Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a., bapa saudara Nabi ﷺ dari Rasulullah ﷺ telah bersabda : “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata:“Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى serta dibenarkan oleh para rasul.”
Telah terbukti bahawa kehidupan Nabi kita Muhammad ﷺdi alam barzakh adalah lebih sempurna dan lebih hebat daripada manusia lain. Hal ini diceritakan sendiri oleh Rasulullah ﷺ. Malah disahkan wujudnya hubungan antara diri Baginda dengan umatnya.
Rasulullah ﷺ mengetahui keadaan mereka, melihat amalan mereka, mendengar percakapan dan menjawab salam mereka.
Salah satu cara menutup kepala yang sering diwar-warkan bagi kaum lelaki adalah dengan memakai serban yang juga merupakan pakaian sunnah yang kerap diperdebatkan. Bagi yang fanatic janganlah sampai menghukum saudara sendiri berdosa, seolah-olah pemakaian serban tersebut suatu yang dimestikan dan wajib disisi Allah SWT, padahal hukum pemakaiannya hanyalah dikira sebagai sunnah fe’li (perbuatan) Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Serban juga tidak hanya dikhususkan dan terhad pada umat Islam sahaja, banyak Continue reading →
Suatu hari Jarir bin Abdullah Al-Bajli terlewat datang ke rumah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ketika itu rumah Baginda sudah melimpah dengan orang ramai. Sama seperti Jarir, semua yang datang ada hajat masing-masing untuk berjumpa Nabi selain ingin mendengar syarahan serta Continue reading →
Kemuliaan dan Keistimewaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diutuskan sebagai rasul terakhir yang sentiasa menyeru manusia ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat. Di antaranya keistimewaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi sebelumnya adalah: Continue reading →
‘U’izuka/ki bikalimatillahit taammati min kulli syaitonin wa haammatin, wa min kulli aynin laammah
“Aku memohon perlindungan kpd budak lelaki/budak perempuan ini, dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada syaitan dan bisikannya, dan daripada mata yang menyihir (panahan sihir melalui pandangan mata).”
(Hadis Asal berbunyi أعيذكما ditujukan kepada dua anak lelaki, iaitu Hasan dan Husin)
Ketika semula arah kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun kedua hijrah, sewaktu Baginda di Madinah Al-Munawarah, diperintah oleh Allah SWT bahawa arah kiblat harus diubah mengadap ke Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah. Sejak itu, Masjidil Haram menjadi kiblat untuk semua muslim dan Islam terus tersebar luas dan dengan pertolongan Allah SWT Islam meraih kemenangan dan ramai orang memeluk agama Allah (Islam) secara Continue reading →
Komentar