بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Waktu Zawal yang dikenali juga sebagai waktu Istiwa atau waktu rembang ialah masa matahari berada tegak di atas kepala, iaitu apabila kita berdiri, tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita.
Ketika inilah, api neraka sedang menggelegak dan syaitan-syaitan berkeliaran. Oleh kerana itu waktu ini diharamkan mendirikan solat kecuali pada hari Jumaat. Waktu ini panjangnya dalam lima hingga 10 minit sebelum waktu Zuhur.
Kita juga disaran mendirikan Solat Sunat Zawal pada hari-hari biasa, di antara waktu selepas Zawal hingga tergelincir matahari anggaran sedepa, kerana ia adalah masa ijabah iaitu saat diperkenankan doa.
.
Solat Zawal ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan sejurus gelincirnya matahari iaitu sebelum mengerjakan solat sunat Qabliah Zohor.
Sekiranya Solat Sunat Zawal dikerjakan di rumah, hendaklah ianya direngkaskan dengan membaca surah-surah pendek agar tidak ketinggalan solat berjamaah di surau atau masjid.
.
.
Cara Melakukan Solat Zawal
- Lafaz niatnya:-
.
2. Bacaan surah:
Rakaat pertama, bacalah An Nashr (Izaaja).
Rakaat ke-dua, dibaca Al Lahab.
.
.
Zikir AL MALIK
– Maha Merajai dan Yang Mempunyai Kerajaan
Apabila dizikirkan AL MALIK setiap hari setelah tergelincirnya matahari (selepas Zawal):
- Sebanyak mungkin, InsyaAllah akan mendapati dirinya serba lengkap dan dicukupkan keperluannya tanpa bergantung kepada orang lain.
- Sebanyak 121 kali – InsyaAllah akan beroleh kekayaan dengan dibukakan pintu rezeki dan segala pekerjaan yang dilakukan akan mendatangkan berkat.
.
https://shafiqolbu.wordpress.com
.
Posted by uhukkkuhukkk on 28/06/2012 at 3:55 am
alhamdulillah… knp sblm ni xpenah tertekan nk search bab ilmu ni….. thanks…
Posted by Shafi-Q on 28/06/2012 at 5:06 pm
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Syukur Alhamdulillah… semoga terus terbuka pintu hikmah…
Posted by Rosini Ham on 30/08/2012 at 9:58 am
alhamdulillah… ini satu yang baru…apakh solat ini dilakukan selepas azan zohor seblm melakukn solat qobliah atau seblm azan..mntak pnjelasn…jazkamullah
Posted by Shafi-Q on 01/09/2012 at 2:12 pm
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Solat Sunat Zawal bukanlah sesuatu yang baru, cuma ianya sering ditinggalkan seperti juga Solat Isyraq atas sebab kesibukan tugas..
Masanya setelah yakin tergelincir matahari dan sebaik masuk waktu Zuhur atau selepas habis azannya sebelum melakukan Solat Sunat Qobliyah Zuhur. Tempoh masanya amat pendek, lebih kurang 15 minit sahaja.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by andi bandi on 13/10/2012 at 11:40 pm
allham dullillah
Posted by bilal on 14/11/2012 at 12:28 pm
JAZAKALLAHU KHAIRAN
Posted by amir on 17/10/2013 at 12:06 am
macam mane bacaan zikir al malik,
Posted by hafidz on 17/11/2012 at 1:15 pm
jazakallahu khairan katsira…syukran 4 d info…mohon izin share d wall fb sy…
Posted by Bunda As on 21/11/2012 at 11:32 pm
AssaLamuaLaikum wrth… Bunda mengucapkan Jazaa kumuLLah.. izinkan share ye..
Posted by Shafi-Q on 22/11/2012 at 11:02 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Berkongsi dan khabarkanlah juga pada keluarga dan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini…
Posted by Faizah Safina on 31/01/2013 at 1:29 pm
Minta penjelasan waktu solat duha. Bukahkah ianya sehingga masuk waktu zuhur?
Posted by Shafi-Q on 31/01/2013 at 11:30 pm
Keterangannya baca di sini…
Posted by Faizah Safina on 04/02/2013 at 11:03 pm
“Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuha sehingga masuk waktu Zuhur. Dan waktu tamat atau berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.”
Saya petik daripada blog ustaz. Terdapat percanggahan berakhir waktu dhuha, 1) sehingga masuk waktu zuhur atau 2) 9 minit sebelum masuk waktu zuhur.
Mohon pencerahan drp ustaz. Jazak’Allah Khair.
Posted by amzharfan on 28/04/2013 at 4:32 pm
Mintak perjelasan nas/hadis yg menganjurkan solat ini.
Posted by Norsha on 15/07/2013 at 9:47 pm
Alhamdulillah..satu lagi ilmu berguna hari ini..
Posted by endang on 20/07/2013 at 4:22 pm
Assalamu’alaikum Wr.wb
Alhamdullilah, Saya Mengucapkan Terimakasih Dengan Adanya Blog Shafiqolbu Ini Saya Bisa Banyak Belajar ilmu Agama.
Dan Saya Ingin Menanyakan Ketepatan Waktu Shalat Zawal Itu Jam Berapa, Karena Saya Masih Kurang Paham.
Ditunggu Jawabannya
Wassalamu’alaikum Wr.wb
Posted by Shafi-Q on 28/07/2013 at 12:50 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Sebaik tergelincir matahari, iaitu dalam tempo 15 minit setelah masuk waktu Zuhur dan sebelum melakukan solat Ba’diyah Zuhur..
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by fadhillah on 06/08/2013 at 9:44 pm
assalamualaikum ustaz.. apakah kelebihan atau fadhilat solat ini? belajar ingin tahu, ada kisah tak tentang sahabat2 nabi atau siapa2 saja tentang solat zawal ini? 🙂
Posted by Stti on 07/12/2013 at 2:04 pm
Alhamdulillah….semoga Allah merahmati ustaz shafiq. Tahniah! banyak menfaatnya blog ni.
Posted by Shafi-Q on 11/12/2013 at 12:09 am
آمِيّنْ… جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
Posted by halipah on 16/02/2014 at 6:51 am
boleh bagi tau bagaimana zikir almalik tu ya ustad ..
Posted by Shafi-Q on 17/02/2014 at 11:09 pm
https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/18/fadhilat-asma-ul-husna-%E2%80%93-al-malik/
Posted by ALAZUAN12 on 21/10/2014 at 3:09 pm
BACAAN ZIKIR AL MALIK ATAU YA MALIM YER
Posted by Shafi-Q on 22/10/2014 at 11:08 pm
Jika dizikirkan akhi sebutlah “Ya Malik!”
https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/18/fadhilat-asma-ul-husna-%E2%80%93-al-malik/