Solat Sunat Hajat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

.

Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.

.

Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.

.

Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

.

.

 FADHILAT SOLAT HAJAT

  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
.
.
.

PANDUAN SOLAT HAJAT

.

Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.

Alhakim berkata,Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”

Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.

.

.

.

 CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

.

Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:

 .

1.  Lafaz dan niat:

.


“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.

2.  Bacaan selepas Al-Fatihah

.

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)

“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”

“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]

.

.

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)

“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”

“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”

.

*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.

.

.

3.  Membaca Tasbih

.

a.  Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

.

.

b.  Atau Tasbih berikut 1 kali:

.

.

4.  Wirid Selepas Solat Hajat

.

Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:

.

       a. Istighfar (10 / 100 kali)

“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”

Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.

.

      b. Zikir

“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.

 .

     c.  Selawat (10 / 100 kali)

“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”

Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.

.

.

5.  Doa Solat Hajat

  .

Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:

.

.

AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min ‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal ‘a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil ‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil ‘a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-‘a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘ithm. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la gha-far-tah, wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan ‘il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa ‘a-duu-wan ‘il-la kha-zal-tah, wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan ‘il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.

  

.

Sslamat Beramal…!

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

415 responses to this post.

  1. Posted by zaharah on 23/05/2015 at 5:51 am

    Assalamuslaikum, tertarik dengan minat Doreen kepada Islam, saya email beliau. Malangnya alamat tidal ujud

    Reply

  2. Posted by Nabilah on 12/07/2015 at 12:27 am

    Assalamualaikum sye nk tnye lepas bce tasbih kne bce istighfar,zikir dan selawat tpi dlm keadaan sujud atau da duduk?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      no.1 – no.3 dibaca dalam solat, no.4 dan seterusnya selepas salam dalam keadaan duduk.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. Assalamualaikum ustaz klau surah al kafirun dgan al kursi digantikan dgan surah an-nas boleh tk? Sbb dua surah tu sye tk hafal sngt

    Reply

    • Boleh…

      Reply

      • Posted by nurul hudda on 01/10/2015 at 10:11 pm

        Salam..
        Saya nk tanya, bolehkah saya lakukan solat hajat lepas waktu zohor dan waktu maghrib.. Atau cume bole dilakukan waktu mlm sahaja..

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Waktu tersebut tidak termasuk waktu larangan solat, maka dibolehkan… tidak semestinya malam sahaja untuk Solat Hajat.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  4. Posted by aliusman.siregar on 30/07/2015 at 4:24 am

    Very good

    Reply

  5. Assalamuslaikum, Thank you very much this guide help me alot.

    Reply

  6. Posted by iah on 30/09/2015 at 6:12 pm

    salam ustaz, saya telah buat solat hajat selama tempoh 40 malam utk perkara yang sangat saya hajati. dalam 2 @ 3 malam yang terakhir sebelum genap 40 malam saya bermimpi seorang perempuan meminta saya teruskan lagi solat hajat saya.(saya bercadang untuk berhenti solat hajat buat sementara selepas habis 40 malam kerana saya terlalu keletihan, dan akan sambung semula selepas fizikal rasa fit), buat masa sekarang saya teruskan lagi dengan solat hajat yang ringkas sahaja tetapi tidak buat setiap malam, hanya buat jika saya rasa agak fit. adakah mimpi saya tersebut antara petunjuk yg saya dapat hasil solat hajat tersebut? dan saya perlu teruskan lagi solat hajat setiap malam seperti yang saya buat sebelum ini? (solat hajat sebelum ini sy buat setiap mlm berturut sehingga genap 40 mlm kecuali time tak boleh sembahyang)

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan sampai memudaratkan kesihatan… buat ikut kemampuan… Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Penyayang setiap hambaNya…..

      Reply

  7. Posted by Safwah on 08/11/2015 at 12:11 pm

    Assalamualaikum. mohon izin copy dan mohon halal diamalkan. .
    terima kasih.

    Reply

  8. Posted by syafiqah on 26/03/2016 at 11:23 am

    assalam, minta izin untuk print..terima kasih kerana sangat membantu saya

    Reply

  9. Posted by Sara on 26/06/2016 at 10:47 pm

    Goooooooooodddd.

    Reply

  10. Posted by Muhammad NorZaireen Hakimi Bun Hosnin on 12/07/2016 at 2:01 pm

    Assalamualaikum, nama saya muhammad zaireen hakimi bin hosnin. Saya ingin meminta pendapat daripada sesiapa yang boleh membantu saya. Saya ada seorang kawan perempuan(nur). Dah 2 tahun lebih saya kenal dengan dia. Sepanjang saya kenal. Saya telah menyatakan hasrat saya untuk berumah tangga dengannya pada tahun lepas. Tetapi hubungan saya mengahadapi sedikit masalah kerana saya mempunyai wanita lain (ain). Dlm masa saya kenal (ain), sedikit lunn saya tak pernah lupa pada (nur). Saya baru kenal dlm lapan atau sembilan hari sahaja dengan (ain). Selepas itu, saya sedar kesilapan diri saya. Saya pergi semula kepada (nur). Dia terima saya semula. Alhamdulillah. Syukur. Saya pernah menyatakan hasrat dan niat bahawa saya ingin menjadikan (nur) sebagai seorang isteri yg sah. (Nur) terdiam dan berkata “saya pun ingin berkahwin awaa dan ingin menjadi isteri kepada saya yang sah”. Tetapi lama kelamaan. Saya mula rasa sesuatu yang tak baik pada hubungan ini. Rupa2nya, (nur) telah mempunyai lelaki lain (daniel). Saya terkejut. Maybe ia cuma kwn sahaja. Baru2 ini, (daniel) menyatakan hasrat untuk menikahi (nur). Sedangkan saya telah menyatakan hasrat yang sama terlabih dahulu dan saya telah memberi tahu kepada keluarga (nur) bahawa saya ingin menikahi (nur) pada akhir tahun ini. (Nur) layan (daniel) lebih dari saya. (Daniel) nih seorang usahawan yang berjaya. Mempunyai syarikat sendiri. Umur (daniel) 24 tahun. Saya baru berumur 19 tahun. Bila2 masa saja (daniel) boleh hantar rombongan. Tp saya masih belajar. Duit pun belum cukup. Saya pertahankan hubungan saya dgn (nur). Tetapi (nur) sering mancari alasan. Mencari kesalahan saya. Kata saya tidak matang dan perangai mcm kebudak-budakan. Saya sedih. Waktu pertunangan yg saya telah rancang dgn family saya semakin hampir. Skrg sudah bulan 7. Hanya beberapa bulan saja masuk akhir tahun. Saya kecewa dgn kesilapan saya yg sebelum ini. Saya sedar itu semua salah saya. Saya minta maaf. (Nur) punn sudah maafkan. Saya buntu. Hampir setiap hari saya berdoa. Buat solat hajat. Buat solat istikarah supaya diberi pentunjuk dlm mimpi. Dalam mimpi saya asyik nampak wajah (Nur) saja. Takda wajah atau kelibat org lain. Saya sudah jujur pada (Nur) Dia hanya berkata “sapa cepat dia dpt”. (Nur) berkata sedemikian kerana petunjuk dlm mimpinya hanya samar2. Saya buntu. Apakah yang perlu lakukan sedangkan petunjuk dr mimpi saya sudah jelas. Bagaimana saya hendak pertahankan hubungan saya ini supaya (Nur) menjadi isteri saya yang sah?

    Reply

  11. Posted by Farrah on 15/09/2016 at 7:08 am

    Terima kasih byk2 ustaz. Mohon halalkan.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: