Posts Tagged ‘Solat Awwabin’

Solat Sunat Awwabin

Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut). Awwabin berasal dari Bahasa Arab yang bererti orang yang sering bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Solat sunat tambahan ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 raka’at dengan sepuluh salam.

 

Solat Sunat Awwabin dilakukan selepas selesai mendirikan solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib, sebagai amal ibadat sementara menantikan waktu Isyak. Continue reading