Umrah Dan Haji

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

,

HAJI

Ibadah Haji mengikut kebiasaan sebutan orang adalah ‘haji besar’ dan ibadah Umrah pula disebut ‘haji kecil’. Musim Haji bermula daripada 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah (hari raya puasa hingga hari raya haji), manakala Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk di luar musim haji. Dari segi syarak pula ianya adalah mengunjungi Baitullahil Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu di sana.

 .

Menunaikan Haji

Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima dan ia dikerjakan hanya di sekitar tanah suci Mekah serta masanya hanya dari 9 hingga 13 Zulhijah. Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.

 .

Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran, ayat 97)

 .

Ibadat haji hanya diwajibkan kepada Muslim yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan juga mental. Allah membuka ruang dan memudahkan semua hamba-Nya menziarahi, mendekatkan diri dan bermunajat kepada-Nya serta memohon limpah Rahmat-Nya dan Hidayah-Nya. Ibadat haji adalah satu-satunya peluang keemasan untuk kita mengadap Allah secara lebih dekat.

.

Firman Allah dalam surah al-Hajj: “Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada-Mu dengan berjalan kaki, atau mengenderai setiap unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh agar mereka menyaksikan berbagai-bagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari (hari raya haji dan tasyrik) yang telah ditentukan.”

.

Pemergian ke kota Makkah atau Arafah bukan semata-mata perjalanan jasad, tetapi perjalanan ‘rabbani’ iaitu perjalanan berserta ketulusan hati dan rohani ke arah menemui Allah SWT serta mengeratkan jalinan hubungan antara Allah sebagai Khalik (Pencipta) yang menjadikan alam sebagai makhluk-Nya dan manusia sebagai khalifah-Nya.

Firman Allah SWT.: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 196).

.

Haji dan Umrah, kedua-duanya hanya wajib sekali saja seumur hidup dan sunat dikerjakan berulang-ulang kali. Perbezaan jelas antara kedua-duanya ialah haji hanya boleh dikerjakan dalam bulan haji iaitu mulai 1 Syawal hingga naik fajar hari 10 Zulhijah.

.

Allah menyediakan ganjaran cukup besar bagi sesiapa yang mengerjakan umrah dan haji pada bulan ini. Rasulullah SAW bersabda: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

.

.

Niat Haji dan Umrah

1.  Niat mengerjakan Haji:

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى

Daku mengerjakan Haji dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.

2.  Niat mengerjakan Umrah:

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَاَلَى

Daku mengerjakan Umrah dan berihram dengannya, kerana Allah Ta’ala.

3.  Niat mengerjakan Haji dan Umrah serentak (Haji Qiran):

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِـهِمَا لِلَّهِ تَعَاَلَى

Daku mengerjakan Haji dan Umrah serta berihram dengan kedua-duanya, kerana Allah Ta’ala.

.

.

FADILAT HAJI

Antara hadis Rasulullah SAW yang menghuraikan mengenai kelebihan ibadat haji, umrah dan tanah suci Makkah ialah:

  1. Ibadat haji itu dapat menghilangkan dosa sebagaimana air dapat menghilangkan segala daki.
  2. Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat untuk orang yang mengerjakan haji di Baitullah; 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang bersolat dan 20 rahmat untuk yang memandang kepada Kaabah.
  3. Haji yang mabrur ialah pekerjaan haji yang tidak bercampur dengan dosa sejak ihram hingga Tahalul.
  4. Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan dia tidak merosakkannya dengan sebab bersetubuh dan tidak membuat sebarang maksiat, maka pulangnya kelak seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.
  5. Iringilah hajimu dengan melakukan umrah, kerana kedua-duanya akan menghapuskan kemiskinan dan dosa, laksana relau yang membakar hangus segala kotoran besi, emas dan perak.
  6. Tiadalah ganjaran lain bagi haji yang mabrur melainkan Syurga.
  7. Hujjaj dan Ummar  (Jemaah Haji dan Umrah) semuanya tetamu Allah, jika mereka berdoa kepada-Nya akan diperkenankan, jika mereka pohonkan keampunan akan diampunkan.
  8. Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. Haji yang mabrur tiadalah lain ganjarannya melainkan syurga.
  9. Sesiapa yang sabar menanggung sakit sehari di Makkah, maka Allah tulis pahala amal soleh yang dikerjakan olehnya di luar Makkah sebanyak 60 tahun.
  10. Sesiapa yang bersabar menanggung satu saat panas siang hari di Makkah, Allah akan menjauhkan dia 100 tahun lamanya di neraka Jahanam.
  11. Sesiapa yang meninggal dalam pelayaran ke Tanah Suci Makkah sama ada waktu pergi atau balik, segala dosanya tidak akan dipamerkan dan tidak akan dikira pada hari kiamat (diampunkan).
  12. Siapa yang meninggal di Makkah seolah-olah dia telah meninggal di langit dunia.
  13. Baitullah ini adalah tunjang Islam, siapa yang keluar kerana mengunjunginya untuk mengerjakan haji atau umrah, dia dijamin Allah, jika dia meninggal ia akan dimasukkan ke syurga-Nya, jika dia pulang, pulang dengan ganjaran dan harta.
  14. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk ibadat haji adalah seperti perbelanjaan untuk fisabilillah, satu dirham digandakan dengan 700 X.
  15. Satu dari tanda-tanda haji yang diterima ialah; Apabila ia melakukan kebaikan dan amalan melebihi dari sebelum pemergian ke Makkah dan tidak lagi terdorong ke arah perkara-perkara maksiat.

.

.

.

.

SYARAT WAJIB SAH HAJI

Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup, apabila memenuhi syarat:

  1. Islam
  2. Baligh dan berakal (Mukallaf).
  3. Merdeka
  4. Berkemampuan dan berkuasa.
  5. Wanita mesti mendapat izin suami atau wali, dan ditemani oleh suami, mahram atau wanita yang dipercayai.

 .

 .

RUKUN HAJI

1.  Niat ihram
2.  Berwukuf di Arafah.
3.  Tawaf  Ifadah.
4.  Saie di antara Shafa dan Marwah.
5.  Bercukur atau bergunting rambut (Tahalul).
6.  Tertib pada kebanyakan rukun.

Jika tertinggal salah satu rukun atau tidak mengikut syaratnya maka Haji / Umrahnya TIDAK SAH (BATAL) dan terpaksa mengqadakannya semula dengan segera kerana masih di dalam ihram (pantang larang).

.

.

BATAL HAJI

  1. Tidak melakukan semua rukun haji dengan sempurna mengikut syarat-syaratnya.
  2. Tidak melakukan dan hadir sendiri di tempat ibadat dan dalam masa yang ditetapkan, walaupun boleh dengan bantuan orang lain.
  3. Melakukan persetubuhan semasa ihram kecuali sesudah tahallul awal.
  4. Hilang akal atau pengsan sepanjang menunaikan haji.
  5. Membatalkan niat ibadat oleh sesuatu keadaan.
  6. Murtad.

.

.

SYARAT WAJIB MENGERJAKAN HAJI

  1. Niat ihram di Miqat.
  2. Menjaga larangan dalam ihram.
  3. Bermalam di Mudzalifah.
  4. Melontar Jamrah Al-Aqabah.
  5. Bermalam di Mina.
  6. Melontar ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq.

Sekiranya tertinggal salah satu daripadanya HAJI / UMRAHNYA SAH tetapi diwajibkan dam

.

SIMBOLIK RUKUN DAN WAJIB HAJI (Klik Di Sini)

.

.

Slide Haji Dan Umrah

Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & Umrah

.

.

Artikel Seterusnya Klik Tajuk-Tajuk Di Bawah…

JENIS-JENIS HAJI  (Klik Di Sini)

IHRAM  (Klik Di Sini)

MIQAT   (Klik Di Sini)

TAHALUL  (Klik Di Sini)

TAWAF  (Klik Di Sini)

SAIE  (Klik Di Sini)

WUKUF DI ARAFAH   (Klik Di Sini)

DOA MALAM ARAFAH   (Klik Di Sini)

MABIT DI MUDZALIFAH   (Klik Di Sini)

MELONTAR   (Klik Di Sini)

DAM   (Klik Di Sini)

.

.

HIKMAH HAJI

  1. Menghapuskan dosa dan membersihkan jiwa.
  2. Mendapat keampunan dan ganjaran daripada Allah.
  3. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
  4. Memahami dan mengayati sejarah kecemerlangan Islam dengan mendalam.
  5. Melahirkan rasa syukur atas nikmat harta dan kesihatan yang diberikan Allah.
  6. Menimbulkan rasa keinsafan di dalam hati kerana ketika mengerjakan haji, kerana semua hamba Allah itu sama saja keadaannya dan tanggungan beban sama ada yang kaya, miskin, raja atau rakyat biasa.

.

.


.

.

21 responses to this post.

  1. Posted by ayoi on 22/09/2012 at 3:01 am

    Assalamualaikum wbt, izinkan hamba Allah yang serba kekurangan ilmu agama Allah ini bertanyakan soalan tentang menunaikan umrah.saya mempunyai masalah untuk membaca bahasa arab dan jawi.bolehkah semua bacaan dibuat dgn terjemahan untuk setiap tatacara umrah.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah.. dalam rasa kekurangan, Sdr.Ayoi telah Allah SWT kurniakan kekayaan jiwa dan rezeki melakukan umrah.
      Tentang bacaan tersebut, InsyaAllah boleh baca pada terjemahannya. Berzikir dan doa dalam bahasa arab bukanlah syarat untuk doa kita diterima, apa yang penting adalah kefahaman dan keikhlasan hati mengemukakan permohonan/pengaduan pada Allah SWT.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by faizul on 01/10/2012 at 8:15 am

    TQ..ANAK MINta copy maklumat diatas

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  3. Alhamdulilah. Saya memohon membaca dan mengamalkan apa-apa ilmu dan pengetahuan yang ada pada blog ini.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat beramal cikgu!

      Reply

  4. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

    Mohon kebenaran tuan untuk saya ambil ilmu-ilmu di sini untuk dikongsi dengan rakan-rakan fb saya.

    Sebagai konsultan umrah saya perlukan info-info berkaitan sebagai wadah untuk pelanggan2 saya.

    Semoga dengan kebenaran dari tuan, Allah akan sentiasa merahmati tuan sekeluarga dan yang pastinya jariah tuan akan sentiasa berterusan.

    Terima kasih…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amiiin…

      Semoga diutamakan berkat keredhaan daripada keuntungan.. InsyaAllah perniagaan Tuan Haji akan bertambah maju.

      جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

      Reply

  5. Posted by noor yahaya on 03/12/2012 at 12:08 pm

    salam. nak dapatkan kepastian. adakah air zam-zam tu kita boleh baca yassin seperti kita baca yassin untuk air-air yang lain. tk

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Air zam-zam adalah sebaik2 penawar dan rawatan … Rasulullah SAW pernah bersabda: “Air zam-zam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki.” (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  6. Artikel yg sgt bermanfaat..izin share

    Reply

  7. Assalamualaikum

    izinkan sy share di blog sy dan izinkan saya utk amalkan ilmu yg bermanfaat ini.
    insyaAllah akan dikreditkan ke blog ini.

    jazakallah

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semoga berpanjangan amalnya… Jazaakillaahu Khair…

      Reply

  8. Posted by Kak Ija on 10/07/2013 at 7:50 am

    Assalamualaikum , tkasih info yang sg berguna.

    Reply

  9. Posted by shahyati on 16/07/2013 at 2:36 pm

    As salam..mohon share ke Fb..
    terima kasih

    Reply

  10. Posted by Affizal bin Abas on 14/08/2013 at 4:51 pm

    Salam ustaz, saya ingin bertanyakan mengenai upah haji. Saya bersama ayah saya ada membuat penghantaran upah haji untuk arwah emak saya melalui agen yang disyorkan oleh pihak tabung haji. Setelah berurusan dengan pihak tersebut yang nampak bersungguh sehingga sanggup datang kerumah untuk mengambil wang kami, sehingga ke sekarang ini masih tiada berita apakah upah haji kami tersebut telah selesai dibuatkan atau tidak malah nombor talipon yang sebelum ini aktif tidak lagi berfungsi. Saya ingin tau apakah dalam kes ini upah haji yang kami niatkan & buatkan itu sah? Apakah perlu untuk saya melakukannya lagi memandangkan status upah haji emak saya itu dalam keadaan yang meragukan maksud saya ditipu.? harap ustaz dapat menjawap pertanyaan saya ini memandangkan hingga sekarang ini saya merasa tidak senang & tenteram memikirkan keadaan upah haji emak saya itu. Terima kasih.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Akhi Affizal perlu membuat upah haji sekali lagi.. dan pastikan berurusan dengan pejabat dan agen sebenar..bukan pada individu terentu yang sering mengambil kesempatan. Sentiasa berhubungan dengan sekurang2nya 3 staf dan minta nombor telefon tuan punya/pengarah syarikat beserta segala bukti urusan dan pembayaran.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  11. Posted by Affizal bin Abas on 19/08/2013 at 10:54 am

    Terima kasih atas pandangan & nasihat yang di beri.

    Reply

  12. Posted by mamawulanzalfa on 12/10/2013 at 12:07 am

    Ass…Terima kasih banyak atas ilmunya…..semoga ALLAH memberi ganjaran yang setimpal….Aminnn…

    Reply

  13. Posted by Naina omar on 02/10/2014 at 9:58 pm

    Terima kasih … Hanya Allah sahaja yg dpt membalasnya …

    Reply

  14. Posted by hamba allah on 19/05/2015 at 8:27 pm

    assalamualaikum ustaz,
    mohon izin utk menggunakan ilmu diatas dlm ibadah haji saya.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: