Solat Sunat Taubat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).

.

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:

“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

.

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

.

Fadhilat Taubat:

.

1. Diampunkan Allah SWT.

2. Dimudahkan segala urusan.

3. Menceriakan kehidupan seharian.

4. Menghilangkan perasaan yang menekan.

5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

.

.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.

Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

.

.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

.

.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

.

b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

.

c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

.

.

5.  Baca Doa Taubat

.

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

574 responses to this post.

  1. Posted by mn on 03/08/2015 at 2:49 am

    insaf😞

    Reply

  2. Posted by Jamel Shin on 06/08/2015 at 11:17 am

    Subhanallah…saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana selepas menunaikan solat sunat taubat ini, saya dapat merasakan kasih sayang Allah itu amat indah.. Tak dapat saya nak bayangkan betapa besarnya kasih sayang Allah S.W.T itu pada hamba-Nya yang daif ini. Alhamdulillah..

    Reply

  3. Posted by Sin on 06/09/2015 at 12:25 pm

    Assalamualaikum Ustaz,
    Terima kasih atas ilmu yang telah diberikan, saya belajar banyak daripada blog ustaz, semoga kita sentiasa dalam Keredhaan Allah SWT.

    Namun Ustaz, selepas melakukan sholat taubat, hati saya masih tidak merasa tenang, saya memohon bantuan dan pendapat Ustaz dan pembaca blog Shafiqolbu semua.

    Saya seorang lelaki yang telah melakukan dosa2 besar. Punca nya pada bulan puasa kemarin saya mengenal seorang perempuan melalui sebuah aplikasi, selepas Aidil Fitri dia pun mula bercerita pasal kehidupan pribadi dia,
    yang dia sudah bertunang tapi tunang dia kemudian curang dan pernikahan diorang pun batal. Dia pun bercerita kalau dahulu dia duduk satu rumah dengan tunangnya dan pernah melakukan zina. Sampai pada akhirnya saya dan dia melakukan zina, kami melakukan zina beberapa kali.

    Kemudian pada 10 Ogos dia harus pergi ke Australia dan pada akhir bulan ogos dia whatsapp saya kalau dia hamil 3 minggu. Saya sangat takut ustaz, saya suruh dia gugurkan bayi itu, tapi dia kata dia tak nak kerana berbahaya dan dia ingin besarkan bayi itu.

    Saya panik ustaz, saya suruh dia berbohong, kalau ibu bapa dia tau dia mengandung, saya suruh dia berbohong kalau dia berzina dengan lelaki di Australia. Dia tidak mahu ibu bapa dia tau kalau dia mengandung, saya pun tidak mahu ibu bapa saya tau kalau saya sudah membuat perempuan mengandung.

    Dia tidak mahu menikah dengan saya ustaz. Saya sangat takut ustaz, saya sampai berniat untuk bunuh diri. Alhamdulillah, niat bunuh diri saya urungkan kerana saya takut tidak mencium bau surga.Saya memohon ampunan kepada ALLAH SWT, saya sangat menyesali semua dosa yang telah saya perbuat, saya ingin kembali ke jalan yang di ridhoi oleh ALLAH, tetapi kenapa hati saya masih tidak tenang ustaz? Saya tidak pernah berjumpa lagi dengan perempuan ini sejak dia pergi ke Australia.

    Saya kemudian cadangkan kepada dia untuk makan nenas, kerana setahu saya nenas boleh menyebabkan keguguran. Namun dia kata berbahaya, sebab dia tanya kepada kawan dia, seorang obstetrician yang kata dia bekerja di Darul Ehsan Medical Center, kalau dia makan nenas boleh menyebabkan kematian sebab dia mempunyai penyakit endometriosis. Kemudian kawan dia itu mencadangkan untuk melakukan hubungan sex kerana hubungan sex yang boleh menyelesaikan masalah ini, tetapi hubungan sex itu perlu dilakukan di tempat kawan dia kerana ada beberapa cara dalam melakukannya supaya berhasil. Saya menolak, saya tidak ingin berbuat dosa lagi.

    Entah kenapa, hati saya tergerak untuk mencari maklumat tentang kawan dia yang bekerja di DEMC, namun selepas saya cek, saya tidak boleh jumpai nama kawan dia dalam senarai dokter obstetrician yang bekerja di DEMC. Selepas itu saya cari maklumat tentang bahaya nenas terhadap endometriosis. Saya jumpai beberapa maklumat yang menyatakan bahawa nenas salah satu buah yang dicadangkan untuk dimakan oleh pesakit endometriosis.

    Saya pun bertanya kepada dia, betulkah teman dia bekerja di DEMC kerana saya tidak boleh menjumpai nama teman dia dalam senarai dokter di DEMC. Dia kemudian menyatakan bahawa temannya itu sudah tidak bekerja di DEMC. Namun beberapa hari selepas itu dia bagi tahu saya bahawa temannya itu belum officially dokter di DEMC.

    Saya pun rasa pelik, kemudian saya cuba untuk cari nama perempuan ini di Google ustaz, dan result pertama yang saya jumpai ialah sebuah berita pada lama Facebook yang menyatakan bahawa ramai orang yang telah tertipu oleh dia. Dalam laman Facebook itu dinyatakan bahawa pelbagai cara dia lakukan untuk menipu mangsanya. Saya tidak tahu berita itu benar atau tidak, Wallahu A’lam Bish Shawab, tapi ini membuat saya semakin takut ustaz.

    Kemudian saya bagi tahu kepada dia yang dari maklumat saya baca bahawa nenas baik untuk pesakit endometriosis. DIa kemudian marahkan saya ustaz, dia benci sangat kepada saya, dia kata dia akan bagi tahu ke bapa dia dan biarkan peguam dia yang handle semua ini. Kemudian dia kata saya purposely nak bunuh dia dan gelakkan dia.

    Apa yang harus saya lakukan ustaz? Saya sanggup di hukum rajam kerana semua dosa yang sudah saya perbuat.

    Saya mohon bantuan dari ustaz dan pembaca blog Shafiqolbu. Saya hanya ingin hati saya tenang kembali, saya ingin kembali kejalan ALLAH. Saya menyesal telah berbuat dosa. Mohon bimbinglah saya.

    Reply

  4. Posted by misya on 13/09/2015 at 11:23 am

    Lepas bagi salam boleh x sy mmbca ayat2 tersebut dngn melihat kertas ataupun font?

    Reply

  5. Posted by Ashraf Rahim on 29/09/2015 at 8:07 pm

    Assalammualaikum.Saya ingin bertanya,jika kita telah meninggalkan semua perbuatan wajib spt solat fardhu dan puasa pada bulan Ramadhan di masa silam,perlukah kita menqadhaqnye sebelum bertaubat.Bagaimana pula kalau kita tidak tahu bilangan tepat berapa banyak kali kita telah meninggalkan amalan fardhu.Mohon penjelasan.Sekian,terima kasih

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Setelah menyedari perbuatan dosa, hendaklah bertaubat serta-merta kemudian barulah beristiqamah memperbaiki/ menqadha segala yang telah terleka dahulu. Buatlah melebihi jangkaan yang kita anggarkan sehingga hati berasa puas dan tenang…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  6. Posted by Fandi on 13/10/2015 at 4:03 am

    Terima kasih atas panduan..

    Reply

  7. Posted by diding salamuddin on 21/10/2015 at 6:27 pm

    bleh x sya baca. doa nie. klau sdah solat taubat…. mohon penjelasan…
    Bis-milla-hirrahma-nirrahimAlhamdu lillahi rabbil ‘alamin. Allahumma solliwasallim ‘ala saiyidina Muhammadiw wa’ala a-lihi wasah-bihi ajma ‘in.Allahumma inna nas-alukal’afwa wal-’afiah, wal-mu’afatad-da-imah, fiddi-ni waddun-ya wal-a-khirah.Allahumma ah-sin, ‘aqibatana fil-umuri kulliha, wa-ajirna min khizyid dun-ya wa’azabil a-khirah.Allahumma inna nas-aluka minal khairi kullihi, ‘a-jilihi wa-a-jilihi, ma-’alimna minhu wama lam na’lam. Rabbana a-tina fiddun-ya hasanataw-wafil a-khirati hasanataw-waqina ‘azaban nar.Wasollallahu ‘ala saiyidina Muhammadiw-wa’ala a-lihi wasahbihi-wasallam.

    Reply

  8. Posted by diding salamuddin on 21/10/2015 at 6:55 pm

    assalamualaikum.. selepas sholat taubat.. bleh x baca.. doa nie… mohon penjelasan..
    Bismillah hir’rahma nirra’himAlhamdulillah hirob bil a’laminWassola tuwas sala mua’la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa’ala alihi wasob bihi ajma’inAllahumma ahyiina bil iiman, wa’amit naa bil iiman, waad khilnal jannata ma al iimanAllahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhirooAllahummaah timlana bi’khusnil khotimah, wala tahtim alaina bisuu ii’ khotimahRobbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in’naka antal wahabRobbana a’tina fid’dun yaa hasanah, wafil a’ khirotil hasanah, waqinaa azab’bannarWasollallah huala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi wasobihi was’salamWalham dulillah hirob’bil a’lamiin

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Kedua-dua doa di atas adalah doa umum yang sering dibaca selepas solat fardhu. Adalah lebih afdal jika dapat dibaca atau dilafazkan dari lubuk hati permohonan doa yang khusus bagi melahirkan rasa keinsafan dan mohon keampunan dalam Solat Taubat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by Nik on 06/03/2016 at 8:36 pm

        Assalamualaikum. Saya nak tanya kalau time kita nak doa tu, kita baca doa di atas boleh ke ?
        Dan saya nak tanya ayat bawah sekali lepas doa tu apa ? Saya bahasa arab kurang sikit.

  9. Posted by Farah on 22/10/2015 at 9:06 pm

    Terima kasih atas perkongsian .semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat 🙂

    Reply

  10. Posted by Hamba Allah on 22/10/2015 at 10:57 pm

    assalamualaikum….
    saya nak tanya, saya seorg yg lmbt nk menghafal sesuatu. blh ke kalau saya baca menggunakan rujukan/surah yg bertulis di kertas atau hp…. saya amat memerlukan bantuan….

    Reply

    • Posted by Hamba Allah on 22/10/2015 at 11:10 pm

      dan satu lagi saya ada download doa melalui youtube bagi senang mendengar dan menyebut doa… boleh ke saya gunakan video tersebut semasa melakukan solat taubat tersebut??

      Reply

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
        وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

        1. Dibolehkan tetapi perlu berhati2 jangan sampai berlaku 3 kali pergerakan berturut2 yang boleh menyebabkan terbatal solat.
        2. Boleh berpandukan video tersebut… dan adalah baik jika digunakan video doa yang sama bagi menghafalkannya di masa terluang.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  11. Assalammuailaikum encik….kalau sy x igt nk baca ape… blh x kalau sy tgk buku ke…

    Reply

  12. Posted by Anis S. on 24/11/2015 at 4:43 pm

    Alhamdulillah. Jazakallahu khairan. This really helps.

    Reply

  13. subhanAllah saya hamba Allah yang tidak sempurna ini ingin berterima kasih kerana membantu saya yang tidak begitu arif mengenai solat taubat nasuha,alhamdulillah ianya banyak membantu saya.

    Reply

  14. Posted by PENDOSA on 27/11/2015 at 11:15 am

    Terima kasih x terhingga
    ASSALAMMUALAIKUM

    Reply

  15. Posted by azizi on 02/12/2015 at 3:48 am

    Terima kasih atas post ini.moga pemilik ini dimurahkan rezeki n ditempatkan di syurga.#^_^

    Reply

  16. Posted by Susan on 25/03/2016 at 11:44 pm

    Beber2 bagus mengajarkan islam yg baik,dan lbih jelas dan bagus lgi

    Reply

  17. Posted by Firfaus Yunus on 03/06/2016 at 6:48 pm

    Assalamualaikum,terimakasih saya ucapkan kepada admin blog…isi kandungannya jelas dan muda di fahami

    Reply

  18. Posted by jamal on 04/06/2016 at 12:26 am

    Ya ALLAH Ampuni segala dosa yg perna saya lakukan amiin

    Reply

  19. Posted by mutawakkil billah on 16/06/2016 at 1:30 am

    ya ALLAH ampuni semua dosa yang pernah hamba perbuat kepada semua makhluk 😦

    Reply

  20. Yaallah terimalah taubatku amin
    Dan yang membaca bantu doakan aku

    Reply

  21. Posted by Hamba Allah on 09/07/2016 at 12:53 pm

    Alhamdulillah, terima kasih kerana berkongsi.

    Reply

  22. Posted by Insan Hina on 06/09/2016 at 9:16 am

    Terima Kasih

    Reply

  23. Posted by MuhammadAimanHakim bin Mohd Faiz on 22/09/2016 at 7:57 pm

    Assalammualikum warahmatullah hiwabarakatu… Shafiqolbu..Saya ingin menayakan soalan..Saya melakukan solat taubat tetapi terlupa untuk memberi salam dan terus kepada istighfar taubat…Adakah tidak sah dan tidak diterima oleh Allah SWT ……?

    Mohon jawapan..dengan SEGERA
    -AIMANHAKIM-

    Reply

  24. Sholat taubat dilakukan setelah melakukan dosa, apa dilakukan tiap malam?

    Reply

  25. Posted by Nrntshah on 30/09/2016 at 8:34 am

    Assalamulaikum , saya ingin tahu cara² mandi wajib bagi perempuan yang betul . 😌

    Reply

  26. Posted by azanis on 09/02/2017 at 5:47 pm

    assalamualaikum ustaz syafiqalbu ketemu semula maaf lama tak dapat nak buka dan masuk website anda… hari nie tup tup dapat.. ustaz nak kongsi jawapan dari website nie lepas nak jadikan rujukan sendiri dgn sahabat karib yg bermasalah.. ramai laksanakan solat taubat ini tapi dihati mereka masih ada keraguan…jawapan apa yg tepat utk dijawap.. anis tak tau ape nak kata bila ada yg mesej tanya soalan begini.. anis suruh teruskan laksanakan dgn yakin pada Allah swt.. dan banyakkan berzikir serta berselawat agar usaha tu memberi hasil yg baik wasalam azanis (murni_anis@yahoo.com ; syuhadahakmal@yahoo.com)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: