Solat Sunat Tasbih

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

.

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

.

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )

.

Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.

.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

.

.

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih

.

Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).

Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.

.

Caranya;

.

1.  Niat Solat Sunat Tasbih:

a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,

“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

 .

b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-‘a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

 .

.

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

        1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
        2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
        3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
        4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

.

.

3.  Bacaan Tasbihnya ialah:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

.

Nota;

*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.

.

.

4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.

.

.

5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

      • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
      • Rukuk – 10 kali tasbih
      • Iktidal – 10 kali tasbih
      • Sujud pertama – 10 kali tasbih
      • Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
      • Sujud kedua – 10 kali tasbih
      • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.

.

.

6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

.

.

7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

.

.

8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.

.

.

9. Membaca doa solat tasbih;

.

By; shafiqolbu

.

.

135 responses to this post.

  1. alhamdullilah

    Reply

  2. Posted by fattin on 16/06/2012 at 12:07 am

    asalamualaikum , saya ada 1 soalan , kalau kita buat salah , dan rasa ingin bertaubat . tetapi kita tidak menunaikan solat taubat . apa hukumnya ?

    Reply

    • Waalaikumussalam w.t.h.

      Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Jika tidak dilakukan Solat Taubat, tidaklah berdosa.. tapi Fattin telah meninggalkan suatu cara penyucian diri yang paling utama..

      Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana orang yang berbuat dosa kemudian dia segera sedar, hendaklah ia berwuduk kemudian solat dua rakaat, lalu memohon keampunan, pasti Allah SWT akan memberikan keampunannya.” (Riwayat Ahmad).

      Firman Allah SWT.: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka segera bertaubat, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

      Reply

      • Posted by TITU on 08/09/2016 at 3:14 pm

        apakah sekiranya kita tidak jahil tp kita lakukan juga kesalahan itu ..dan kita ingin bertaubat..adakah Allah tidak menerima taubat kita itu

    • Posted by fauzan on 12/05/2014 at 2:39 pm

      seelok2nya kta lakukan la solat sunat taubat..tp klau kta xbt..ckoplah sekadar kta menginsafi segala perbuatan kita dan kta mstilah btol2 brtekad untk tdk ulangi kslh 2 lg..wallah hu a’lam..

      Reply

  3. Posted by Qalbun Jadid on 09/07/2012 at 11:27 pm

    apa hukum bacaan secara jahr dalam solat tasbih?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Diharuskan sekiranya ia dilakukan pada sebelah malam…

      والله أعلم بالصواب

      Reply

  4. Posted by puteri on 19/07/2012 at 4:14 pm

    salam..sy nk tanya..klu kita nk bertaubat..yg mana kite perlu buat solat sunat taubat atau solat sunat tasbih atau kedua2 nya sekali…yang mana paling terbaik..tq

    Reply

  5. Posted by zalia on 23/07/2012 at 8:37 pm

    salam, solat sunat tasbih mengandungi 300 tasbih yg perlu dibaca..adakah kita perlu membaca tasbih biasa ketika rukuk(subhanaullahiwabihamdi) dan sujud(subhanarobial a’ala wabihamdi)?terima kasih.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Zalia baca seperti biasa tasbih rukuk dan sujud kemudian boleh disambung dengan 10 kali tasbih:

      سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

      Reply

  6. Posted by ajes on 31/07/2012 at 1:56 pm

    salam nk tanye…
    niat dia mmg niat dua rakaat walaupon buat 4 rakaat??ke mcm mne nieh???

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      4 rakaat tersebut Sdr.Ajes lakukan dengan 2 salam, iaitu dipisah dan diniatkan pada setiap 2 rakaat.

      Reply

  7. Posted by irfan on 31/07/2012 at 5:16 pm

    Assalamualaikum, saya pernah melakukan kesalahan kepada sesorang dan saya telah bertaubat untuk tidak melakukannya lagi. saya sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt, akan tetapi saya tidak sanggup untuk memohon ampun dan maaf kepada orang yang saya melakukan kesalahan kerana jika saya beritahu kepadanya pasti akan menimbulkan kemarahan yang amat sangat dan berkemungkinan menimbulkan kemudaratan atau bertambah buruk lagi. Dalam hal ini apa yang harus saya lakukan ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sekiranya boleh menimbulkan kemudaratan yang lebih besar, tidak perlulah Sdr. meminta maaf.. tetapi Sdr.Irfan hendaklah sentiasa sedia membantu dan berbuat baik padanya. Dalam masa yang sama lakukanlah seberapa banyak solat Taubat dan zikir istighfar bagi mohon keampunan Allah Ta’ala sehingga reda keresahan hati tu…

      Reply

  8. Posted by mila on 03/08/2012 at 8:40 am

    assalamualaikum,

    saya nak tanya..kalau buat solat tasbih waktu siang 4 rakaat 1 salam..maknanya kita baca niat solat tu..untuk 4 rakaat atau 2 rakaat juga?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Niat Solat Tasbih Siang Hari:

      أُصَلِّىْ سُنَّةَ التَّسْبِيْحِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَىَ.
      (Daku solat sunat Tasbih empat raka’at kerana Allah Ta’ala.)

      Reply

      • Posted by RUSLINA on 16/07/2013 at 7:48 am

        Assalamualaikum,

        saya keliru, maksudnya kalau ingin menunaikan solat tasbih 4 rakaat disiang hari hendaklah berniat :

        صَلِّىْ سُنَّةَ التَّسْبِيْحِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَىَ.
        (Daku solat sunat Tasbih empat raka’at kerana Allah Ta’ala.)

        tapi dengan 2 salam. Selepas salam yang pertama harus niat 4 rakaat juga ke Encik Shafi-Q??…selepas tu sambung tunaikan 2 rakaat lagi……

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Jika 2 rakaat, tukarkan ‘arba-a rokatin'(empat rakaat) kepada ‘rokataini'(dua rakaat).

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  9. Assalamualaikum wbt….
    terima kasih, amat bermanfaat buat saya…..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhhamdulillah.. Selamat beramal….

      Reply

  10. Posted by uthman on 08/08/2012 at 11:57 pm

    Apakah kedudukan hadis tentang solat sunat tasbih? Bukankah ia adalah hadis dhaif?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ikhlaskanlah hati beramal dan beribadah hanya semata2 kerana Allah SWT…begitu banyak permulaan surah dalam A-Quran yang menyarankan hambaNya bertasbih; “Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

      Dan firman Allah SWT lagi: “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” (Al-Isra’; Ayat 44)

      Tujuan solat Tasbih ini pun bagi mengagung dan membesarkan Allah Azza Wa Jalla…siapalah kita yang nak menghalang insan2 lain beribadat kepada yang Maha Khaliq..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  11. Posted by nur on 09/08/2012 at 2:47 am

    salam. tasbih selepas bangun dari ruku’ tu.. angkat takbir , bacaan iktidal, kemudian berdiri tegak dan tasbih 10 kali ke? atau semasa angkat takbir atau perlu menadah tangan?mohon pencerahan

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Dibaca sewaktu berdiri tegak iaitu selepas bacaan ‘Rabbana lakal hamd..’ tanpa menadah tangan..

      Reply

  12. Posted by aliff on 09/08/2012 at 11:52 pm

    bagi yg melakukan pada mlam hari,solat ini dibuat 4 rakaat dgn 2 salam..makna nya, selepas salam yg pertama,kita bngun dan niat sembahyang 2 rakaat seperti biase ker??

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ya, tepat sekali Sdr.Aliff.. Selamat beramal…

      Reply

  13. Posted by Badul on 10/08/2012 at 1:28 am

    salam,,kalau kita tak mampu nak baca tasbih didalam sujud kerana terasa pening kepala,,bolehkah kita baca lebih ketika duduk antara dua sujud..atau ditempat lain yang mana sesuai..t ,makasih,

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sdr.Badul bacalah selepas bacaan tahiyat akhir sebelum beri salam.

      Reply

  14. Posted by fizah on 11/08/2012 at 9:59 am

    salam..
    kalo kita nk buat solat sunat tasbih ni waktu siang, lpas solat zohor boleh tak

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh…waktu tersebut tidak termasuk dalam larangan solat..

      Reply

  15. Posted by izzat on 12/08/2012 at 7:16 pm

    assalamualaikum, saya nak tanya ni solat sunat tasbih ni kalau kita buat setengah sahaja adakah berdosa ataupun hanya tidak sah

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat kurang sempurna… seharusnya bila Sdr.Izzat dah sedia dan punya kelapangan baru dilakukan dengan seikhlas hati dan jangan buat setengah-setengah.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  16. Posted by El Mohd on 15/08/2012 at 10:21 am

    Assalammualaikum. saya ada kmusykilan. Sesetangah laman web yang saya baca:

    Slps Iftitah sebelum Fatihah 15
    Sesudah surah Rakaat 1 10
    Rukuk 10
    I’tidal 10
    Sujud 10
    Duduk antara dua sujud 10
    Sujud kedua 10

    (Tidak di baca selepas sujud kedua sbb di baca 10x pada surah rakaat pertama)

    dan ada yang saja baca:

    •Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
    •Rukuk – 10 kali tasbih
    •Iktidal – 10 kali tasbih
    •Sujud pertama – 10 kali tasbih
    •Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
    •Sujud kedua – 10 kali tasbih
    •Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.

    (Di baca selepas sujud kedua, sbb tasbih di baca 15x selepas surah rakaat pertama)

    boleh tolong jelaskan, mana satu yang boleh di ikut? ada saya di beritahu, tidak mengapa, asalkan tasbih tidak lebih dari 300x. tolong jelaskan.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ikutlah cara kedua, ini berdasarkan sebuah hadis dari Ibnu Abbas…
      Sekiranya Sdr. El Mohd terlupa atau terlebih membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan atau dikurangkan di tempat berikutnya, asalkan jumlah tasbihnya cukup 300.

      Reply

  17. Posted by fiza on 16/08/2012 at 10:49 am

    assalam.. saya nak tanya.. dlm hadis nabi tu, xde pulak dinyatakan bertasbih time iktidlal.. tapi yg saya tengok admin buat time iktidal pon kene tasbih menjadikan jumlah tasbih admin tu 85, bukan 75…. mohon pencerahan….. tq

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah..telah ana betulkan ketinggalan satu ayat pada hadis tersebut.

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran..

      Reply

  18. Posted by Mees on 31/08/2012 at 11:48 pm

    Assalamua’laikum…
    Sy nk b’tanya…Solat sunat tasbih nie di galakkan pada hari jumaat sahaja (klu 1 kali smgu) atau pada bila2 masa dlm smgu…

    Terima Kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sdri.Mees boleh lakukan pada bila2 masa mengikut kesanggupan diri..

      Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu Solat Tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali.” (Hadis Riwayat: Abu Daud dan Ibnu Majah r.a.)

      Reply

  19. Posted by Guntur on 20/10/2012 at 8:15 pm

    Assalamualaikum warahmatullah. Kalau kita solat Sunat Tasbih di waktu pagi, pukul berapa yg kita boleh mula solat?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sepanjang waktu Dhuha..iaitu di antara 30 minit selepas terbit matahari (Syuruk) sehingga 10 minit sebelum masuk Zuhur.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  20. Posted by nurfarhana abdmutalib on 27/10/2012 at 10:11 am

    terime kasih byk2 ,, sngt bergne kpd smue owg ,,

    Reply

  21. ustaz, sy x phm la.. dlm rakaat pertama dan kedua kene tasbih x ataupun rakaat ke2 dan 4 shj

    Reply

    • Baca pada semua rakaat..

      Reply

      • Posted by Nur on 24/11/2012 at 11:27 am

        Assalamualaikum…sy nak tya selepas tahiyad awal dan akhir kna baca tasbih jugak ka??kalu buat pada waktu siang…

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Perlu dibaca bagi mencukupkan bilangan 300 tersebut.

  22. Posted by shah on 26/11/2012 at 4:56 pm

    salam ngapa ya kena ckup kn 300 tasbih nya klau lebih blh kan mnta pnyelasan

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Rasulullah SAW memang menganjurkan untuk Solat Tasbih. Sekiranya Solat Tasbih dilakukan Shah akan mendapat lebih banyak pahala kerana bacaan tasbihnya melebihi kebiasaan bacaan tasbih selepas solat 100 kali.

      Dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah bersabda kepada Abbas bin Abdul Muttalib, “Wahai Abbas, pakcikku, mahukah engkau aku berikan? Mahukah engkau aku kasihkan? Mahukah engkau aku kasih hadiahkan? Mahukah engkau aku ajarkan sepuluh sifat (pekerti)? Jika engkau melakukannya, Allah mengampunkan dosa kamu: dosa yang awal dan yang akhir, dosa yang lama dan yang baru, dosa yang tidak sengaja dan yang sengaja, dosa yang kecil dan yang besar, dosa yang rahsia dan terang-terangan, sepuluh jenis (dosa). Engkau solat empat rakaat. Pada setiap rakaat engkau membaca Al Fatihah dan satu surah (Al-Quran). Jika engkau telah selesai membaca (surat) pada awal rakaat, ketika engkau masih berdiri, engkau membaca: “SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH, WALAA ILAAHA ILLA ALLAH, WALLAHU AKBAR!” sebanyak 15 kali. Kemudian rukuk, maka engkau ucapkan (zikir) itu sebanyak 10 kali. Kemudian engkau angkat kepalamu dari rukuk, lalu ucapkan (zikir) itu sebanyak 10 kali. Kemudian engkau turun sujud, ketika sujud engkau ucapkan (zikir) itu sebanyak 10 kali. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud, maka engkau ucapkan (zikir) itu sebanyak 10 kali. Kemudian engkau bersujud, lalu ucapkan (zikir) itu sebanyak 10 kali. Kemudian engkau angkat kepalamu, maka engkau ucapkan (zikir) itu sebanyak 10 kali. Maka itulah 75 (zikir) pada setiap satu rakaat. Engkau lakukan itu dalam empat rakaat. Jika engkau mampu melakukannya (solat) itu setiap hari sekali, maka lakukanlah! Jika engkau tidak melakukannya, maka (lakukan) setiap bulan sekali! Jika tidak, maka (lakukan) setiap tahun sekali! Jika engkau tidak melakukannya, maka (lakukan) sekali dalam umurmu.” (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah.)

      Walau bagaimanapun tidak mengapa jika bacaannya terlebih..tapi berusahalah untuk lebih fokus, berdisplin dan khusyuk bagi mematuhi tertib peraturan sebagaimana yang dituntut.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  23. Posted by Arahim on 08/01/2013 at 5:29 pm

    Ya hamba Allah..,minta share sama utk para muslimin dan muslimat

    Reply

  24. Posted by nafisannisa on 09/01/2013 at 6:18 pm

    Trima kasih ustadz ilmunya,Insya Alloh niat amal dan sampaikan kepada yang lain..

    Reply

  25. Posted by Ahmad on 25/01/2013 at 7:52 am

    Info yg bermanfaat

    Reply

  26. Posted by hana on 26/01/2013 at 12:29 am

    Assalamualaikum. Saya ada soalan: Boleh ke lakukan solat tasbih ni secara berjemaah?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Walaupun lebih afdal dilakukan bersendirian.. namun diharuskan berjemaah pada Solat Sunat Tasbih sebagai suatu bimbingan dan mengisi masa komuniti bagi menghindarkan mereka daripada melakukan perkara2 lagha terutama semasa cuti atau bagi memenuhi ibadah Ramadhan.

      والله أعلم
      Wallahu A’lam

      Reply

  27. Posted by azmi on 27/01/2013 at 10:04 pm

    assalam
    mohon kebenaran beramal beramal
    adakah boleh kita baca tasbih ketika permulaan takbir 15x selepas doa iftitah kemudian 10x selepas fatihah dan surah.tanpa perlu baca 10x selepas duduk antara 2 sujud atau selepas rakaat 2 atau 4 sebelum salam.saya terlihat di dalam sebuah buku panduan solat2 sunat.minta maklum.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ia adalah suatu kayfiat(cara yang lain) yang boleh diamalkan. Tapi cara yang di ajar Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya, Abbas bin Abdul Muthallib adalah seperti entery di atas.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  28. Posted by Ira on 29/01/2013 at 8:19 am

    Assalamualaikumwarahmatullah,terima kasih atas info..:)

    Reply

  29. Posted by azmi on 29/01/2013 at 4:56 pm

    As salam,
    Apakah cara terbaik untuk mengamalkan solat sunat tasbih ini.

    “Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah”

    MInta pandangan dan maaf jika ada kesilapan.

    Reply

  30. Posted by Fatimah on 12/04/2013 at 12:29 pm

    Assalammualaikum, terima kasih Ustaz. Saya tidak pernah melalukannya. Saya ingin cuba seberapa bolih melakukan mungkin pada mulanya 1x dalam 2/3 bulan (jika mampu) dan mudah2an dapat saya teruskan sehingga saya dapat melalukannya setiap bulan 1x, Insyallah.

    Reply

  31. salam ustaz,,saya nak tanya kalau kita melakukkan pada waktu siang hari,,pada pukul manakah yang sesuai

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bergantung kepada kelapangan dan keselesaan..asalkan tidak mengganggu tugas hakiki seseorang kerana solat ini mengambil masa yang agak lama (hampir 1 jam). Waktunya antara pukul 8.00 pagi hingga sebelum mendirikan solat Asar.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  32. Posted by fadhlan on 12/05/2013 at 5:23 am

    salam…
    mohon penjelasan untuk 4 rekaat satu salam

    1) dilakukan pada siang hari, jika dilakukan pada belah malam boleh ke?

    2) tasbih 10 yg terakhir adalah pada akhir tahyat akhir dan bukan diakhir salam kan uztaz..?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1) Bolehh…adalah sunnah jika dapat dipisahkan kepada 2,2 rakaat.

      2) Tasbih tersebut dibaca selepas membaca tahyat akhir dan sebelum memberi salam.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  33. Posted by ana muslim on 26/05/2013 at 4:27 pm

    as salam ustaz…
    nk tanya..kalau sebelum beri salam iaitu selepas baca tahiyat akhir..kalau tak dibaca tasbih boleh kah ustaz?…rasanya dah cukup kan 300 tasbih kalau tak dibaca selepas tahiyat akhir..mohon jawapan dari ustaz..

    terima kasih..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

      Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
      Rukuk – 10 kali tasbih
      Iktidal – 10 kali tasbih
      Sujud pertama – 10 kali tasbih
      Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
      Sujud kedua – 10 kali tasbih
      Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud atau duduk tahiyyat akhir, – 10 kali tasbih.

      Jika Ukhti Ana lakukan seperti mana di atas, ianya perlu dibaca… tapi sekiranya telah terlebih pada rukun2 sebelumnya, maka tak perluah dibaca lagi.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  34. Posted by Khairil Firdaus on 05/06/2013 at 7:01 am

    Assalamualaikum ustaz, saya nk tny…
    Boleh tak kita memisahkan solat tasbih utk dua hari? Dua rakaat pertama dilakukan pd hari ini manakala dua rakaat seterusnya dilakukan pd esok hari.. Mohon keterangan ustaz.. Syuqran ^_^

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Mesti dilakukan berturut2 dalam satu waktu.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  35. Posted by ashyraf on 22/06/2013 at 5:03 pm

    Salam. Mohon bertanya.. blh ke dlakukan solat tasbih 4 rakaat dgn 1 salam pd waktu malam

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sememangnya begitulah amalannya..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  36. aku sentiasa melakukan doa tasbih untuk mu nabi dan allah.semoga hidup dunia aman untuk selamanya.

    Reply

  37. Posted by Anas Bukhari Remli on 05/07/2013 at 11:57 pm

    Mohon penjelasan dari admin..
    Ada yang cakap pada rakaat terakhir kena baca tasbih saya nak tau cara yang sesuai dibaca tasbih sebelum tahhiyat akhir ataupun selepas tahhiyat akhir yakni sebelum salam..

    Reply

  38. Posted by Fakhruddin Ismail on 12/07/2013 at 10:04 pm

    Admin, bolehkah tidak membaca doa solat tasbih tetapi doa lain..

    Reply

  39. Posted by radi on 14/07/2013 at 5:49 am

    solat sunat tasbih berjamaah.maksudnya pergerakan berjamaah.tapi niat sendiri.bukan makmun.atau kena niat berjamaah.boleh ustaz jelaskan

    Reply

    • Solat berjamaah bermaksud seseorang imam berniat sebagai imam dan jemaah yang mengikut di belakang berniat sebagai makmun…baharulah dapat pahala berjamaah.

      Reply

  40. Posted by azhari abd rahman on 16/07/2013 at 2:50 pm

    Salam Ustaz,

    Saya buat solat tasbih pada malam hari. (2 rokaat, 2 rokaat)

    1. Saya kena baca DOA solat tasbih selepas memberi salam sebanyk dua kali ke? makna nya satu doa selepas memberi salam rokaat 2 yg pertama dan satu lagi doa selepas beri salam rokaat kedua yg kedua.

    2. Sahkah kalau saya baca doa solat tasbih dalam Bahasa Melayu saja daripada dalam bahasa Arab.

    Terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1) Cukup sekali saja pada akhir rakaat ke4.
      2) Sah solatnya..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by alief on 25/07/2013 at 3:48 am

        Salam ya ustaz.. lepas solat sunat tasbih tu boleh ke bace doa selain dr doa yg ustaz nyatakan tu?? Kalo ade, doa yg mcm mne senang skt ust.. doa tu sy x lancar..hehe maaf ustazz..

  41. Posted by pie on 18/07/2013 at 9:18 am

    Salam…Tuan, bolehkah saya minta no hp tuan agar senang untuk saya bertanya secara terus jika ada apa-apa musykil dalam bab-bab agama khususnya solat. Saya mengikuti bolg tuan ini dan amat bagus sekali…Terima kasih

    Reply

  42. Posted by Muhd Ridzuan on 24/07/2013 at 9:49 am

    Saya ingin minta izin saudara, pemilik blog ini. Boleh saya copy & print artikel2 saudara terutama solat solat sunat 🙂

    Reply

  43. Posted by paroro on 27/07/2013 at 4:25 am

    Salam,
    . sy nk tya mcm mna kalau sy trtinggal nk bca tsbih mse dlm solat,mgkin dlm 10x trtinggal dan sy gnti lepas siap solat biar ckup 300x,…xpe ke??

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh… Allah Maha Pengasih lagi Mengetahui setiap hambaNya..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  44. Posted by MOHAMMAD ZAIM BIN ROMLI on 28/07/2013 at 12:47 pm

    Alhamdulillah…Inn Sha ALLAH mudah-mudahan saya akan amalkan.

    Reply

  45. Posted by ayumi on 30/07/2013 at 1:18 pm

    Assalamualaikum ustaz, bacaan tasbih 300x tu & juga tasbih “Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn” yg untuk solat sunat taubat & hajat tu kena baca dlm hati je ke @ boleh di lafaz kan (sekadar di pendengaran sendiri)? ” Mohon penjelasan daripada Ustaz…

    Reply

  46. Posted by khairunnisa on 31/07/2013 at 3:14 am

    Salam ustaz
    Kalau begitu bahagian tasbih lepas tahiyat itu akan membuat total tasbihnya 310 kan? Ie kalau dilakukan waktu malam:
    Satu rakaat=75
    (4 rakaat)300 + (Tasbih lepas tahiyat untuk solat set pertama) 10= 310
    Maaf kalau saya terkeliru. Dan terima kasih in advance. Semoga Allah berkati 😀

    Reply

  47. Posted by Aisyah on 01/08/2013 at 11:35 am

    Assalamu’alaikum,

    Jikalau sudah tamat 4 rakaat, bolehkah diteruskan dgn 4 lg rakaat?

    Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah..Bolehh…tapi adalah lebih baik jika dilakukan pada 2 waktu berbeza (siang dan malam).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  48. Posted by Mencari on 02/08/2013 at 7:09 am

    Assalamualaikum

    Bolehkah solat ini dilakukan dua kali sehari?
    iaitu sekali pada siang hari dan sekali pada malam hari..

    Terime kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  49. Posted by ina on 02/08/2013 at 8:57 am

    slm..sy pernah buat solat tasbih tapi setakat 2 rakaa shj. masa sy selesai solat dah dekat nak azan subuh. sah x solat sy kalu sy buat 2 rakaat shj? atau sy perlu ganti lagi 2 rakaat pd masa lain?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah, solatnya sah dan hanya Allah yang dapat menilainya…
      Lebih afdhal jika dilakukan semula dan di masa depan, sebelum melakukannya peruntukkanlah masa secukupnya….

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by eyr on 07/08/2013 at 12:43 am

        salam… ustaz.. klau solat tasbih dilakukan secara berjamaah adakah imam akan membaca surah fatihah dan surah lazim secara kuar@perlahan seperti solat berseorangan?
        mohon pencerahan.
        terima kasih.

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Secara perlahan… semua jemaah baca sendiri2.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  50. Alhamdulilah . . Hatur Nuhun Artikel nya Mantep.

    Reply

  51. assalamu’alaikum Wr Wb
    saya mau tanya,jika melakukan sholat tasbih 4 rekaat,itu apakah juga ada tasyahud awalnya???

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Buat seperti biasa dan disambung 10 tasbih tersebut.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  52. Posted by virry on 01/10/2013 at 10:37 am

    I will do again

    Reply

  53. Posted by Imam Karyanto on 08/02/2014 at 6:49 pm

    Terima kasih sekali atas artikelnya yang mudah sekali dipahami dan tidak membingungkan bagi para pembacanya..

    Reply

  54. Posted by Ary on 30/06/2014 at 2:08 pm

    as Salam ingin bertanya , adakah untuk melakukan solat tasbih ini terdpat waktu2 haram seperti solat sunat dhuha?atau ia dapat diliakukan pada bila2 masa sahaja?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Boleh dilakukan bila2 maa asalkan tidak dalam waktu yang dilarang.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  55. Posted by hamba ALLAH on 02/07/2014 at 3:29 pm

    alhamdulillah..mohon share.tma ksh..barakALLAH.sollu A’lannabi

    Reply

  56. Posted by Helen Kurais on 07/07/2014 at 8:31 pm

    Asslm..sy ingin bertanya blhka d baca surah2 yg sy hafal sahaja selain dari surah2 yg saudara nyatakan..dan bolehkah sy baca berulang2..misalnya rakaat pertama lpas al-fatihah, sy baca surah al-ikhlas..rakaat kedua sy baca ayat kursi..rakaat ketiga sy baca an nas..dan rakaat keempat sy ulang surah al-ikhlas..terima kasih.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Boleh dibaca mana2 surah yang telah dihafal tetapi ianya mestilah mengikut turutan/susunan di dalam Al-Quran…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  57. Posted by Kaza on 18/07/2014 at 5:22 pm

    Bismillah, hadis d ats mungkin benar dn mgkn juge tidak,, kerna?. Kerna ada khilaf dn pndangan ulama yg brlainan dgn trkaitnya matan trsebut. Hndklah kita tahu, Baginda s.a.w tidklah mgatekn sesuatu yg ia tdk lakukn terlebih dahulu. Apakh anda ada brtmu dgn hadis yg mnyatakn Baginda Nabi s.a.w. mlakukn sunat tasbih? Hatta menurut pndangn ulama sperti al Arabi,atau yg trdhulu,sperti Ibn hajjar ,,atau lg ulama mazhab yang lebih awal tidak ada yg mnyatakn akn keberadaan sunat tasbih. Kita disuruh utk brtasbih pd Allah sntiase, bile2 saje, sperti mana firmannya, Stiap yg ada d langt mau pun di bumi brtasbih ke atsku. Jadi jgnla kita beralasan utk trima solat ini sbulat2ny kerna ingin memuji Allah. Sedangkan jumhur ulama rmai yg mngatekn hadis ini lemah,malah ada yg mngatekan maudhu”. Jadilah pengamal sunnah yang sahih ,drpd mnjd pncipta bid’ah . Stiap manusia ade pndangn masing2, khilaf ummat Muhammad s.a.w itu dimaafkan kataNya dalam hadis dari Ibn Abbas.. WallAhua’lam. 🙂

    Reply

    • Posted by Rizal on 27/07/2014 at 4:55 am

      Ini adalah solat sunat. Cara pengabdian yg sunat. Jika yakin lakukan dan jika tidak yakin,mudah sahaja tinggalkan. Allah maha melihat lgi maha mengetahui usaha hambanya. Walaupun tidk kuat hadith trsebut tetapi ia tetap sabda rasulullah saw. Wallah walam. Ini bukan mncipta bid’ah,ini hanya pekongsian. Jangan salah faham. Sekian Assalamualaikum

      Reply

  58. Posted by ibuhamizah on 18/07/2014 at 6:08 pm

    Assalammualaikum warahmatullahhi wabarakatu.. Saya telah keluar dari rumah kelamin saya setelah dihalau oleh suami. Namun, suami sy menganggap saya lari dari rumah dan mendakwa saya menderhaka padanya. Kemudian saya memohon kemaafan darinya dan meminta izin untuk kembali kerumah kami, malangnya suami tidak ingin saya kembali ke rumah dan menganggap sy masih isteri derhaka.. Saya telah berulang kali memohon kemaafan darinya.. Disebabkan telah dibuang oleh suami, saya kembali bekerja demi menyara anak saya, namun suami tidak meredhai setiap perbuatan saya..saya ingin bertanya, adakah haram hukumnya saya bekerja tanpa redha suami demi mencari nafkah untuk membesarkan anak saya?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Langkah terbaik dapatkan segera kaunseling syariah bagi menyelesaikannya sebelum berlarutan…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  59. Posted by ikmal on 21/07/2014 at 3:33 pm

    Assalamualaikum..saya ingin bertanya bolehkah doa solat sunat tasbih dibaca dalam bahasa melayu..? sekian, terima kasih.

    Reply

  60. Posted by habib hasan on 24/07/2014 at 4:10 am

    Satu penyebaran ilmu yang sangat bermanfaat..semoga ramai lagi yang dapat manfaatnya.

    Reply

  61. Posted by sdjokopurwanto on 24/07/2014 at 10:20 am

    saya pernah di beritahu orang ngobrol di masjid, bahwa shalat tasbih itu
    1.dasar nya tidah kuat
    2. hukum nya bukan wajib,
    bagaimana yo penjelasan nya, mohon maaf pengetahuan agam saya sangat dangkal
    terimakasih atas pencerahaan nya

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Ulama’ berselisih mengenainya, tapi masih boleh diamalkan… tidak diwajibkan.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  62. Posted by najwa nelydia emma on 26/07/2014 at 8:43 pm

    terima kasih kerana bagi tahu cara 2 solat tahajud

    Reply

  63. Posted by abu dhiya' on 27/07/2014 at 7:24 am

    http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/08/solat-sunat-tasbih-sahih-atau-dhaif.html

    bagi yang mempertikaikan solat sunat tasbih, bolehlah rujuk link di atas agar lebih jernih fahamannya, tq

    Reply

  64. Posted by Mohd Daud on 06/11/2014 at 11:52 am

    Terima kasih atas ptunjuk solat tasbih..
    Kenapa bacaan tasbih berbeza ddgn yg dalam hadis?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Besar fadhilatnya jika ditambah..sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa sesiapa yang membaca zikir di atas, maka diampunilah kesalahan-kesalahan walaupun sebanyak buih di laut.[HR Muslim]

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  65. Posted by ABD Razak bin omar on 17/02/2015 at 8:17 pm

    Alhamdullilah atas perkongsian ilmunya, semoga Allah memberkati usaha tuan ustaz.

    Reply

  66. Posted by Umar othman on 08/07/2015 at 11:52 pm

    T.kaseh diatas elmu yg di berikan,moga mendapat menfaat bersama insaalah.

    Reply

  67. Posted by Ali on 11/07/2015 at 3:33 pm

    Thanks for your da’wah … thanks and may we have His mercy ….

    Reply

  68. Posted by Nursuzila on 15/07/2015 at 6:32 am

    satu salam tu cam ne 😮

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Satu salam bermaksud selesai sesuatu solat selepas memberi salam yang dilakukan setelah habis membaca tahiyat akhir.

      Reply

  69. Posted by Abd Razak on 15/07/2015 at 12:02 pm

    Syukran & Alhamdullilah atas perkongsian ilmunya…semuga cita2 yg murni ini mendapat rahmat & keberkatan dari Allah SWT.

    Reply

  70. Posted by litta on 29/05/2016 at 5:16 pm

    Asalamualaikum…..bolehkah kt hitung mnggunakan jari sprti berzikir…? Krn takut ada ksalahan dlm mnghitungnya….

    Reply

  71. Posted by abd Razak on 06/06/2016 at 1:46 pm

    syukran jazakallah khair tuan.

    Reply

  72. Posted by khairi on 27/06/2016 at 3:20 pm

    saya nak minta izin copy dan dah copypun .Terimakasih

    Reply

  73. Posted by abd on 28/06/2016 at 8:40 am

    Assalamualaikum, Terima kasih kepada tuan laman sesawang ini ,Alhamdulillah, semoga kita semua muslimin dan muslimat sentiasa mendapat kerahmatan, keampunan dan keredaan dari Allah, InsyaAllah kita mohon pada Allah juga agar dapat beramal dengan ikhlas solat tasbih tersebut. Lahaulawalaquwataillabillah,hilaliyilazim.

    Reply

  74. Posted by Oyeen on 08/07/2016 at 1:12 am

    Assalam.pencerahan nya amat bernilai.kemanisan menunaikan sunat tasbih ini tak dapat diungkap denga kata kata.terima kasih uztz.Dari belajar 1 x Dari uztaz nordin Semarang saya boleh melakukan sendirian walaupun ada kesilapan Kali pertama.dgn rujukan Dari laman ini saya yakin boleh melakukannya sendiri dgn istiqamah. Sukran ya uztz.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: