut hanyalah saranan saja, Sdr.Naaz boleh juga membaca surah2 yang lain…
Posted by naaz on 22/08/2012 at 8:22 pm
salam.tumpang bertanya lagi. ikut definisi yg sy bc dlm buku, solat awwabin ni dilakukan ant maghrib dan isyak sebelum berkata2 bslps solat maghrib. mknanya tnpa diselangi apa2 bicara la slps mghrib. jadi kalau kita berckp slps mghrib, kita tak bole buat solat ini ke?
Posted by Shafi-Q on 24/08/2012 at 9:37 am
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Jika terpaksa bersuara sepatah dua kata atau menjawab salam adalah dibolehkan kerana menjaga ukhwah itu adalah lebih utama.. jangan sampai berborak atau berbual panjang. Walau bagaimanapun tanpa berkata-kata itu adalah lebih afdal sebelum melakukan solat awwabin tersebut.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by budakbaek on 25/08/2012 at 8:06 pm
mohon copy
Posted by pdot on 28/08/2012 at 11:05 pm
Salam. mohon share 🙂
Posted by amy on 07/09/2012 at 10:32 am
Terimakasih…panduan di dalam website ini amat berguna untuk saya melengkapkan diri untuk amalan harian dan juga persediaan menunaikan haji
Posted by Shafi-Q on 07/09/2012 at 5:27 pm
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Alhamdulillah kiranya Blog Shafiqolbu dapat membantu…semoga beristiqomah mengamalkannya dan mendapat haji yang mabrur…
p/s ~ doakan ana depan kaabah nanti..
Posted by rosbiru on 16/10/2012 at 8:56 am
terima kasih, banyak membantu.
Posted by nikmohdzaim on 25/10/2012 at 12:41 pm
hadith riwayat al-trimidhi ini menurut al-albani adalah da’if jiddan. begitu juga disebutkan dalam sharh al-sunnah oleh imam a-baghawi.
Posted by Shafi-Q on 30/10/2012 at 11:22 pm
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Selain membaca Al-Quran, solat ini baik dilakukan sementara menanti masuk waktu Isyak darpada berborak kosong atau menyertai tazkirah yang memecah-belahkan umat Islam…
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by MURIATUN BINTI MOHD SAID on 04/11/2012 at 7:48 pm
Terima kasih tuan atas info yg sangat bermanafaat. Moga Allah memberi kita kelapangan utk melaksanakannya.
Posted by sabihahramli on 16/11/2012 at 12:39 pm
assalamualaikum ustaz..saya tak faham mengenai solat sunat awwabin…ada 3 niat solat…1.solat agar diteguhkan iman dan awwabin..2.solat sunat awwabin..3.solat sunat awwabin dan istikharah…kenapa digabungkan solat sunat istikharan dg awwabin..atau bolehkah kita niat berasingan istikharah..teguh iman dan awwabi.boleh ustaz tolong jelaskan.
Posted by Shafi-Q on 20/11/2012 at 3:01 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Awwabin sebenarnya bermaksud kembali bertaubat… dalam tuntutan utama taubatnya ia juga perlu di setai permohonan bagi petunjuk dan keteguhan iman… Sekiranya Sabihah ingin lakukan secara berasingan ianya dibolehkan dan jika kesuntukan waktu, Solat Sunat Awwabin 2 rakaat pun diharuskan.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by sabihahramli on 23/11/2012 at 8:01 am
TERIMA KASIH BANYAK DIATAS PENJELASAN USTAZ.
Posted by Salimun on 23/11/2012 at 5:53 pm
Assalamu’alaikum wrwb.
Alkhamdulillah dan terima kasih atas ilmu yang ustadz sampiakan ini semoga menjadi alam salih yang Alloh terima. Amiin. Perkenankan saya copy untuk insya Alloh diamalkan dan disampaikan pada sesama muslim, semoga barokah. Amiin.
Posted by Shafi-Q on 26/11/2012 at 1:42 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Amiiin… Jazaakallaahu Khair..
Salimun kongsi jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini… Selamat beramal…
Posted by intan on 30/11/2012 at 11:44 pm
salam…………tuan klu kta wat smbhyang duha…..klu xingat nak baca dlm sujud sebnyak 40 boleh ke tuan;;;;;;
Posted by Shafi-Q on 07/12/2012 at 12:39 am
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Bolehh…ia hanya sunat dibaca sahaja…
Posted by qaseh on 08/12/2012 at 9:26 pm
assalamualaikum… tumpang tanya…..
kalau solat sunat sebelum dan selepas zohor, boleh ke kalau kita buat salah satu je?
lagi satu saya tak faham, solat witir dilakukan sebelum tidur. kalau kita berniat untuk bangun tahajud dan tidak mahu tidur semula selepas itu, adakah perlu solat witir 1 rakaat selepas itu?
Posted by Shafi-Q on 11/12/2012 at 1:02 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
1. Walaupun Solat Rawatib Zuhur boleh untuk tidak atau melakukannya…tapi Qaseh janganlah tinggalkan solat sunat mua’akad tersebut kerana terkandung fadhilat besar di dalamnya..
2. Sekiranya Qaseh berniat untuk bangun tahajud, tak perlulah dilakukan solat witir sebelum tidur tetapi laksanakanlah solat witir (sekurang2nya 1 rakaat) tersebut sebagai penutup kesemua solat malam dan seterusnya dibolehkan berjaga hingga ke siang atau sementara menanti solat Subuh.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by yazmin on 12/12/2012 at 10:43 am
Salam, solat sunat awwabin ini sama dengan solat sunat ba’diah maghrib ke? Atau dilakukan selepas solat sunat ba’diah?
Posted by Shafi-Q on 25/12/2012 at 1:22 am
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
1. Kedua-dua solat tersebut adalah berbeza jenis tapi dilakukan pada waktu yang sama.
2. Betul tu…solat sunat Awwabin ini dilakukan selepas solat sunat Ba’diah Maghrib.
Posted by aretokearman on 16/12/2012 at 9:26 am
Jazakallah kahir…..barakallahufik….
Posted by sara on 25/12/2012 at 12:18 pm
mohon copy yea… ^-^
Posted by hisyam on 04/01/2013 at 3:17 pm
mohon copy ye 😀
Posted by siti hajal on 11/01/2013 at 6:56 pm
Aslkm, mohon copy dan terima kasih atas info. Semuga dakwah ini dipanjangkan kepada sahabat yg lain, insyallah.
Posted by mohdbaharudin on 25/01/2013 at 5:32 pm
Assalamualaikum, doa sbelum solat sunat awwabin tu xbrape jelas lah (utk sy)..boleh tolong jelaskan x bacaan tu, sy ni rabun sikit xD ..terima kasih
Posted by Shafi-Q on 27/01/2013 at 1:00 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Klik pada doa tersebut untuk besarkannya….
Posted by hambaNya on 22/02/2013 at 11:57 pm
Assalamualaikum ustaz, kalau baca niat solat awwabin tu dimulai dengan sebutan :
Daku solat sunat awwabin dan memelihara iman dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
maksud saya,sebut awwabin dulu baru memelihara iman, boleh ke? Mohon tunjuk ajar
Posted by Shafi-Q on 26/02/2013 at 6:51 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Bolehh… di situ telah ada termasuk Qasad, Taarud Dan Ta’yin.
Posted by Lanun on 27/05/2013 at 10:21 am
semoga amalan yang kita lakukan diberkati oleh pemerintah tertinggi sekian alam Allah azwajallah….amin
Posted by marzi abdul on 30/05/2013 at 7:44 am
terima kasih, mohon copy..
Posted by Nor Azlina Nordin on 08/06/2013 at 7:21 pm
Assalamualaikum tuan, sunat awwabin mmg perlu buat sunat ba’diah dulu ke?
Posted by Shafi-Q on 18/06/2013 at 2:16 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Janganlah ditinggalkan solat Ba’diah Maghrib kerana ianya lebih diutamakan oleh Rasulullah SAW.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by yanty on 12/07/2013 at 1:58 pm
mohon copy yer…
Posted by Rosli Selamat on 20/07/2013 at 4:20 pm
Sukar sangat kita lihat orang melayu melakukan solat awwabin selepas ba’diah magrib. Tapi jika kita singgah masjid india atau pakistan hampir semua melakukannya. Bagaimana boleh kita yakinkan orang melayu supaya membuat amalan solat sunat awwabin sebagai suatu yang digalakan oleh rasulullah? Dan adakah suatu yang hampir menjadi wajib bagi orang mazhab lain di masjid india atau pakistan melaksanakan solat awwabin setiap magrib.
Posted by business on 30/07/2013 at 7:39 am
izinkan saya copy info ni.. assalamualaikum ya ustaz
Posted by qaseh on 13/08/2013 at 4:30 am
assalamualaikum ustaz.. izinkan saya copy beberapa solat sunat untuk dijadikan panduan untuk saya…
syukran ats info
Posted by asrol on 14/08/2013 at 7:49 pm
salam..mohon copy
Posted by maisarah on 16/08/2013 at 8:20 pm
terima kasih ustaz kerana kongsi ilmu yang amat berguna kepada saya… doalah moga temuduga spp saya berjalan dengn baik…. amin….
Posted by Shafi-Q on 18/08/2013 at 1:23 am
Amin…
Posted by fadhillah on 18/08/2013 at 2:51 am
assalmualaikum ustaz.. yang mana kh lebih afdal, dengar ceramah atau solat awwabin?
Posted by chairul asma on 04/10/2013 at 12:16 pm
Assalamu’alaikum wr wb
Boleh ditambahkan
Shalat Tahfidzhul Qur’an beserta do’a-do’anya terimakasih
Posted by Ajun Wijaya on 17/10/2013 at 2:36 am
Assalamu’alaikum wr wb.
Diterangkan dalam kitab apakah tentang shalat awwabin ini pa Ustadz ? trimakasih akan informasi dan jawaban nya.
Posted by wawan rustendi on 23/03/2014 at 11:32 am
Assalamu’alaikum wr wb. izin copy paste p’ ustadz, trimaksih
Posted by irna on 13/06/2014 at 3:01 am
mohon kbenaran kongsi
Posted by irna on 13/06/2014 at 3:02 am
info yang dicari cari..
http://metrobestmom.blogspot.com
Posted by Adelina on 26/06/2014 at 7:22 pm
Trima kasih utk perkongsian solat sunat ini… sangat bnyak membantu..
Posted by mariana on 06/07/2014 at 12:49 pm
ustaz sy terbaca dlm satu buku ni,dia kata 2,4 atau 6 mcm ustaz kata.tp yg sy nak tny dalam buku tu dia kata boleh dilakukan bila2 masa kecuali waktu yg dilaranglah
Posted by mariana on 06/07/2014 at 12:50 pm
betul ke cmtu ustaz?
Posted by Shafi-Q on 07/07/2014 at 7:13 pm
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Ada yang berpendapat sedemikian tapi kebiasaannya ia dilakukan selepas Solat Ba’diyah Maghrib.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by Malawai (@o_malawai) on 07/09/2015 at 12:27 pm
Makasi
Izin copy ustaz
Posted by Rhahim taib on 04/06/2016 at 8:49 pm
Panduan yg berguna saya selalu rujuk ketika sembahyang sunat ini. Sekiranya tiada halangan ingin tahu lebih lanjut biodata ustaz agar lebih rapat lagi persahabatan.