Solat Sunat Lailatul Qadar

.

Rasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).

.

Pada malam Lailatul Qadar disunat dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai membaca segala doa yang disarankan.

.

Solat ini adalah sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya.

.

.

Cara Melaksanakan Solat Lailatul Qadar

.

Solat Sunat Lailatul Qadar dilakukan sebanyak empat rakaat dengan satu salam, sepertimana solat Zuhur atau Isyak, cuma berbeza pada niatnya sahaja.

.

1.      Niatnya:

.

.

2.      Pada setiap rakaat selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah:

1.  Al-Takatsur    1  kali

2.  Al-Ikhlas       3  kali.

.

.

3.      Selepas memberi salam baca doa;

.

Rasulullah SAW bersabda: Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

.

Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?

Baginda menjawab: Bacalah:

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.

“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”

Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.

.

والسلام

.

by;  shafiqolbu

.

.

35 responses to this post.

  1. Posted by asyafie on 07/08/2012 at 12:16 pm

    salam ustaz.. mohon bertanye.. solat sunat lailatul qadar ni dilakukan pd tiap2 mlm ganjil dlm 10 mlm akhir ke.? sbb kte tak tau ble sbnarny mlm lailatul qadar..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sdr.Asafie boleh dilakukan Solat Sunat Lailatul Qadar apabila telah dirasai berlakunya penurunan al-Qadr melalui beberapa tanda;

      Tanda malam Qadar ialah:

      ~ Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
      ~ Alam terang benderang walaupun berada di tempat gelap.
      ~ Segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
      ~ Tiada kedengaran suara salakan anjing.
      ~ Mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
      ~ Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

      Rasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadaritu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).

      Maklumat lanjut boleh baca di;

      https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/08/20/mengesan-malam-lailatul-qadar/
      https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/08/15/qiamullail-lailatul-qadar-dan-amalannya/

      Reply

  2. Posted by liza on 09/08/2012 at 6:37 am

    Salam ustaz…tanda2 mlm lailatulqadar tu dpt kt rsa ketika tgh mlm atau kt dpt rsa awal2 mlm skitar maghrib-isyak

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Dapat dirasai selepas tengah malam bawa ke subuh dan kesannya berterusan serta boleh dilihat pada siang harinya. InsyaAllah…

      Reply

  3. Posted by asyafie on 09/08/2012 at 10:50 am

    Terima kasih atas penerangan ustaz yg sgt bermanfaat buat sy.. Smoga Allah s.w.t memberkati & merahahmati ustaz dlm meyampai kn ilmu di bulan yg mulia ini..

    Reply

  4. Posted by MOHD KHAIRULLAH AZHAR on 11/08/2012 at 10:53 pm

    salam ustaz,,bolehkah sekiranya melakukan solat sunat lailatul qadr pada setiap sepuluh malam terakhir??

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sdr.MKA boleh lakukan Solat Hajat setiap malam bagi memohon bertemu Lailatul Qadr…bila dah terasa, barulah buat Solat Sunat Lailatul Qadr.

      Reply

  5. Posted by ayuni on 20/10/2012 at 11:29 pm

    Asalamualaikum ustaz..
    Izinkan saya untuk copy dan print solot-solat sunat yang ada untuk menjadi panduan saya dan rakan-rakan bagi membetulkan apa yang terkeliru..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  6. Assalamualaikum Ustaz.
    Surah Al-Takatsur 1 kali dan Surah Al-Ikhlas 3 kali dibaca setiap rakaat selepas Al-Fatihah ? Maksudnya bukan dibaca pada rakaat pertama dan kedua sahaja, begitu kah Ustaz ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Baca kedua2 surah tersebut dalam keempat2 rakaatnya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  7. Posted by hamba allah on 27/07/2013 at 2:09 pm

    assalamualaikom ustaz..kalau lepas bagi salam trs baca doa apa yg kita inginkan boleh ke??? atau wajib baca doa yg kat atas tu dahulu

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh juga dibaca doa sendiri….

      Reply

  8. Posted by Ahmad Faizal on 28/07/2013 at 12:03 am

    Assalamualaikum ustaz..
    Solat sunat lailatulqadar 4 rakaat, dalam solat ada tak tahiyat awal atau lakukan saja 4 rakaat tanpa tahiyat awal?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tanpa Tahiyyat Awal…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  9. Posted by Slamet Saiful Muslimin on 28/07/2013 at 10:53 pm

    Ustadz Yth, mohon maaf, saya ingin bertanya sholat lailatul qodar itu apakah dasarnya dari hadits shohih (riwayat siapa)ataukah hasil ijtihad para ulama? Sekali lagi mohon maaf, supaya saya lebih mantap lagi dalam mengamalkannya. Trima kasih.

    Reply

  10. Posted by shazee on 29/07/2013 at 5:49 pm

    salam ustaz, i’v just convert to muslim and still learning on surah2 and doa2..how can i do solat for this lailatul qadar night if i dont know the surah 1. Al-Takatsur
    2. Al-Ikhlas

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah..selamat kembali ke agama fitrah…

      Saudara Shazee boleh baca Surah al-Fatihah saja tanpa bacaan surah2 lain…dan sekiranya surah al-Fatihah masih belum dapat dihafal, bolehlah hanya membaca “Bis-mil-lah” (Dengan nama Allah) ataupun “Bis-mil-lah hir-roh-maa-nir-ro-him” (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang) sebanyak 7 kali.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  11. Posted by lina lee on 29/07/2013 at 9:41 pm

    Alhamdulillah..jumpa juga apa yang saya cari.terima kasih

    Reply

  12. terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini. saya mntak izin copy🙂

    Reply

  13. Posted by Yg jahil on 30/07/2013 at 10:56 pm

    Assalamualaikum tuan empunya blog, boleh tidak diganti surah al takat surah dgn surah al kafirun. Jahil betul sya kerana lum hafaz. Terima. Ksih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh…
      InsyaAllah ianya mudah dihafal jika sering diulang2…

      Reply

  14. Posted by ummuiman on 31/07/2013 at 2:49 pm

    Assalamualaikum Ustaz, terima kasih atas segala ilmu yang Ustaz berikan. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yg besar buat Ustaz. Saya nak bertanya pada Ustaz, pernahkah Ustaz bertemu dengan malam lailatulqadar? Bolehkah Ustaz ceritakan pengalaman Ustaz semasa melalui malam lailatulqadar itu? Saya begitu teringin untuk tahu apakah deskripsi malam tersebut daripada pengalaman orang yang telah melaluinya. Terima Kasih Ustaz.

    Reply

  15. Posted by raudhah on 31/07/2013 at 11:57 pm

    assalam..ust..bole ka kita solat lailatulqadar ni lpas mkn sahur 5 or 10 mnit sblum wktu subuh? dan surah prtama tu sy x abis hafal lg..mcm mna ya?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah..Bolehh…lebih afdhal jika dilakukan solat tersebut ketika terasa berlakunya al-Qadr…
      Ukhti Raudah bacalah surah2 yang mudah dan telah dihafal..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  16. Posted by muna on 04/08/2013 at 3:49 am

    salam ustaz, andaikata kita lakukan tahiyat awal dlm sunat lailatul qadar, bule ke ustaz..?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  17. Posted by Hilmi on 08/09/2013 at 12:47 pm

    Ulama mana menghAruskan solat lailatul qadar? Adakah baginda nabi s.a.w pernah buat?

    Reply

  18. Posted by Arip on 01/07/2014 at 9:38 pm

    Asslamualaikum wr.wb.
    Uztad sya ingin bsa mrsakan mlm lailatul qadar, salæn dgn cra yg uztad bri tw td da kah cara læn yg bsa dktahui, mslny mlm k brapa dblan rmdhan

    Reply

  19. bolehkan mengerjakan solat sunat lailatul Qadar, sedangkan telah melakukkan tarawih dan witir sebelum tidur, mohon penjelasan Ustaz?

    Reply

  20. assalamualaikum ….

    syukron atas infonya ,
    jazakallah khairan

    Reply

  21. mohon copy paste kat fb dan blog ye ustaz. terima kasih

    Reply

  22. terimah kasih

    Reply

  23. Posted by Mohamad on 27/06/2016 at 1:01 pm

    Asslamualaikum wr.wb., Ustad pada jam waktu mana yang paling baik sekali kita mengerjakan solat sunat dan berzikir, perlukah kita tidur dulu dan bangun baru kita mengerjakan solat.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: