Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. Ianya mempunyai‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam aat terkhir dari surah Al-Hasyr. Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.
“Dialah Allah yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Al Hashr 59:24)
.
Fadhilat Asma’ul Husna yang infiniti banyaknya itu tak akan habis sekalipun jika diwiridkan sepanjang hayat… walau bagaimana pun berikut adalah ringkasan Asma’ul Husna supaya kita dapat penuhi masa dengan mengingati-Nya bagi memperbaiki diri dan memenuhi keperluan seharian walau apa jua aktiviti yang kita lakukan termasuk sambil bekerja.
Asmaa ul-Husna: iaitu nama-nama Allah yang telah disebut di dalam al-Qur’an dan Hadis.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.
Komentar