Posts Tagged ‘Khasiat Buah Kurma Nabi / Ajwa’

Kagumi Khasiat Buah Kurma Nabi / Ajwa

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, kurma Ajwa merupakan yang paling dikagumi. Kurma Ajwa dianggap sebagai yang terbaik di dunia dan sangat istimewa terutama bagi kaum Muslim kerana kurma berkenaan mempunyai berbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam.

 

Ajwa sejenis kurma berbentuk hampir bulat dan sedikit kecil dengan warna kehitaman selain texturnya tebal lembut dan kering. Rasanya tidak terlalu mengigit seperti jenis kurma lain dan banyak ditanam di persekitaran Madinah.

Continue reading

Advertisements