Posts Tagged ‘SOLAT’

Doa Pembuka

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Di antara doa awal yang boleh dibaca pada setiap kali berdoa atau memulakan sesuatu doa, sebelum membaca doa-doa yang lain  adalah;

 

.

Tertib Dan Susunan Doa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Kandungan doa perlu disusun mengikut tertib dan adab tertentu yang biasanya terdiri daripada 3 bahagian penting doa, iaitu;

.

1.  Pembukaan / Permulaan

  1. Membaca ‘Basmalah’.
  2. Ucapan pujian kepada Allah SWT.
  3. Selawat kepada Nabi SAW.

.

Misalnya ketika menadah kedua tapak tangan, di mulai dengan sekurang-kurangnya membaca: Continue reading

Solat Sunat Wuduk

Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat. Solat ini dikenali juga dengan nama ‘Solat Syukur Wuduk’.  Jika kebetulan berada di masjid, maka dikemudiankan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

Continue reading

Panduan Solat Qasar Dan Jamak

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1. Solat Qasar

.

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan. Continue reading

Solat Sunat Lailatul Qadar

Pada malam Lailatul Qadar disunat dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai membaca segala doa yang disarankan.

.

Solat ini adalah sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya. Continue reading

Muhasabah Diri Melalui Amalan Sepanjang 24 Jam Melayari Ramadhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan adalah  madrasah agung yang memberi peluang kita mempelajari banyak pekara daripadanya. Ramadhan merupakan titik tolak kepada perubahan diri seseorang ke arah yang lebih baik.

Dalam bulan Ramadan ini kita perlu merebut peluang di mana ibadat sunat yang dilakukan itu diberi ganjaran ibadat fardu. Manakala ibadat fardhu pula diberi ganjaran 70 kali ganda.

Cara terbaik untuk muhasabah diri dalam bulan yang mulia ini ialah dengan melihat bagaimana amalan sepanjang 24 jam kita melayari hariannya. Continue reading

Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat

Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau ‘shalatullail’ (solat malam) yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya.

Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa. Continue reading

Solat Sunat Witir Tarawih

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sambungan daripada Solat Sunat Tarawih terdahulu..

 

A.  Selesai Imam membaca doa akhir Solat Sunat Tarawih, Bilal memberitahu tentang Solat Sunat Witir yang akan didirikan dengan menyeru:

Continue reading

Panduan Solat Sunat Tarawih

Dapatkan Panduan Solat / Sembahyang Sunat Tarawih keluaran JAKIM di sini!

Qadha Solat Sunat?

Qadha solat sunat?

Eh! Bolehkah solat sunat diqadha?

Adakah orang buat? Solat yang wajib pun tak terbuat….

Continue reading