Solat Sunat Istisqa’

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

solat sunat istisqa'.

Solat Istisqa’ ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan bertujuan memohon kepada Allah سبحانه وتعالى menurunkan hujan bagi mengatasi kemarau panjang. Ia merupakan sunat muakkad (sangat dituntut) bagi penduduk Islam di sesuatu tempat yang telah lama mengalami kemarau, musim kering, berjerubu dan kesukaran memperolehi sumber air yang boleh mengakibatkan kesihatan terjejas, tanaman mati dan binatang ternakan kebuluran dan memerlukan air (hujan).

.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiadalah sesuatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan itu malainkan nanti Allah akan mencabut nikmat-Nya dan membuat penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat, kecuali Allah akan menahan turunnya hujan dari langit.”  Riwayat  Ibnu Majah dan Ibnu Umar.

.

Oleh kerana itu Rasulullah ﷺ telah mengajar umatnya agar mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar Allah سبحانه وتعالى akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hamba-Nya.

.

.

Kaedah Melakukan Solat Sunat Istisqa’

.

A)  Persediaan sebelum melakukan Solat Sunat Istisqa’:

1. Berpuasa sunat selama tiga hari.

2. Meninggalkan segala kezaliman, maksiat dan kemungkaran.

3. Melakukan Solat Sunat Taubat.

4. Beramal soleh seperti berzikir dan bersedekah.

.

B)  Tiga cara untuk meminta hujan turun iaitu:

1. Berdoa secara individu atau beramai-ramai.

2. Diadakan doa khas (mohon hujan) di akhir khutbah kedua Solat Jumaat.

3. Kaedah terbaik adalah mendirikan Solat Sunat Istisqa’ secara berjemaah.

.

Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah digalakkan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian biasa, sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk Solat Sunat Istisqa’.

Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama, imam/khatib hendaklah membaca istighfar sebanyak 9 kali dan 7 kali pada khutbah kedua.

.

Rasulullah ﷺ memindahkan selendangnya secara bertentangan sebelum mengerjakan solat sunat Istisqa’. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata; “Nabi  pernah keluar untuk mengerjakan solat Istisqa’ bersama kami, kemudian Baginda SAW mendirikan solat sebanyak dua rakaat tanpa didahului azan dan iqamah. Setelah itu Baginda  pun menyampaikan khutbah dan berdoa. Kemudian Baginda  mengadap kiblat sambil mengangkat kedua tangannya. Seterusna Baginda  memindahkan selendangnya dari sebelah kiri ke sebelah kanan dan dari sebelah kanan ke sebelah kiri.”  

(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi).

.

.

Cara Melaksanakan Solat Sunat Istisqa’

.

1. Lafaz dan niatnya:

a)      Lafaz dan niat solat sendirian:

niat solat istisqa'

.

b)      Lafaz dan niat solat berjemaah:

niat solat berjemaah solat istisqa'

.

2. Selepas membaca doa Iftitah, bacalah takbir dan tasbih berikut sebanyak tujuh kali:

tasbih solat istisqa'

.

3. Selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacaan surah iringan yang disarankan adalah seperti berikut:

    Raka’at pertama:

Surah Al-Hadid atau Surah Al-Qaaf atau Surah Al-A’la.

    Raka’at kedua:

Surah Al-Qmar atau Al-Ghasyiyah.

.

4. Pada raka’at kedua, sebelum membaca Surah Fatihah, hendaklah dibaca takbir dan tasbih yang sama sebanyak lima kali lagi.

tasbih solat istisqa'

.

5. Sekiranya berjemaah, imam atau khatib membaca dua khutbah yang khusus untuk Istisqa’ dan memulakan khutbah pertama dengan beristighfar 9 kali manakala pada khutbah kedua dimulai dengan 7 kali istighfar.

.

6. Berdoa.

.

A)  Doa Selepas Solat Sunat Istisqa’

.

Doa Solat Sunat Istisqa’

Ya Allah! Berilah kepada kami cucuran dengan hujan yang lebat dan menyeluruh. Ya Allah! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah jadikan kami orang- orang yang berputus asa. Ya Allah! Jauhkanlah hamba-Mu, negeri, binatang ternak dan semua makhluk dari kehidupan yang dalam kesempitan dan kesukaran. Tiada tempat untuk kami mengadu selain kepada-Mu. Ya Allah! Tumbuhkanlah kepada kami tanaman dan lenyapkanlah dari kami segala kelemahan. Curahkanlah kepada kami berkat dari langit dan  tumbuhkanlah kepada kami berkat dari bumi. Ya Allah! Lenyapkanlah dari kami bala dan bencana. Tiada yang dapat menyingkirkannya melainkan Dikau. Ya Allah! kami  memohon keampunan-Mu. Sesungguhnya Dikau adalah Tuhan yang Maha Pengampun! Maka turunkanlah hujan yang lebat dari langit. Ya Allah! Berilah minuman kepada hamba-hamba-Mu dan binatang ternak-Mu. Sebarkanlah Rahmat-Mu dan hidupkanlah negeri-Mu yang mati.

.

.

B)  Atau boleh juga dibaca doa ringkas berikut:

.

Doa Ringkas Solat Istisqa’ 1

.

.

 

C) Doa-Doa Lain Solat Sunat Istisqa’ boleh didapati dan lihat di sini…

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Doa Mohon Turun Hujan  (Klik Di Sini)
  2. Doa-Doa Tatkala Hujan  (Klik Di Sini)
  3. Doa Ketika Kilat Dan Petir  (Klik Di Sini)
  4. Doa Ketika Angin Kencang / Ribut  (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

One response to this post.

  1. […] yang agak lama untuk menantikan keadaan pulih seperti sediakala, maka marilah kita juga melakukan Solat Sunat Istisqa’ dan membaca doa mohon hujan (klik […]

    Reply

Leave a comment