Doa Akasyah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Berikut adalah ‘Doa Akashah’ dan makna terjemahannya:-

.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

Ya Allah! Semoga Dikau rahmati junjungan kami nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga serta para sahabatnya.

Dengan nama Allah yang Maha Menyinari di atas segala cahaya. Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pencipta segala Nur dan yang menurunkan kitab Taurat di atas gunung Thur, Sinai. Segala puji hanya bagi Allah yang kekayaanNya terbentang luas. Segala Keperkasaan dan KebesaranNya amat benar dengan KemasyhuranNya.

PemberianNya yang senang dan susah, tetap di syukuri. Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, menciptakan gelap dan terang. Pada akhirnya orang-orang yang derhaka akan diadili dengan setimpalnya.

.

Kaf Ha Ya ‘Ain Shad Ha Mim ‘Ain Sin Qaf. Hanya kepadaMu kami menyembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan. Wahai yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus. Allah Tuhan kami yang Maha Belas Kasihan kepada hambaNya, Dialah Maha Pemberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Mulia.

Wahai yang Maha Mencukupi segala sesuatu, cukupkanlah segala yang kami perlukan dan hindarkanlah segala yang mencelakakan kami. Di tangan kekuasaanMu terletak segala yang baik,  bahwasanya Dikaulah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah! Wahai yang Maha banyak Pemberiannya, Wahai yang Maha Kekal Perhubungannya. Wahai yang Maha Elok perbuatannya, Wahai yang Maha Pemberi rezeki kepada hambaNya dalam segala hal. Wahai yang Maha tiada bandingan, segala ciptaanNya tanpa contoh yang KeabadianNya yang tiada binasa/berubah sedikitpun. Selamatkanlah kami dari segala bahaya kekufuran dan kesesatan atas hak yang terkandung dalam kalimat ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

.

Ya Allah! Sekiranya keimanku dimasuki syak-wasangka atau keraguan terhadapMu sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! Seandainya keislamanku bercampur kekufuran tanpa daku ketahui sebabnya atau memang daku ketahui sebabnya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! Jika di dalam ketauhidanku dimasuki rasa bimbang dan ragu terhadapMu sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

.

Ya Allah! Jika ada rasa sombong, takabur, riya’ dan sum’ah / menonjolkan diri dan kekurangan di dalam amal perbuatanku bagi Dikau masuk ke dalam hatiku sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

 Ya Allah! Seandainya sifat dusta, pengumpat, mengadu domba dan pembohong berlaku melalui mulutku, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

 Ya Allah! Sekiranya di dalam hatiku terlintas  rasa was-was, sedang daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu…

.

dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

 Ya Allah! Seandainya rasa menyerupakan dan lalai masuk ke dalam ma’rifatku kepadaMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

 Ya Allah! Seandainya rasa nifak, dosa-dosa besar dan kecil masuk ke dalam hatiku, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

 Ya Allah! Sekiranya…

.

sifat riya’ masuk ke dalam amal perbuatanku dan perkataanku, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! Kejahatan-kejahatan yang telah daku perbuat, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

 Ya Allah! Kebaikan-kebaikan yang Dikau kehendaki bagiku, lalu daku tidak mensyukurinya, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

 Ya Allah! Hal-hal yang telah Dikau takdirkan…

.

kepadaku, lalu daku tidak bergembira atau tidak menerimakannya, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

 Ya Allah! Kenikmatan-kenikmatan yang telah Dikau berikan kepadaku, lalu daku salah gunakan, derhaka kepadamu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

 Ya Allah! Kenikmatan-kenikmatan yang telah Dikau kuasakan kepadaku, lalu daku tidak bersyukur kepadaMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

 Ya Allah!…

.

Hal-hal yang telah Dikau takdirkan kepadaku, lalu daku tidak bergembira atau tidak dapat menerimanya, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! Kebaikan-kebaikan yang telah Dikau anugerahkan kepadaku dan daku tidak memujiMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

 Ya Allah! Berfikir dalam kekuasaanMu yang Dikau ciptakan terhadapku, lalu aku menutup mata, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

.

Ya Allah! Jika perbuatan-perbuatan yang daku lakukan sepanjang umurku, tidak Dikau redhai sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! Jika daku memperingkaskan amalanku dengan mengharapkan pahala dariMu tanpa daku ketahui atau daku sengaja berbuat demikian, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! Jika daku bergantung kepada selain Dikau di dalam menghadapi segala kepayahan, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! Jika

.

dalam saat genting daku menyandarkan pertolongan kepada sesama manusia tetapi bukan kepadaMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! Setiap kebaikan yang daku rasakan kerana kurniaanMu tetapi daku melihatnya bukan dariMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! Jika kakiku tergelincir menyimpang daripada jalan lurus (Sirat) kerana memohon kepada selain daripadaMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! Wahai Yang Maha Hidup,…

.

Maha Mengurus, Maha Mengasihi, Maha Mengurnia, Maha Pemurah, Maha Menguasai, tiada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau dari segala sifat kekurangan dan cela. daku adalah orang yang menzalimi diri sendiri, sebab itu daku memohon dikabulkan segala permintaan kami dan mohon diselamatkan dari segala kesusahan; Demikian juga tatkala Nabi Zakaria berdoa; “Tuhanku! Janganlah biarkan aku hidup sendirian tanpa keturunan.”

Ya Allah! Dengan hak kalimat ‘La Ilaha Illallah’ dan kemuliaannya, dengan hak ‘Kursi Allah’ dan keluasannya, hak ‘Arasy’ kerajaan Allah dengan segala keagungannya, dengan hak kalam dan segala ilmu dan hikmah kebijaksanaan yang berjalan tanpa hentinya, dengan hak ‘Luh Mahfuz’ dan pengawasan para penjaganya ,

Dengan hak ‘Mizan’ (neraca timbangan) dengan dua matanya, dengan hak ‘Siratul Mustaqim’ dan kelembutannya, dengan hak Malaikat Jibril dan kejujurannya, dengan hak Malaikat Mikail dan belas kasihannya, dengan hak Malaikat Israfil…

.

dan tiupan semboyannya, dengan hak Malaikat Izrail dan pengambilannya, dengan hak Malaikat Ridwan dan syurganya;

Dengan hak Nabi Adam dan terpilihnya, dengan hak Nabi Syith dan kenabiannya, dengan hak Nabi Nuh dan bahteranya, dengan hak Nabi Ibrahim terpilih sebagai khalilullah, dengan hak Nabi Ishak dan keagamaannya, dengan hak Nabi Ismail dan korbannya, dengan hak Nabi Ya’akub dan kedukaanya, dengan hak Nabi Yusuf dan terasingnya, dengan hak Nabi Harun dan kehormatannya, dengan hak Nabi Hud dan kewibawaannya, dengan hak Nabi Saleh dan untanya, dengan hak Nabi Lut dan pemikirannya, dengan hak Nabi Yunus dan dakwahnya, dengan hak Nabi Danial dan kekeramatannya, dengan hak Nabi Zakaria dan kesuciannya, dengan hak Nabi Isa dan kehidupan kerohaniannya…

.

dan dengan hak Nabi Muhammad SAW yang terpilih menjadi kekasihNya dan syafaat utamanya.

Ya Allah! Wahai yang Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri, Tiada Tuhan selain Dikau, Maha Suci Dikau: Sesungguhnya kami ini termasuk orang-orang yang zalim (menganiaya diri). Maka kami memohon Dikau mengabulkan doa kami,, menghapuskan segala dosa kami serta selamatkan kami dari kesusahan dan juga kesusahan orang-orang yang beriman. Tiada Tuhan selain Allah, Allah jua kusembah, hanya kepadaMu aku bertawakkal. Dia lah Tuhan yang menguasai ‘Arasy yang Agung. Allah yang mencukupkan segala keperluan. Dia sebaik-baik Pelindung, semulia-mulia Penolong. Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Ya Tuhan kami! Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka. Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmatNya ke atas makhluk Nya yang paling mulia, cahaya ‘ArasyNya’ penghulu kami, nabi kami dan pemberi syafaat kepada kami iaitu Nabi Muhammad SAW, seluruh keluarganya

.

dan para sekalian sahabatnya. Dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Amin, semoga Dikau mengabulkan wahai Tuhan Sekalian alam.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Akasyah r.a. adalah sahabat Nabi SAW yang memiliki kumpulan doa-doa yang dikenali dengan Doa Akasyah. Bait demi bait dalam doa ini penuh makna dan menyentuh hati. Mengagungkan Nama dan Sifat Allah SWT yang mulia, serta memohon keampunan kepada Allah Ta’ala di atas segala dosa yang telah kita lakukan sama ada yang kita sedari mhaupun yang tidak kita sedari.

Petikan dari Buku bertajuk “Terjemah Majmu’ Syarif” (Jalan kemuliaan menuju kebahagiaan dunia & akhirat).

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

.

Artikel Berkaitan:

Fadhilat Dan Khasiat Doa Akasyah  (Klik Di Sini)

.

by; shafiqolbu

.

77 responses to this post.

  1. Posted by ros on 06/09/2012 at 1:44 pm

    Salam tuan mohon ijin amalkan apa yg ada di sini…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semoga Sdri.Ros beristiqomah mengamalkannya… Doakanlah ana beroleh kesejahteraan dan keredhaan Allah SWT serta kebaikan di dunia dan akhirat.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  2. Posted by rohani on 09/09/2012 at 12:29 pm

    Aslm.mohon izin utk amalkan segala yg di nyatakan di sini.
    Terima kasih.

    Reply

  3. Posted by Anim on 30/09/2012 at 11:52 pm

    Salam. Mohon print terjemahan ayat ini. Terima kasih

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semoga Anim dapat memanfaatkan sebaiknya.. selamat beramal…

      Reply

  4. Posted by hamba ALLAH on 05/10/2012 at 9:40 am

    Assalamualaikum, saya mohon izin untuk meng’copy’ doa ini. Semoga Allah membalas jasa baik tuan. Insyaallah.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semoga Sdr. mengamalkannya dengan baik…

      Jazakallahu Khair…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  5. Posted by mohd zailani jsya on 09/10/2012 at 4:21 pm

    Terima kasih tuan. Mohon keizinan utk menggunakannys sebagai rujukan dan amalan harian. Semuga kita dirahmati dan diberkati Allah swt.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jazaakallaahu Khair..

      Jangan lupa kredit juga pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  6. Posted by Ismanizam mohamed ismail on 17/10/2012 at 9:40 am

    assalamualaikum

    Reply

  7. Posted by saniismaVok@gmail.com on 22/10/2012 at 8:36 pm

    Cari dalam al Quraan kecil yang biasa kita bawa utk menziarahi kubur. Saya tak pernah baca kerana tak tahu fhadilatnya. Terima kasih

    Reply

  8. Posted by myra on 31/10/2012 at 10:21 am

    Assalamualaikum..saya mohon izin dr tuan,untuk saya copy dan amalkan doa ini seisi keluarga dan sahabat. Semoga kita sentiasa berada di bawah keberkatanNya di dunia dan akhirat. terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa beri kredit dan minta mereka berkunjung ke Blog Shafiqolbu…

      Jazaakumullahu Khair..

      Reply

  9. Posted by jauhari on 01/11/2012 at 4:09 pm

    moga aq juga bisa amalin doa ini …dan bermanfaat didunia maupun akherat

    Reply

  10. Posted by syarziqbasir on 06/12/2012 at 7:06 am

    Mohon kebenaran download Dan cetak do a in I untuk d amalkan

    Reply

  11. Posted by zarida on 13/12/2012 at 5:50 pm

    mohon izin copy doa ini

    Reply

  12. Posted by siti aishah on 14/12/2012 at 10:44 pm

    saya pernah membca doa ini tetapi tak yahu maknanya, mohon untuk copy maksud doa ini. terima kasih

    Reply

  13. Posted by ana amani on 20/12/2012 at 5:25 pm

    alhamdulillah, terima kasih, saya ambil untuk amalan dan print utk sahabat, izinkan ye, moga Allah memberkati usaha murni mu.

    Reply

  14. Posted by syahron on 26/12/2012 at 9:24 am

    mohon izin kopy tuk nambah kekhusyukan amalan

    Reply

  15. alhamdulillah………saya dapat mengetahui tentang keajaiban do’a sayyidina akasah semoga allah berkenan memberi hidayah, syafaat, barokah dan manfaat dari do’a tersebut untuk saya dan tuan………………………………………..amiiin

    Reply

  16. Posted by azha on 31/01/2013 at 1:27 pm

    Assalamualaikum,

    minta izin untuk copy, cetak, amal,. terimakasih

    Reply

  17. Posted by ina on 05/02/2013 at 10:08 pm

    Assalamualaikum. Saya telah lama ada doa ini sedangkan saya di dalam kegelapan mengenai maknanya. Terjemahan yang saudara kongsi di sini telah lama saya cari. Mohon izin menyalin, mencetak dan mengamalkan terjemahan ini. Semoga Saudara diberkati Allah.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, Amiiin… Jazaakillaahu Khair…

      ‘Yang baik dan bermanfaat itu datangnya dari Allah SWT jua…’

      Reply

  18. Posted by nor on 05/02/2013 at 10:14 pm

    Assalamualaikum. Izinkan untuk mencetak dan mengamalkan doa ini. Terima kasih.

    Reply

  19. Posted by Nurul Al Zahratul Laila Sarip on 20/02/2013 at 7:25 pm

    Terima kasih.. izinkan untuk mengamalkannya..

    Reply

  20. Posted by eza on 21/02/2013 at 9:03 am

    Assalamualaikum. Izinkan untuk mencetak dan mengamalkan doa ini. Terima kasih.Barakallahu fikum.

    Reply

  21. Posted by haris gunawan on 27/02/2013 at 2:05 pm

    Assalamualaikum. Izinkan untuk mencetak dan mengamalkan doa ini. Terima kasih.Barakallahu fikum.

    Reply

  22. Posted by K Ngah Ina on 01/03/2013 at 8:47 am

    Assalamualaikumualaikum wbt..sy mohon izin mengamalkan doa ni..
    terima kasih..

    Reply

  23. assalamulaikum izinkan saya untuk mengamalkan doa ini. TERIMA KASIH =)

    Reply

  24. Posted by shahruladzlan on 24/04/2013 at 10:41 am

    Assalammualaikum wbt

    sya mohon keizinan untuk amalkan dan print doa ini.

    terima kasih

    Reply

  25. Posted by Ali Baswedan on 04/05/2013 at 8:23 pm

    Syukron kastir, ya akhi, sy kopi doa ini utk bisa dibawa kemanapun bepergian..

    Reply

  26. Posted by zana on 21/05/2013 at 12:20 am

    Saya juga minta izin utk copy dan amalkan doa ini.

    Reply

  27. Posted by adi on 21/05/2013 at 2:10 pm

    mohon izin untuk mengcopy.. terimakasih. semoga allah membalas kebaikan anda..

    Reply

  28. Posted by ijam on 04/06/2013 at 12:54 am

    mohon izin copy, insyaallah amalkn

    Reply

  29. Posted by mohd hanapiah on 04/06/2013 at 1:04 am

    Izin copy. Saya doakan untuk semua inshaallah .

    Reply

  30. Posted by Noor Shodiq on 10/06/2013 at 9:42 am

    bagi yang sedang stres berat, amalkanlah doa ini setlah magrib dab subuh, alkhamdulillah dapat meringankan pikiran dan perasaan berat

    Reply

  31. Posted by ezal on 25/06/2013 at 10:09 am

    terima kasih.. sob

    Reply

  32. Posted by wai on 13/07/2013 at 12:52 pm

    sy sdg dlm kesusahan dr byk segi….izinkan sy mengamalkan doa ini mudah2an ia akan meringankan segala2 yg membebankan diri sy ini..time kasih…

    Reply

  33. Posted by mael on 17/07/2013 at 11:56 am

    mohon izin untuk copy dan amal.terima kasih dan moga diberkati oleh-NYA

    Reply

  34. Posted by sham on 26/07/2013 at 6:05 am

    mOhon share ya sheikh dOa akasyah.

    Reply

  35. Posted by Hjh rose on 29/07/2013 at 6:38 pm

    Salam saudara…aruah ibu sy selalu sebut ‘hari ni tak baca lg doa akasyah,hang pi ambik sat atas almari’..dn ramadhan ni baru sy tahu kenapa mak sy slalu baca doa ini..terima kasih saudara dan terimakasih mak..harta peninggalan mu ini ‘doa akasyah’ sgt berharga..

    Reply

  36. mohon izin copy.

    Reply

  37. Posted by abdul razak on 29/08/2013 at 12:08 am

    mohon izin copy

    Reply

  38. Posted by marlina abdullah on 09/09/2013 at 3:59 pm

    Salam. Mohon izin untuk cetak dan amal. terima kasih

    Reply

  39. Posted by noor on 08/10/2013 at 6:41 pm

    Salam. Mohon izin utk copy dan amalkan..tq

    Reply

  40. Assalamuaiku,,,mohon izin untuk menyalin dan mencetak untuk dijadikan amalan dan disebarkan segala maklumat yang diperturunkan dalam blog ini. Semoga Allah rahmati segala usaha saudara menyinarkan cahaya iman kepada seluruh ummah…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      آمِيّنْ… آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

      Semoga beristiqomah dalam beramal… Jangan lupa berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      Reply

      • Posted by ida on 28/11/2014 at 8:06 pm

        assalamualaikum..saya minta izin ya untuk baca dan amalkan doa ini…terima kasih

  41. Tysm coz sudi berkongsi ilmu2 yg bermanfaat untuk dunia, akhirat…semoga Allah SWT sentiasa merahmati saudara dunia..akhirat jua..sudah semestinya…Aameen

    Reply

  42. Posted by jani on 02/12/2013 at 11:52 pm

    assalamu’alaikum
    saya mohon ijin kopy paste .dan mengamalkan jazakumullahu khairan

    Reply

  43. Mohon copy utk dijadikan amalan…..

    Reply

  44. Mohon izin print doa ini terima kasih

    Reply

  45. Posted by AMINAH on 09/05/2014 at 12:03 pm

    Mohon copy utk dijadikan amalan…..

    Reply

  46. Posted by haryanto on 28/06/2014 at 1:23 pm

    mohon ijin copy&mengamalkan

    Reply

  47. Posted by ahmad on 30/06/2014 at 5:56 pm

    mohon copy untuk amalan. tk atas pencerahan

    Reply

  48. Posted by yan on 01/07/2014 at 11:57 am

    Assalam. Mohon izin utk copy dan amalkan..tq 🙂

    Reply

  49. Assalamu’alaikum..
    ustad, sy mohon ijazahnya, untuk saya dan orang2 di sekitar saya..
    semoga berkah lahir dan bathin..
    aamiin yarabbal’alamin..
    Trimakasih.

    Reply

  50. Posted by siti on 22/07/2014 at 3:23 am

    Salam. Mohon izin untuk cetak dan amal. terima kasih

    Reply

  51. Posted by azril on 24/07/2014 at 3:30 pm

    Terima kasih diatas info. Terasa tenang dan indah apabila membaca doa Akasha. Doanya begitu indah dan menguatkan ikatan hamba dan Penciptanya.

    Reply

  52. Posted by febri on 25/07/2014 at 1:14 am

    Aslmlkm wr wb..
    Pak ustd minta ijash ΩƔª…untuk saya amalkn
    Trimksih bnyak …

    Reply

  53. Posted by rohaya mokhtar on 07/08/2014 at 8:26 pm

    assalamualaikum..minta izin guru simpan dan amal..insya allah..

    Reply

  54. Posted by Artdanujati on 21/08/2014 at 12:41 pm

    Assalamu’alaikum tuan, mohon maaf yg sebesar2nya sekiranya hamba memohon kepada sedulur2 muslim smua yg punya doa akasah ,jujur sy mohon sudilah,dn ilklas mengirimkn doa akasah k sy lewat e mail sy,artdanujati@gmail.com..matur suwun sedoyo salam,

    Reply

  55. Posted by fatimah amat on 28/09/2014 at 11:07 pm

    Assalamualaikum…mohon untuk sy share dan amal doa ini.terima kasih

    Reply

  56. Posted by rabiah on 28/10/2014 at 1:24 am

    Syukur pada Allah krana menemukan saya dgn blog ini. Syukran kerana sudi berkongsi. Izinkan sya mngmbil doa utk dishare pada keluarga dn shabat saya.

    Reply

  57. Assalamu;alaikum> Mohon izin mengkopy dan mengamalkannya.

    Reply

  58. Posted by izzam on 07/06/2015 at 5:23 pm

    assalamu’alaikum
    saya mohon ijin kopy paste .dan mengamalkan jazakumullahu khairan
    ilmu2 yg bermanfaat untuk dunia, akhirat…semoga Allah SWT sentiasa merahmati saudara dunia..akhirat jua..sudah semestinya…Aameen

    Reply

  59. Posted by firstwira on 15/06/2015 at 8:42 am

    Assalamualaikum warahmatullah wabarakatu
    ijin copy, terimakasih.

    Reply

  60. Trimakasih. Saya share kat FB saya. Doa yg selalu saya baca tp tak tahu maknanya. Semoga Allah melimpahkan rahmat sebanyaknya kpd tuan. Amin.

    Reply

  61. Posted by danie on 12/10/2015 at 10:01 am

    Assalamualaikum, saya mohon izin untuk meng’copy’ doa ini. Semoga Allah membalas jasa baik Anda.

    Reply

  62. Posted by adra wandi on 05/03/2016 at 11:02 pm

    Assalamulaikum..mohon izin untuk mengamalkan nya.sebelumnya kasih

    Reply

  63. Posted by Khusnul muttaqin on 18/06/2016 at 7:43 am

    Mohon izin copy dan amalkan doa hebat ini

    Reply

  64. Posted by pn ezza on 05/09/2016 at 3:54 pm

    assalam..minta izin copy dan amalkan doa ini ye..terima kasih..

    Reply

  65. Posted by Misliha Juki on 18/09/2016 at 6:50 pm

    Asalamualikum, mohon izin utk amalkan segala yg di nyatakan di sini. Moga owner admin shafiqolbu ini dipjgkan umur dan diberi kesihatan yg baik agar dpt berkongsi ilmu yg baik2 di sini.
    Terima kasih.

    Reply

  66. Posted by Misliha Juki on 18/09/2016 at 7:01 pm

    Assalamualaikum, Tuan shafi-Q, mohon saya copy dan mengamalkan doa2 ini. Saya doakan moga Tuan diberikan kesihatan yg baik dapat berkongsi ilmu2 yg baik2 di blog ini juga sentiasa dlm rahmat Allah.

    Terima kasih.

    Reply

  67. Posted by Nana suryana on 30/09/2016 at 3:41 pm

    Alhamdulillah geuningan…..aya anu ngalebetkeun do’a akasah jeung hartosna kana google…mudah mudahan sing ageung manfaatna kanggo sim kuring umum kanggo sadayana ….amiiin oge sim kuring minta do’a ti sadayana hoyong janten jalmi anu manfaat abdi teh kanggo sadayana mahluk(abdi hoyong janten ajengan…..anu soleeeeeh pisan amiiiiin

    Reply

Leave a comment