PUTRAJAYA 5 Mac: Persoalan sama ada majalah mingguan, ‘The Herald’ berhak atau tidak untuk menafikan keputusan Menteri Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu, akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Alhamdulillah, dipanjatkan sepenuh rasa syukur kepada Ar Rahman Ar Rahim… setelah dibicarakan sekian lama di pelbagai makamah sejak awal 2009, akhirnya hari ini Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa penggunaan kalimah ‘ALLAH’ adalah dilarang dan tidak boleh digunakan. Rakyat Malaysia sewajarnya lebih memahami bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.
Barisan peguam yang mewakili Majlis Agama Islam & Kerajaan Malaysia.
.
ALHAMDULILLAH ~ Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Ketua Bishop Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan kerajaan terhadap keputusan terdahulu Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Katholik, The Herald menggunakan kalimah Allah.
Komentar