Solat Sunat Witir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.

.

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”  (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

.

Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam“Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).

Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).

.

.

Witir Penutup Solat

.

Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)

.

Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”  (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)

.

.

 Fadhilat Solat Witir

1.     Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.

2.     Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.

3.     Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.

.

.

Cara Melaksanakannya:

.

1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.

2.  Bacaan selepas Fatihah:

Raka’at pertama: Surah Al-A’laa

Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun

.

3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.

.

4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.

5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:

a) Al-Ikhlas,

b) Al-Falaq dan

c) An-Naas.

.

Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”

.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.

Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”

.

.

WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

.

1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

.

Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)

.

2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:

3.  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:

 

4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:

.

5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir

.

.

Hukum Tangguh Witir ~ Harus

.

  1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Tidak ada dua witir pada satu malam.”
.

Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.

Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

~ shafiqolbu.

.

246 responses to this post.

  1. Posted by Zah on 04/02/2012 at 10:29 pm

    Salam, nak tanya bolehkan solat witir dibuat 3 rakaat dengan satu salam?

    Reply

    • السلام علبكم
      Zah boleh melakukan Solat Witir dengan sekurang-kurangnya satu salam. Tidak kiralah samada 3 rakaat ataupun hanya dapat/sempat mendirikan satu rakaat sahaja. Lakukanlah sesudah mengerjakan solat Isyak jika berasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud. Alhamdulillah sekiranya Cik Zah tidak meninggalkan amalan sunnah ini.

      Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.” – (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)

      والسلام

      Reply

      • Posted by syahmeen hanafi on 03/08/2013 at 12:58 pm

        assalamualaikum , boleh tau sumber mana . dibolehkan solat witir 3 rakaat .

      • Posted by vhana on 28/06/2016 at 4:12 pm

        Assalamualikum! Mohon copy n paste artikel dan jawapan saudara untuk bacaan sendiri dan rakan-rakan. Terima kasih.

    • Posted by mat ramlee on 14/08/2013 at 11:13 pm

      jawapan~tidak boleh 3 rakaat 1 salam kerana solat sunat witir itu 1,3,5,7,9,11 rakaat bilangannya

      Reply

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Dibolehkan Solat Witir sebanyak tiga rakaat dengan syarat ditinggalkan Tahiyyat awal, sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:

        كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدوَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

        Maksudnya:
        “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam.” (Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no: 1683).

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

    • Posted by syam on 11/10/2013 at 11:46 am

      assalamualaikm wbt,,saudara jika saya hanya membaca surah lazim pada semua rakaat boleh x??

      Reply

  2. Posted by nurul ain binti wahab on 06/03/2012 at 11:59 am

    assalamualaikm wbt,,insyaallah ain akn cube lakukannyerrr..semampu ain..

    Reply

  3. Posted by Muhammad Faiz on 13/03/2012 at 10:03 pm

    Assalamualaikum wbt, izinkan hamba Allah yang serba kekurangan ilmu agama Allah ini bertanyakan soalan tentang solat sunat yang lebih utama berbanding solat-solat sunat Rawatib yang lain yakni Solat Sunat Witir.

    Saudara yang dihormati Allah SWT,

    Saya ingin mengerjakan solat sunat witir ini untuk satu rakaat sahaja buat masa sekarang ini. Persoalannya, apakah surah-surah yang boleh saya lafazkan selepas surah al-Fatihah?
    Adakah saya boleh mengerjakan solat sunat witir hanya satu rakaat sahaja pada setiap malam?
    Adakah berdosa jika saya tidak menggunakan doa-doa selepas solat tersebut yang diberikan oleh saudara?
    Bolehkah saya menggunakan doa lain dalam bahasa Melayu untuk menggantikan doa-doa tersebut?

    Sekian,

    Reply

    • Wa’alaikum salam wrh wbt.

      Alhamdulillah… telah terbit keinginan pada diri Faiz untuk melakukan solat sunat witir ini kerana berhasrat mengamalkan satu sunnah Rasulullah SAW yang telah meninggalkan pesan agar kita berpuasa 3 hari setiap bulan, Solat Dhuha 2 rakaat dan Solat Witir sebelum tidur.

      Buat permulaan, Faiz bolehlah melakukan Solat Witir satu rakaat sahaja dahulu selepas Solat Isyak, jika tidak terbangun sebelum Subuh. Selepas Fatihah bacalah surah 3 Qul ataupun sekurang-kurangnya Al-Ikhlas. Manakala doanya pula boleh dimohon apa sahaja kerana ketika itu hanya Faiz herhubungan terus dengan yang Maha Khaliq lagi Maha Mengetahui, Dia amat mmahami apa saja bahasa dan maksud setiap hamba-Nya.

      Janganlah menganggap satu dosa pula jika tidak mengamalkan doa-doa di atas… ianya hanyalah amalan dari para sahabat dan alim ulama terdahulu dan ana hanya menyampaikannya sahaja sebagai satu panduan…

      والسلام

      Reply

      • Posted by Muhammad Faiz on 14/03/2012 at 5:16 pm

        Saya amat berterima kasih dan terhutang budi kepada saudara kerana sudi membantu hamba Allah yang cetek dengan ilmu agama Islam ini. Moga hidup saudara dirahmati Allah SWT. Terima kasih. 🙂

      • Syukran jazilan… ana pun masih dangkal ilmunya, umpama setitis air di samudera luas… sama-samalah kita menimba ilmu bermanfaat selagi adanya hayat yang dipinjamkan-Nya…

  4. Assalamualaikum…saya ingin bertanya bolehkah selepas melakukan solat sunat witir kita melakukan solat tahajjud..Saya kadang2 terbangun untuk solat tahajjud dan kadang2 tidak terbangun

    Reply

    • Wa’alaikum salam wrh wbt..
      Bolehh… Jika Zul rasakan tak terbangun selepas tengah malam.. dirikanlah witir selepas solat Isyak.. tapi yang paling afdal witir itu diakhirkan iaitu selepas solat Tahajjud.
      Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam (selepas solat Isyak), tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)

      Reply

  5. salam.. saya nak tanye boleh ke jika kita baca mana2 surah dalam al quran utk 3 rakaat tu ? cth : rakaat 1 slps al fatihah 3Qul dan rakaat ke 2 slps al fatihah al kafirun pula..?

    Reply

  6. Posted by Nazatul on 08/05/2012 at 11:58 am

    Salam..bole ke kalau kite baca surah lain selain dari surah Al-Alaa selepas membaca surah Al Fatihah, spt surah Al-Kautsar, krn sy tidak dpt menghafal surah tersebut dlm waktu terdekat. Namun di hati kecil ini sgt2 ini melakukan sembahyang sunta witir ini.

    Reply

    • Waalaikummussalam..
      Bolehhh… buat sementara ni, Nazatul bacalah apa saja ayat dari Al-Quran yang dihafal..

      Diriwayatkan daripada Qais Ibn Hazim, yang berkata: “Ketika aku mengerjakan solat di belakang Ibnu Abbas, beliau membaca pada rakaat pertama ayat al-Hamdulillahi rabbil ‘Alamin dan satu ayat dari surah al-Baqarah. Setelah kami selesai mengerjakan solat, beliau menghadapi kami lalu berkata, ‘Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari al-Quran (dalam solat).’ }(al-Muzammil: 20) diriwayatkan daripada al-Daraqutni dan al-Baihaqi dalam kitab Sunannya.}

      Reply

  7. Posted by Ana on 21/05/2012 at 2:55 pm

    Assalamualaikum .. Saya sebenarnya jarang laksanakan solat sunat witir ni .. Sebab saya kurang faham dengan cara melaksanakannya .. Emm, lepas selesai tunaikan 2rakaat yang pertama, kita perlu bangun & niat sekali lagi untuk 1rakaat yang terakhir tu ka ?? Harap pertanyaan saya dijawab agar saya tidak lakukan kesilapan untuk tunaikan solat sunat ni .. Terima kasih ..

    Reply

    • Waalaikumussalam..

      Begitulah caranya… Tiga rakaat terakhir hendaklah dipisahkan dengan 2 salam iaitu dirikan 2 rakaat dahulu, kemudian bangun semula & niat sekali lagi untuk lakukan 1 rakaat berbaki.

      Ana cubalah beristiqamah melakukan solat witir ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah meninggalkan tiga pesanan: “Puasalah 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani). Dan ianya mengandungi fadhilat yang besar; Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Sesungguhnya Allah SWT menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

      Reply

  8. Posted by nur on 24/06/2012 at 9:55 pm

    assalammuaikum… saya nak minta pertolongan saudara, boleh tak tolong saya tuliskan rumi pada wirit selepas solat witir.. saya tak pandai sangat basa jawi.. takut salah pula kalau saya cuba juga.. mcm yang ayat pertama tu, saudara ada buat rumi ” subbahanallah maliki kuddus “.. ayat kedua dan ketiga pula saya cuba baca sndiri.. tapi takut salah, nnt lain pula makna nya.. tolong saya..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ayat yang dirumikan pun banyak salahnya jika tiada bimbingan.. Bagi mendapatkan bacaan tepatnya, Nur bolehlah rujuk kepada guru agama terdekat… tapi untuk tujuan dan panduan kasar, nanti saya usahakan… (tidaklah dalam masa terdekat ye!).

      Reply

  9. Posted by Nur on 28/06/2012 at 1:09 pm

    Terima kasih banyak2 Sudi nak tolong… Allah saja yang balas kebaikan saudara..
    Lambat tak ape, saya tunggu… Saya baru baca untuk solat hajat punya… Rasa excited sangat sbb bole baca da… Terima kasih banyak2….

    Reply

  10. Posted by FUAD on 06/07/2012 at 4:34 am

    Assalamualaikum. Saya mahu bertanya tentang solat sunat witir. Selepas salam boleh kah saya berdoa menggunakan bahasa melayu? Terima kasih. 🙂

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh… janji ikhlas dan memahami maksud apa yang dimohonkan.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang…

      Reply

      • Posted by FUAD on 07/07/2012 at 1:41 am

        Alhamdulillah. Terima kasih. 😉

      • Posted by FUAD on 07/07/2012 at 1:43 am

        Owh ya, saya lupa bertanya. Tentang doa pertama iaitu doa Al-A’laa. Boleh kah saya baca doa lain selain doa tersebut. contohnya ayatul kursi atau lain-lain…

      • Jika Fuad maksudkan bacaan selepas al-Fatihah.. boleh dibaca sebarang ayat/surah-surah dari al-Quran.

      • Posted by FUAD on 07/07/2012 at 3:58 am

        And lastly kalau saudara boleh emailkan kepada saya doa nur dan doa solat witir. Sebab saya tak berapa nampak dengan jelas. Saya dalam usaha untuk melaksanakan dan menyempurnakan solat. Saya mengharap kalau saudara dapat membantu saya. 🙂

      • InsyaAllah…

  11. assalamualaikum..bgaimana dgn bacaan qunut dalam solat witir? saya kurang jelas mengenainya..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Doa Qunut dibaca pada rakaat terakhir iaitu sebaik berdiri dari rukuk dan sebelum melakukan sujud.

      Reply

      • Posted by asyafie on 25/07/2012 at 4:02 pm

        assalamualaikum…sy ingin btnya apakah hukum membaca Qunut dlm solat witir..? bgaimana klu kita tidak membacanya pada rakaat terakhir..

        Terima kasih.

      • Posted by asyafie on 25/07/2012 at 4:04 pm

        satu soalan lg.. adakah doa Qunut dlm solat witir sama dgn Qunut solat subuh..

        trima kasih

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Adalah disunatkan membaca doa Qunut pada rakaat terakhir solat Witir selepas 15 Ramadhan.. jika tidak membacanya, solat tetap sah… dan terdapat berbagai versi Doa Qunut termasuklah doa Qunut Nazilah..jika dibaca Qunut Solat Subuh dalam Witir pun dibolehkan.

      • Posted by asyafie on 26/07/2012 at 11:32 am

        terima kasih atas pencerahan ustaz yg sgt jelas pd saya.. moga Allah s.w.t merahmati ustaz dlm menyebarkan ilmu Allah s.w.t

  12. Posted by Naniss on 23/07/2012 at 5:14 am

    Assalamualaikum saudara,

    Saya ada soalan, berkenaan solat mlm. Saya telah selesai solat tahajjud, masa berdoa, saya sakit perut. Jadi saya ke tandas, kemudian sambung semula solat taubat dan solat2 lain. Takpe ke?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Itulah yang sebaik2nya supaya solat2 yang dilakukan selepasnya lebih khusyuk.

      Reply

  13. Posted by Zaid on 23/07/2012 at 9:35 am

    Salam. saya ada satu kemusykilan. Saya tak faham tentang hadis “Tidak ada dua witir pada satu malam.” Saya ada dengar ustaz kata witir penutup segala amalan sunat pada hari itu dan lebih afdal dibuat secara berjamaah pada bulan Ramadhan selepas solat sunat Tarawih. Tetapi kata ustaz itu kalau kita bangun untuk Tahajjud kita kena tambah Witir 2 rakaat sebagai penutup amalan sunat hari itu.Katanya ada perbahasan ulama’ tentang perkara ini Pada pemahaman saya dah jadi 2 Witir pada malam itu. Harap tuan dapat jelaskan. Terima Kasih

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ada sebahagian ulama’ berpendapat sebegitu tetapi nas yang lebih kukuh, tidak perlu ada witir pembuka dan penutup lagi kerana solat Witir hanya sekali dalam satu malam.

      Sekiranya telah mengerjakan solat Witir selepas solat Tarawih atau pada awal malam iaitu sebelum tidur, dan seseorang itu terjaga pada sepertiga malam yang akhir maka dia hanya boleh melakukan solat sunat2 yang lain dan tidak boleh melakukan sekali lagi solat Witir. Ini adalah kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

      لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
      “Tidak ada dua Witir dalam satu malam.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).

      Reply

      • Posted by Zaid on 24/07/2012 at 3:34 pm

        Salam, Terima kasih atas ulasan yg memberi manafaat kepada saya.Apakah hukum kalau dilakukan witir 2 kali dlm satu malam.

      • Solat tersebut tidaklah mengikut sunnah dan adalah lebih berfaedah jika dilakukan solat-solat sunat yang lain…

  14. Posted by hjhros on 23/07/2012 at 12:20 pm

    Assalamualaikum wrbkth
    Mana yang lebih afdal mendirikan solat witir sebelum tidor atau selepas solat tahajjud?
    Terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa di antara kamu khuatir tidak bangun pada akhir waktu malam, hendaklah mendirikan Witir pada awal malam, kemudian tidurlah. Dan sesiapa di antara kamu merasa mampu untuk bangun pada akhir malam, hendaklah melakukan Witir pada sebahagian akhir malam. Kerana solat pada akhir waktu malam disaksikan dan dihadiri (malaikat), maka hal itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

      Reply

      • Posted by JR on 09/07/2013 at 8:20 am

        As Salam Ustaz, Ini bermakna kita boleh melakukan witir 2 rakaat selepas Isyak. Selepas bangun tidur laksana solat malam dan diakhiri dgn witir 1 Rakaat. Bolehkah cara ini.

  15. Posted by An on 24/07/2012 at 8:53 am

    betul ke ada solat sunat 2 rakaat yang dinamakan solat sunat shafar dan hanya 1 rakaat solat sunat witir yang dikerjakan sebagai penutup solat malam? terima kasih

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Solat sunat Shafar adalah suatu sunnah yang dilakukankan di rumah, ketika hendak berangkat shafar (bermusafir). Jumlahnya dua rakaat dan caranya sama dengan solat2 sunat yang lainnya.

      Dalilnya adalah hadis dari Abu Hurairah; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda; “Jika engkau keluar dari rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.” (HR Al-Bazzar; dinilai sahih oleh Al-Albani)

      2. Solat Witir dengan hanya satu rakaat. Dalilnya adalah dalam sebuah riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umarradhiallahu’ anhuma, dia berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

      Reply

  16. Posted by djas on 24/07/2012 at 3:26 pm

    assalam…saya nak tanya sikit ni..apabila saya selesai sembahyang sunat terawih,saya terus balik rumah dan tidak buat sembahyang sunat witir…sampai rumah terus tidur..esok pun sama juga…sembahyang terawih buat tapi witir tidak buat..apa hukumnya??adakah sembahyang terawih saya sia-sia?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Tarawih Djas sah malah dapat pahala berjemaah lagi..tapi adalah sayang Djas telah melepaskan peluang meraih fadhilat yang amat besar iaitu melakukan Solat Witir:

      Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

      Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi dari Abu Hurairah: “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami(beriman).” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

      Reply

  17. Posted by aRIF on 25/07/2012 at 4:30 pm

    Assalamualaikum. Saya mohon bawakan dua persoalan, copy dari fb. Mohon pencerahan.

    1) slps solat isya,before solat terawih kita kena solat ba’diah dulu..klu xbuat solat ba’diah,tp bt trawih…hukumnya adlh makruh.hukum solat rawatid adlh sunat muakkat,ya’ni solat sunat yg dtuntut..solat terawih bknlh sunat muakkat,ttapi ia hnyalh solat sunat bg mnghidupkan malam2 d bulan ramadhan.

    2) niat solat witir bg yg awl (2 rakaat) adlh sbgini: ‘usolli sunnatan MUQODDIMATIL WITRI’ raka’taini lillahi ta’ala’ – shja aku solat sunat prmulaan witir 2 rakaat krna Allah ta’ala.
    niat sbgini adlh salah dan solat tidak sah. ‘usolli sunnatal-witri raka’taini lillahi ta’ala’ – shja aku solat sunat witir 2 rkaat krna allah ta’ala..
    ia slh n xsah krna rakaat solat sunat witir adlah ganjil rakaatnya.sbb itu prlu adanya ‘MUQODDIMATIL WITRI’..

    Bolehkah jika diterangkan kebenaran perkara ini?

    Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1) Benarlah seperti apa dinyatakan itu, Solat Tarawih dilakukan selepas Solat Ba’diyah Isyak.

      2) Berniat dengan ‘usolli sunnatal-witri raka’taini lillahi ta’ala’ tidak salah dan janganlah sampai menghukum tidak sah kerana ianya hanya sekadar ucapan pengukuh solat.. apa yang penting adalah telah dilintaskan dalam hati melakukan solat witir yang sememangna ganjil bilangan rakaatnya. Ucapan ‘usolli sunnatan MUQODDIMATIL WITRI’ raka’taini lillahi ta’ala’ adalah untuk permulaan witir 3 rakaat sahaja dan perlu diikuti dengan niat solat tunggalnya.

      Sebenarnya lafaz niat yang lebih tepat solat witir 3 – 11 rakaat adalah:-

      a/ Lafaz niat bagi setiap dua rakaat:
      اُصَلِّىْ سُنَّةً مِنَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى.
      (Daku solat sunat sebahagian dari Witir, dua raka’at kerana Allah Ta’ala.)

      b/ Lafaz niat bagi rakaat tunggal:
      اُصَلِّىْ سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى.
      (Daku solat sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

      Reply

  18. Posted by ara on 27/07/2012 at 1:25 am

    salam…saya nak tanya…dalam bulan ramadan ni kan kite solat witir berjemaah lepas solat terawih…solat witir 3 rakaat…tapi,macamane kan,sebenarnya lepas solat terawih tu kite niat nak solat2 sunat lain(mungkin bukan solat terus tapi agak2 sebelum tidur la)…tapi,kita dah solat witir…saya ada dengar,kalau kite nak solat2 sunat lain(sebelum tidur tu),kite kene tambah satu lagi rakaat sebelum solat2 sunat lain tu…macamane ek? =)

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sekiranya Ara telah mengerjakan solat Witir selepas solat Tarawih atau pada awal malam iaitu sebelum tidur dan ingin melakukan solat sunat2 yang lain, maka tidak perlu melakukan solat Witir lagi. Ini adalah kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ada bersabda:
      لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
      “Tidak ada dua Witir dalam satu malam.”
      (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).

      Reply

  19. Posted by mdzaen on 29/07/2012 at 11:46 am

    salam ustaz.

    saya keliru dgn jawapan ustaz di atas:
    1) Salam, nak tanya bolehkan solat witir dibuat 3 rakaat dengan satu salam?
    Jawapan: Zah boleh melakukan Solat Witir dengan sekurang-kurangnya satu salam. Tidak kiralah samada 3 rakaat ataupun hanya dapat/sempat mendirikan satu rakaat sahaja.

    2) Begitulah caranya… Tiga rakaat terakhir hendaklah dipisahkan dengan 2 salam iaitu dirikan 2 rakaat dahulu, kemudian bangun semula & niat sekali lagi untuk lakukan 1 rakaat berbaki.

    Jadi yang mana satu betul? Atau dua-dua betul. Keliru betullah.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Walaupun dibolehkan dibuat 3 rakaat dengan satu salam, adalah lebih afdal Solat Witir dipisahkan setiap 2 rakaat dengan salam seperti yang telah disunnahkan.

      “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa mengerjakan solat sebelas rakaat pada waktu di antara selesai solat Isyak iaitu suatu waktu yang orang-orang disebut sebagai ‘atamah (sampai subuh) sebanyak sebelas rakaat, dengan salam setiap dua rakaat dan mengerjakan solat Witir satu rakaat.” (Hadis riwayat Imam Muslim r.a.)

      Harap hadis ini dapat membantu Mdzaen.

      Reply

  20. Posted by Jue on 05/08/2012 at 6:00 pm

    Salam , saya agak keliru sedikit pada 16 Ramadan kita diharuskn baca doa Qunut pada solat witir. Jika saya mendirikan satu rakaat adakah perlu membacanya jugak?
    Kalau lepas Isyak terus melakukan solat Witir takut kalau tak sempat bgn mlm. Tetapi saya terbangun perlukah saya melakukannya selepas solat sunat yg lain?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Walaupun satu rakaat, disunatkan juga membaca doa Qunut.
      Tidak perlu lagi Solat Witir untuk kali kedua, lakukanlah solat2 sunat yang lain.

      Reply

      • Posted by Jue on 09/08/2012 at 5:00 am

        Terima kasih . Bacaan qunut itu dibaca sebelum sujud pertama untk 1 rakaat. Dan rakaat kedua seblm
        Sujud yg terakhir utk 2 rakaat solat witir?

      • Solat Witir mesti didirikan dengan bilangan ganjil rakaatnya (1/3/5/7 atau 11 rakaat) dan doa Qunut dibaca selepas berdiri dari rukuk sebelum sujud pada rakaat terakhir.

        Soalan Sdri.Jue yang pertama tu betul jawapannya dan yang kedua tu kurang tepat kerana bacaan Qunut sebenarnya sebelum sujud pertama dalam rakaat terakhir dan tidak dilakukan dengan bilangan genap (2 rakaat).

  21. Posted by d-la on 09/08/2012 at 8:56 pm

    saya tak hafal surah al-falaq,kalau saya nk gantikan dgn surah al-kafirun boleh ke?terima kasih

    Reply

  22. Posted by naniss on 10/08/2012 at 6:03 am

    Assalamualaikum,

    Saya telah selesai solat tahajjud, taubat semua.. Tp x smpt nk solat witir sbb dah azan subuh. Mohon pandangan sama ada blh witir atau tidak.

    Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah boleh…next time spare masa untuk lakukan Solat Witir..

      Daripada Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma, katanya: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari r.a.)

      Reply

  23. assalamualaikum…ustaz..apakh hukum jika ana solat witir hanya satu rakaat sahaja setelah solat isyak pada hari2 biasa

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Solat tersebut sah…seeloknya Sdri.Hazirah buatlah 3 rakaat dengan dua salam di akhir malam.

      Daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa di antara kamu khuatir tidak bangun pada akhir waktu malam, hendaklah mendirikan Witir pada awal malam, kemudian tidurlah. Dan sesiapa di antara kamu merasa mampu untuk bangun pada akhir malam, hendaklah melakukan Witir pada sebahagian akhir malam. Kerana solat pada akhir waktu malam disaksikan dan dihadiri (malaikat), maka hal itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

      Reply

  24. Posted by mohd fizan zakaria on 15/08/2012 at 11:22 am

    Masyaallah……… moga tuhan merahmati saudara….. banyak panduan berguna dapat dikongsi bersama…. pohon dicopy untuk kegunaan sendiri saudara yang dihormati…

    Reply

  25. Posted by atiqah on 16/08/2012 at 4:40 am

    assalamualaikum..saya nak tanya..apabila kita bangun malam dan melakukan solat tahajud,soalat taubat,solat hajat dan solat istikharah adakah kita perlu solat sunat witir ataupun tak perlu? -atiqah-

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sdri.Atiqah jadikanlah solat sunat witir sebagai solat yang terakhir…..

      Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma, dia berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat.”

      Reply

  26. Posted by soalan on 19/08/2012 at 4:58 pm

    assalamualaikum..saya nak tanya.. pada 1 rakaat terakhir tu di baca doa qunut ke?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ya, Doa Qunut tersebut dibaca pada rakaat terakhir..

      Reply

  27. Posted by Fahmi on 27/08/2012 at 11:30 am

    as salam..

    saya pernah terdengar doa qunut di dalam solat sunat witir adalah sepakat 4 ulama’ mazhab yg ia adalah sunat. jadi,witir yang dilaksanakan bukan di dalam bulan Ramadhan disunatkan dgn doa qunut?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ya, Doa Qunut sunat dibaca bukan saja pada witir terakhir tetapi juga dalam solat2 yang lain walaupun bukan di dalam bulan Ramadhan..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  28. Posted by suny on 28/08/2012 at 10:13 am

    salam … ada yang kata solat sunat witir merupakan berkedudukan paling tinggi antara solat2x sunat ,.. boleh komen?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kemungkinan mereka berdasarkan pendapat yang solat Witir termasuk dalam solat Tahajjud iaitu solat wajib (sebelum difardhukan solat 5 waktu) yang menjadi amalan dan tidak pernah Rasulullah SAW tinggalkan.

      Daripada ‘Ali radhiallahu’ anh: “Solat Witir tidaklah wajib seperti solat yang difardukan ke atas kamu, tetapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi r.a.)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  29. Posted by Syafiq on 17/09/2012 at 1:19 am

    Asalamualaikum,saya nak tanya..boleh tak jika tak bca wirid nya?..lepas slm terus bca doa

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh.. tapi lebih afdal jika Sdr.Syafiq dapat berzikir iaitu sekurang2nya bacalah;

      (3x) سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ , رَبِّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ
      “Subhaanal Malikil Qudduus, Rabbul Malaaikati Warruh.” (3 kali).

      Reply

  30. Posted by fazlin on 19/09/2012 at 11:04 pm

    salam..sye nk tnye..kalau smbhyg witir slain bln rmdan,ari2 biase boleh tak?trime kaseh

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebenarnya adalah sunnah melakukan Solat Witir pada setiap malam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menekankan perlaksanaan Solat Witir ini sebagaimana pesanannya kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh yang berkata:

      أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ
      “Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum mengerjakan solat Witir.” (Hadis riwayat Imam Muslim r.a.)

      Dan daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

      مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
      “Sesiapa di antara kamu khuatir tidak bangun pada akhir waktu malam, hendaklah mengerjakan Witir pada awal malam, kemudian tidurlah. Dan sesiapa di antara kamu merasa mampu untuk bangun pada akhir malam, hendaklah melakukan Witir pada sebahagian akhir malam. Kerana solat pada akhir waktu malam disaksikan dan dihadiri (malaikat), maka hal itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Muslim r.a.)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  31. Posted by jan bee mohd on 30/09/2012 at 4:13 pm

    asalamuilakum saya bangun pukul 4.00pagi baru sayabuat witir satu rakaat kemudian saya buat tahajud bolehkah ustaz

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Syabas JBM melakukan solat ini… Cuma peru diperbetulkan sedikit kedudukannya… Solat Tahajjud perlu didirikan dahulu setelah bangun dari tidur dan Solat Witir harus dikemudiankan sebaiknya dibuat dengan 3 rakaat 2 salam…

      Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

      اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
      “Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada malam hari.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari r.a.)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  32. Posted by Amirah on 01/10/2012 at 10:09 am

    Assalamualaikum alaikum warah matullahi wabaraka tu,

    Saya tak pernah buat sembahyang sunat lain selain Hajat,Tahajjud dan Dhuha. Tapi sekarang, saya mahu buat semua sembahyang sunat yang di lakukan oleh Rasulullah. Insya Allah, semua akan berjalan dengan lancar dan saya amat berterima kasih dengan Allah kerana memberi petunjuk untuk mengunjungi blog Shafiqolbu ini. 🙂

    Mudahan saya tak terlambat untuk melakukan solat-solat sunat ini. Sebelum ni saya tak pernah terfikir dengan solat sunat yang lain, mungkin kerana tidak pernah ambil tahu. Tapi sekarang dah tahu saya tak mahu endahkan perkara ni.

    Sekali lagi saya ingin berterima kasih. 🙂 Semoga Allah memberkati Tuan punya blog ini selalu. Amin..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat mengamalkannya…InsyaAllah Sdri.Amirah akan dapat lihat perubahan positifnya..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  33. Posted by bella ila on 06/10/2012 at 1:18 am

    Ya Allah..terasa hendak menangis..syukur..akhir apa yang dicari dah jumpa..sesungguhnya sy jahil sgt tntng agama..terima kasih saudara…syukur sgt..mudahan belum trlambt buat sy berybah..permudahkanlah urusanku Ya Allah

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, syukur.. Allah SWT telah mengerakkan Bella berkunjung ke sini… ana tumpang gembira kiranya Blog Shafiqolbu dapat serba sedikit membantu apa yang dicari…

      Tiada istilah terlambat dalam mengerjakan kebaikan. Firman Allah SWT: “Maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah (dengan kembali mentaati-Nya). Sesungguhnya Tuhan kekal mendengar dan memperkenankan segala permohonan dan bersedia menerima taubat hamba-Nya.” (Surah Hud, ayat 61)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  34. Posted by hafizah on 14/10/2012 at 11:37 pm

    trimakaseh~

    Reply

  35. Posted by rmryne on 18/10/2012 at 4:19 am

    Assalamu’alaikum…
    Saya nak tanya, kalau saya terjaga tengah malam kemudian saya lakukan sunat tahajjud dan witir, kemudian saya tidur kembali….boleh ker?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah baik sekali rmryne lakukan qiamulail.. dibolehkan tidur semula tapi janganlah terlepas Solat Subuh pula… Alang2 kalau dah hampir ke waktu Subuh eloklah perbanyakkan zikir dan membaca Al-Quran.

      Reply

  36. Posted by Ali Hassan H on 23/10/2012 at 4:32 pm

    Assalamualaikum wr wb.

    Alhamdulilah bersyukur sangat2 atas nikmat yang Allah Swt telah berikan kepadaku sebagai hambanya yg lemah ini. Dalam sebulan, Alhamdulillah saya terlepas satu atau dua malam sahaja solat Tahajjud disebabkan terlalu penat disiang hari walaupun disunatkan tidur sekejap sebelum Zuhur atau kerana outstation. Rasanya solat Tahajjud ni semacam kemestian pula, insyaAllah jika aturannya diikuti dengan ikhlas Lilahitaala. Soalan saya ialah,
    1. Adakah dibolehkan saya membaca 100 kali “Subahanallah maalikul Quddus” barulah berdoa?
    2. Saya bercadang mengamalkan 2 rakaat solat witir selepas solat Isya dan selepas solat Tahajjud baharulah saya selasaikan baki 1 rakaat itu. Bagaimana kiranya saya tak terbangun malam solat Tahajjud untuk cover baki solat witir satu rakaat tu?

    Jazakallahu Khairan.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Alhamdulillah, amat baik sekali kerana kita sememangnya digalakkan memperbanyak menyebut Asma2 Allah sebelum mengemukakan permohonan doa…
      2. Tiada dua Witir dalam satu malam..Sekiranya Ali berhasrat melakukan solat Tahajjud dirikanlah Solat Witir 3 rakaat di akhirnya dan sekiranya risau tak terbangun malam adalah disarankan buat Witir 3 rakaat selepas solat Isyak. Andainya tidak terjaga…tidur tersebut adalah bonus dari Allah SWT dan ianya boleh diqadha selepas Solat Subuh.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  37. MASYALLAH… syukran ustaz.. setelah lama saya mencari info berkenaan solat shafar maka malam ini saya mendapat jawaban nya. ustaz ada nyatakan bahwa solat shafar ini dilakukan sebelum berpergian.. tapi sebelum iini saya sering melakukan solat tahajud 8 rakaat, kemudian solat shafar 2 rakaat dan diikuti solat witir 1 rakaat.. tetapi tidak lah saya sentiasa berpergian pada keesokkan hari nya. bagaimana tu ustaz..

    adakah boleh saya tetap mengamalkan solat shafar ini..

    syukran..

    Reply

    • Alhmdulillah.. Sebaiknya Azian lakukan Solat Sunat Safar hanya ketika hendak berangkat memulakan perjalanan.. Azian tak perlulah melakukannya jika tidak berpergian.

      Daripada Abu Hurairah; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

      إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

      “Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan mencegahmu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangmu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.” (HR Al-Bazzar; dinilai sahih oleh Al-Albani)

      Eloklah diagihkan Solat Tahajud 8 Rakaat tu kepada 2 rakaat Solat Tahajjud, Taubat, Hajat dan Istikharah kemudian diikui dengan solat witir 3 rakaat dengan 2 salam.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  38. Posted by anum on 30/10/2012 at 12:26 pm

    salam, merujuk pada hadis:

    Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).”

    merujuk kepada hadis diatas, berkenaan dengan puasa sunat 3 hari. adakah dilakukan 3 hari berturut atau diselang-selikan hari tersebut? minta penjelasan.

    terima kasih

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh dilakukan 3 hari berturut2 atau berselang hari.. seafdalnya Anum berpuasa pada hari putih iaitu 13, 14 & 15 bulan hijrah atau berpuasa sehari di awal, tengah dan hujung bulan. Boleh juga berpuasa pada hari Isnin dan Khamis..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  39. Posted by muhammad kamarul on 02/11/2012 at 11:12 am

    Assalamualaikum,

    Sebelum ni, saya ada sembahyang witir tapi tidak membaca doa qunut terutama malam biasa (bukan ramadhan). Tolong ustaz, saya dah rasa keliru apa yang dikerjakansebelum ini.

    terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Doa Qunut dalam Solat Witir hanyalah disunatkan saja.. solat Muhammad tetap sah.

      Reply

  40. Posted by anna on 15/11/2012 at 12:10 am

    Salam..nak tnya sahkah solat 5waktu klu tdk melakukn solat witir & setelah beri salam pda rakaat ke2 dan bngun untuk 1rakaat pada rakaat ke3 perlukh bgi salam..
    Mohon penjelasan..wasalam

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Solat 5 waktu adalah solat wajib yang tidak boleh ditinggalkan, manakala solat witir pula adalah sunnah yang tidak pernah diabaikan Baginda Rasulullah SAW..

      Ali radhiallahu’ anh:

      عَنْ عَلِيٍّ قَالَ الْوِتْرُ لَيْسَ بِحَتْمٍ كَصَلاَتِكُمْ الْمَكْتُوبَةِ وَلَكِنْ سَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

      Solat Witir tidaklah wajib seperti solat yang difardukan ke atas kamu, tetapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

      Abu Darda’radhiallahu’ anh yang berkata:

      أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُبِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ

      Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum mengerjakan solat witir. (Hadis riwayat Imam Muslim)

      2. Anna boleh dilakukan Solat Witir 3 rakaat sekaligus dengan 1 salam atau dipisahkan dengan 2 salam iaitu buat 2 rakaat dan diakhiri dengan memberi salam, kemudian berdiri untuk lakukan satu rakaat lagi dan wajib disudahi dengan salam juga.

      Reply

  41. Posted by dila on 16/11/2012 at 4:13 pm

    Assalammualaikum,

    Saya ada soalan yang ingin ditanya, selepas solat isyak, saya tidak membuat solat witir kerana saya berhasrat untuk bangun pada malam hari untuk sembahyang tahajjud, hajat dan lain-lain tapi xterbangun..jadi perlu ke Qada’ pada waktu sembahyang subuh dan bacaan tetap sama atau lain?
    Minta dapat penjelasan, kerana masih bertatih dlam mencari ilmu..Terima Kasih kepada tuan punya blog..

    Reply

  42. assalamualaikum, saya masih tidak beberapa paham cara solat dari niat lepas tu di ikuti dengan rakaat pertama, selepas itu ? tolong tunjuk ajar 🙂 semoga ALLAH memberkati kebaikan tuan .

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Arin lakukan seperti solat sunat 2 rakaat yang lain dengan bacaan seperti yang disarankan sehingga memberi salam, kemudian berdiri semula dan berniat untuk sambung satu rakaat lagi sehingga selesai salam.

      Reply

  43. Posted by atiqahSaffri on 16/12/2012 at 11:57 pm

    Assalamualaikum , kalau selepas salam rakaat kedua perlukah sapu muka sebelum berdiri semula? kerana sudah terbiasa .. mohon penjelasan ..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Adalah sunnah menyapu muka setiap lepas salam..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  44. Posted by Muhammad azrol on 18/12/2012 at 10:06 pm

    السلام علبكم
    Ustaz….sy ingin btnya….
    sdh hmpir 2 bln sy melakukn solat witir…
    slma sy mlakuknnya sy wat pekara yg sma shgga skrg…iaitu pd salam 2 rakaat ptma sy mbaca surah al-asr dan al-kafiron, salam 1 rakaat t’akhir sy mbaca surah 3 kul…sesudah itu sy mbaca wirid yg ptma 3x dan kdua 3x seperti ttera d atas dan terus sambug wirid seperti selepas solat fardu shgga la b’akhir dgn zikir…kemudian sy mbaca doa solat witir yg bmula pbuka doa(mbaca dlm bahasa arab)kemudian d teruskn dgn doa yg ustaz berikn d atas(mbaca dlm bahasa melayu)dan d smbug dgn penutup doa(mbaca dlm bahasa arab)…
    P/s: ada kh solat sunat witir sy sah selama sy lakukn dgn pekara yg sma seprti yg sy nyatakn d atas???

    Reply

  45. maaf.. saya ingin bertanya.,
    bukankah solat witir hanya 1 rakaat sahaja..
    kenapa dalam niat ada menyebutkn 2 rakaat?+

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebenarnya Solat Witir boleh didirikan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Rasulullah SAW sendiri melakukan sebanyak 11 rakaat. Ianya dilakukan dengan memberi salam pada setiap dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau Solat Witir boleh dilakukan atau diakhiri dengan 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).

      Daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:

      فَلَمَّا سَنَّ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَخَذَهُ اللَّحْمُ أَوْتَرَ بِسَبْعٍ

      “…Setelah Nabi Allah shallallahu ‘alaihi wasallam semakin tua dan tubuhnya semakin gemuk baginda mengerjakan Witir dengan tujuh rakaat…” (Hadis riwayat Imam Muslim)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

    • Posted by JR on 21/06/2013 at 8:09 am

      jika witir 1 rakaat tu kita boleh niat 1 rakaat sahaja. Wallahu A”lam Bish Shawab

      Reply

  46. Posted by emma on 27/12/2012 at 9:33 am

    assalamualaikum..semoga kita semua berada didalam rahmat Allah yang maha Esa..saya tertarik dengan perkongsian diblog ini kerana banyak ilmu yang boleh dipelajari..sesuai dijadikan rujukan bagi memperelokkan amal ibadah kepada Allah S.W.T…saya juga mminta izin untuk mengamalkan segala ilmu yg dikongsikan di blog ini ye…semoga Allah memberkati segala amal kebaikan yang sdr@ustaz lakukan..amin…..[terima kasih.]

    Reply

  47. Posted by Fadhilah bt Ishak on 31/12/2012 at 5:10 pm

    Assalamualaikum ALHAMDULILLAH telah disalin untuk diamalkan. Syukran atas perkongsian yang sangat bermanfaat.

    Reply

  48. Posted by nur nabillah on 10/02/2013 at 2:48 pm

    assalamualaikum ustz.. niat untuk rakaat yg ke 3 dengan dua rakaat sebelumnya tu sama ke ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Berbeza… Ukhti Nur Nabillah lihat lafaz niat pada no 1 dan 4 di atas…

      Reply

  49. Posted by Ary TheFreezeSwing on 12/02/2013 at 1:30 am

    bagaimana klau sholat witir yg 2 raka’at surat pendek nya yg lain

    Reply

  50. Posted by imah on 22/02/2013 at 1:13 am

    askm ustad dsini sya ingin brtnya ble ke kta membaca wirid solat witir serta doa2 hingga ke akhir penutup solat ni kta bcaa dlm bhs melayu ? T.ksh

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selepas beri salam dibolehkan membacanya dalam bahasa ibunda…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  51. Posted by amran on 12/03/2013 at 6:04 am

    Assalamualaikum ustaz…saya pernah terbaca dalam satu buku yang menyatakan bahawa jika kita telah melakukan solat witir selepas isyak sebanyak 3 rakaat kerana kita khuatir tidak sedar utk bangun bertahajjud…tapi jika bangun bertahajjud sebelum subuh,kita boleh mengakhiri solat mslam itu dgn 2@4 rakaat witir kerana ia dikira jumlahnya adalah bersamaan dgn 7 rakaat(3 rakaat selepas isyak tadi dan 4 rakaat selepas tahajjud tadi)…. Bolehkah dibuat begitu ustaz?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

      لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ

      “Tidak ada dua Witir dalam satu malam.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no.1227.)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  52. Posted by Fiza on 25/03/2013 at 4:50 am

    assalamualaikum…
    kepada admin…saya mohon agar menghalalkan segala maklumat..kerana saya copy ke dalam word utk dicetak..bagi memudahkan pembacaan….

    Reply

  53. Posted by syahrilyaakob on 10/04/2013 at 11:05 am

    Salam dan sekalung ucapan terima kasih kepada saudara atas info solat yang berguna ini.. Semoga saudara dimurahkan rezeki oleh Nya..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amiiin… Jazaakillaahu Khair…
      Selamat beramal…

      Reply

  54. Posted by roni fazrin on 24/04/2013 at 12:07 am

    Terimakasih atas ilmu nya semoga bermanfaat bagi keseluruhan umat dan terutama diri saya sendiri
    AMIN.

    Reply

  55. boleh ke solat witir hanya 1rakaat je…selepas hanya baca
    1-niat
    2-takbir
    3-al-fatihah
    4-rukuk
    5-iktidal
    6-sujud
    7-duduk antara dua
    8-sujud ke dua
    9-takhiyat akhir

    dan apakah fadilaatnya..dan boleh kan saya buat perkara ni setiap hari,hanya 1rakaat je?

    Reply

  56. Posted by kay on 03/06/2013 at 5:02 pm

    bolih kah melambatkan solat isha’ ia itu saya tidur dulu dan bangun terus melakukan nya berserta solat Tahajud & solat witir 1 rakaat

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh melewatkan solat Isyak hingga sebelum tengah malam… Jika tidur dulu, dibimbangi kita berhutang solat tersebut andai dipendekkan umur..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  57. boleh nak copy paste? tuk saya hafal
    insyaAllah bermanfaat

    Reply

  58. salam … ustaz saya ada soalan yang hendak diutarakan. bolehkah selepas solat sunat witir saya menbaca wirid solat sunat witir dan doa-doa sehingga penutup dalam bahasa melayu serta menlihat buku …. adakah dibolehkan dan sah solat saya

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh.. sah solat tersebut.

      Reply

  59. bolehkah saya membaca doa selain doa di atas untuk mengerjakan solat witir?

    Reply

  60. Posted by suriyati on 22/06/2013 at 11:22 am

    salam,

    saya mtk izn copy paste

    Reply

  61. ASsalamaualaikum..
    saya nak tanye kan solat witir buat dalam rakaat yang ganjil kan?kalau saya nak buat 1 rakaat sahaja boleh?sebab nampak macam 3 je paling sikit…terimakasih.. 🙂

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh… tapi berusahalah pertingkatkannya kepada 3 rakaat…

      Daripada ‘Abdullah bin ‘Umarradhiallahu’ anhuma, dia berkata:
      “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  62. Posted by khairul on 27/06/2013 at 8:21 pm

    salam,minta copy paste

    Reply

  63. Posted by khairul on 27/06/2013 at 8:26 pm

    salam,adakah semasa membaca qunut witir diwajibkan mengangkat tangan?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tidak wajib, hanya suatu sunnah..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  64. Posted by roslan bin ahmad on 27/06/2013 at 9:11 pm

    Assalamualaikum saya nak tanya solat witir 1 rakaat,selepas baca al fatihah kena baca salah satu dari 3qul kew kena baca tiga-tiga sekali?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh dipilih samada dibaca ‘Surah Al-Muawwizat’ (3 Qul) atau sekadar Surah Al-Ikhlas…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  65. oh okey insyaallah..terimakasih.. 🙂

    Reply

  66. alhamdullilah… trm ksh atas segala info2 d’atas.. semoga Allah tebalkn iman empunya blog ni, smoga Allah luaskn ilmu empunya blog ni dn smoga Allah murahkn rezeki dunia dan akhirat.. amin 🙂

    Reply

  67. assalamu’alaikum ustaz, sya nk tnya 2 soalan..
    1) Apa bezanya solat sunat fajar dgn solat sunat sbelum subuh..

    2) Bila kita smp kt msjid sblum azan masa time subuh, boleh ke kita solat sunat tahiyatul masjid 2 rakaat dn solat sunat fajar 2 rakaat. slepas azan kita solat sunat sblum subuh..? mohon penjelasan.. trm ksh 🙂

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1) Perkaranya sama, nama saja berbeza.
      2) Solat Sunat Tahiyyatul Masjid boleh dilakukan pada bila2 masa tanpa mengira waktu, sebaik saja melangkah masuk ke dalam bangunan masjid.
      3) Solat Sunat Subuh/Fajar sah dilakukan bermula sebaik saja masuk waktu/azan dan sehingga sebelum dirikan Solat Fardhu Subuh. Solat yang sama tak perlu didirikan 2 kali.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  68. Posted by Siti Hajar on 03/07/2013 at 9:52 am

    Assalamualaikum… saya ada satu persoalan. Jika waktu saya bangun di penghujung malam waktunya hampir solat subuh, solat sunat yg mn satu harus saya utamakan, solat witir atau solat tahajjud?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Lakukanlah Solat Sunat Witir.

      Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

      اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.

      “Jadikanlah Solat Witir sebagai solat terakhir kamu pada malam hari.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari r.a.)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  69. Posted by JR on 05/07/2013 at 8:07 am

    As Salam Ustaz, Alhamdullilah saya di beri kekuatan utk melakukan solat sunat witir dan malam . Biasa nya selepas Solat Isyak saya akan buat Solat sunat witir 1 Rakaat dan 1 Salam. Adakalanya saya buat terus 3 rakaat satu salam. Kalau saya sudah laksanakan solat sunat witir tersebut biasanya saya tidak buat sunat witir selepas solat malam dan kalau tidak buat selepas isyak saya akan buat solat sunat witir selepas solat malam. Bagaimana tu Ustaz.

    Bolehkan saya menambah rakaat lagi untuk solat sunat witir ini memandangkan kita boleh melaksanakan 1,3,5,7,9 sehingga 11 rakaat. Wassallam.

    Reply

    • Assalamualaikum Ustaz
      Sy ada kemusykilan sedikit ttg tahiyat awal dan akhir dlm solat witir adakah kita perlu membaca tahiyat awal dan akhir dalam solat witir .
      Dan doa qunut perlu dibaca semasa bila ?

      Reply

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Dalam solat witir tidak perlu dibaca tahiyyat awal tetapi tahiyyat akhir wajib dibaca sebelum salam… jika tidak, batal solat tersebut. Dan doa qunut perlu dibaca selepas bangkit dari rukuk, terakhir sebelum melakukan sujud.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  70. Posted by KakNor on 10/07/2013 at 11:22 am

    Assalamualaikum Ustaz,

    Pada rakaat kedua solat Witir kita akan baca tahiyat akhir, dan pada rakaat terakhir juga kita akan baca tahiyat akhir. Betul ke fahaman saya itu??

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jika dilakukan sekali gus 3 rakaat solat Witir, pada rakaat kedua tidak perlu dibaca tahiyat dan hanya baca tahiyat akhir pada rakaat terakhir saja. Iaitu tahiyat akhir hanya dibaca sebelum salam pada setiap solat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  71. Posted by najwa on 10/07/2013 at 12:10 pm

    salam.. tumpang tanya.. bolehkah kita menangguhkan solat sunar witir yg dilakukan setiap hari selepas terawih sbg penutup solat dibulan ramadhan dengan hanya melakukanny sekali sebanyak 3 rakaat dipenghujung ramadhan iaitu diakhir bulan puasa?..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jika boleh Ukhti Najwa berusahalah dirikan Solat Witir setiap malam.

      Abu Hurairah pernah berkata: “Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah melakukan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat Awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  72. Posted by IzatFres on 10/07/2013 at 9:37 pm

    Assalamualaikum ya Ustaz,
    Saya nak bertanya bolehkah Solat Sunat Witr boleh dilakukan dengan berjemaah?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  73. Posted by Nasuha on 10/07/2013 at 10:11 pm

    Assalamualaikum, tadi saya terlewat ke surau, sampai sahaja, semua tengah solat fardhu ishak. saya tak pasti mereka pada rakaat ke berapa, kerana terlalu panik, saya terus masuk saf. rupanya mereka pada rakaat terakhir. saya bangun sebelum salam dan teruskan 3 lagi rakaat. boleh ke macam tu? lepas tu saya tak pasti solat ishak saya sah atau tidak. belum sempat apa-2 , mereka dah mula solat tarawih. saya solat macam biasa. berakhir dengan solat witir. witir kena solat last sekali kan? kalau ishak saya tak sah.. solat sunat tarawih saya malam ni macam mana? apa yang saya patut buat??? p/s : saya tak berapa arif tentang ini. harapkan sangat jawapan yang membantu. terima kasih 🙂

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kesemua solat tersebut tidak sah…

      1) Terbatal solat Isyak kerana Ukhti Nasuha telah bangun sebelum imam beri salam dan dikira mendapat satu rakaat pertama tersebut sekiranya sempat bersama imam sebelum imam bangkit dari rukuk.
      2) Walaupun imam telah mulakan Tarawih…mesti diselesaikan dahulu solat fardhu Isyak tersebut dan solat Tarawih boleh dilakukan selepasnya.
      3) Qadha semula solat Isyak tersebut.

      p/s: Bukan ‘solat fardhu ishak’ tapi solat fardhu ‘Isyak’.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by Nasuha on 12/07/2013 at 3:28 pm

        owwwhhhh.. 😦 okey, baiklah. terima kasih, sangat-sangat membantu. Solat fardhu Isyak .. 🙂

  74. Posted by MujahideenMYM on 11/07/2013 at 4:57 am

    ustaz,kurg jelas mngenai satu rakaat,,boleh ker buat 1 rakaat je ?dan kalau boleh,adakah kita perlu membaca ‘Surah Mu’awwizat’ ?

    Reply

  75. Posted by ehsan on 11/07/2013 at 9:31 am

    Assalamualaikum..

    sy ada sedikit pertanyaan tentang solat witir ni,
    boleh kew kita baca surah selain surah2 diatas.?
    contohnya surah kafirun atau wal as kew?

    Reply

  76. Posted by john on 11/07/2013 at 10:49 am

    Assalamualaikum Ustaz,

    Selepas terawih raakat ke-8, saya ingat imam sambung terawih hingga ke 20, maka saya niat solat terawih pada rakaat ke-9 dan 10 sedangkan imam solat sunat witir.

    Maka lepas imam abis solat witir baru saya tahu imam dah solat witir 2 rakaat tadi, maka saya ikut imam solat witir 1 rakaat yang terakhir, tapi saya nak solat witir 3 rakaat, maka boleh ke saya solat 2 rakaat witir sebagai solat terakhir ?

    sebagai kesimpulan,

    1) boleh kah solat witir 3 rakaat dengan mendahulukan 1 rakaat dahulu kemudian 2 rakaat ? atau perlu mengakhiri dengan ganjil iaitu 1 rakaat ?

    2) andai saya telah buat secara terbalik seperti case di atas, apa perlu saya lakukan ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1) Walaupun rakaat tunggal dituntut mengakhiri solat witir, solat tersebut tetap sah.
      2) Bagi mendapatkan pahala berjemaah.. Niatkan 2 rakaat witir mengikut imam.. selepas imam beri salam, Akhi John bangun untuk rakaat kedua sehingga salam dan ditambah satu rakaat lagi untuk witir terakhir.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  77. Posted by naim on 11/07/2013 at 11:00 pm

    Assalamualaikum ustaz , x salah kan kalau biasanya kita solat terawih 8 rakaat dan di akhiri dengan solat witir 1 rakaat .

    Reply

  78. Posted by najwa on 13/07/2013 at 7:04 pm

    assalamualaikum.. teima kasih ustaz diatas penerangan yang diberikan.. insha allah selepas ini saya akan melakukan solat sunat witir setiap malam..

    Reply

  79. Posted by hana on 14/07/2013 at 5:16 am

    salam..tadi saya solat teraweh berjamaah,kemudian solat yang last tu saya xperasaan rupenya witir 3 rakaat,saya niat td solat teraweh 2rakaat…mcm mne ye?adakah saya perlu buat witir sekali lagi…

    Reply

  80. Posted by hana on 14/07/2013 at 5:24 am

    salam..satu lg ustaz,saya solat teraweh 8rakaat n witir di masjid,boleh tak saya solat teraweh lg di rumah

    Reply

  81. afdol yang mana sholat tarweh 11 rokat atau 23 rokaat .
    semua boleh dilaksanakan , cuma yang 11 rokat ajaran rosulullah dan 23 rokaat dari umar bin khotob , kita mengikuti rosulullah atau kholifah yang beda pendapat . mohon penjelasan .

    Reply

  82. Posted by ctzaleha on 15/07/2013 at 2:01 pm

    aslm..sy ingin bertanya..seperti biasa selepas menunaikan solat terawih kita akan mnunaikan solat witir 3 rakaat.kemudian SEBELUM tidur,sy pula menunaikan solat sunat istiqarah @ solat sunat lain..Disini sy ingin bertanya.sperti yg satu tahu..solat witir penutup pd semua solat..jadi sah kah solat sunat sy yg sy lakukan.?kerana sy lakukan sebelum tidur..minta bantuan ustaz

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sah solat2 tersebut..dan akhirilah dengan 2 rakaat lagi solat witir sebagai penutupnya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  83. Posted by angah on 15/07/2013 at 10:41 pm

    saya tak pandai baca quran sebaik insan lain yang amat pandai dan hebat ..tapi setelah membaca artikel dari blog tuan saya ada sedikit memahami.. saya cuma ingin bertanya ada kah saya bersalah jika bila saya solat fardhu atau solat sunat lain saya hanya tahu baca alfatehah sahaja dan selepas solat pula saya hanya berdoa dalam bahasa melayu saya tidak pandai doa dalam bahasa arab . jika berdoa yang saya faham kita kena doa untuk nabi muhammad saw, diri sendiri, ibu bapa, kaum keluarga, umat islam sama ada masih hidup atau meninggal dunia adakah begitu caranya berdoa atau sebaliknya atau doa saya tidak betul kerana tidak berbahasa arab

    Reply

    • Ukhti Angah carilah guru Al Quran berhampiran yang dapat membimbing.
      Tepat sekali cara berdoa tersebut dan ianya boleh dalam bahasa apa pun…Allah Maha Mengetahui setiap permohonan hambanya.

      Reply

  84. Posted by zue on 16/07/2013 at 7:42 am

    assalam .. saya nk tanya ustaz .. sya solat witir baca ayat annas pada rakaat pertama dan ayat al ahad pada rakaat kedua sbb saya xhafal ayat al a’laa..dan solat 3 kul pada 1 rakaat terakhir tanpa membaca doa qunut .. .. xpa ka .. sah ka solat sya .. satu lagi bacaan doa qunut tu di baca selepas rukuk dgn berdiri tanpa mengangkat tgn takpa ker .. makaseh ustaz diatas keterangan .. semuga selepas ini saya dpt buat yg terbaik

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sah solatnya..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  85. Posted by Mushaddiq Qawi on 17/07/2013 at 12:54 am

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… saya ada pertanyaan. Saya ada terbaca satu komen mengatakan menyapu muka selepas salam adalah sunnah. Tapi saya ada terbaca menyapu muka selepas salam adalah bida’ah. Perbuataan yang sengaja ditambah didalam solat. Ini kerana Rasulullah SAW seringkali solat diatas tempat berair ataupun berdebu dimana setiap kali solat Rasulullah SAW akan membersihkan dahi dari kotoran. Minta penjelasan. Wallahualam ~ Hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Lagi satu berkaitan solat sunat witir. Sebagai contoh bulan Ramadhan. Saya solat witir berjemaah di masjid. Setibanya dirumah sebelum tidur saya ingin menunaikan solat sunat taubat. Adakah boleh begitu? Atau saya tidak perlu solat witir dulu, saya kerjakan solat sunat taubat kemudian solat penutup? Tapi bagaimana jikalau saya inginkan pahala witir jemaah? Bermakna saya kena buat pilihan samada solat sunat witir berjemaah atau solat sunat taubat kemudian solat sunat witir bersendirian? Jazakallahu khairan…

    Reply

  86. Posted by Farid on 17/07/2013 at 10:48 am

    minta izin copy zikir dan doa, dah terlalu lama bergelumang dalam dosa2 besar, harapan saya, tuan izinkan.

    Reply

  87. Posted by tatie on 19/07/2013 at 3:15 pm

    assalam…. sy mohon copy / print segala ilmu yg ada d blog ini utk panduan saya, keluarga dan rakan-rakan…. syukran jazilan…. smg segala ilmu yg ustaz berikan kepada kami dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT….. amin…..

    Reply

  88. Posted by Jambali on 19/07/2013 at 10:45 pm

    Salam..ustaz saya nak tanya yg mana lebih afdal…saya sembahyang sunat witir 2 rakaat mengikut iman selepas sunat tarawih dan lakukan 1 rakaat selepas sembahyang sunat malam atau melakukan sunat witir 3 rakaat 2 salam selepas sembahyang sunat malam.

    Reply

  89. Posted by sha on 21/07/2013 at 2:10 pm

    assalamualaikum…saya kurang faham cara mengerjakan solat witir ……tolong beri tunjuk ajar…:)

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Lebih mudah jika Sha ikut berjemaah Terawih di masjid dan perhatikan cara bagaimana melakukan solat Witir pada 3 rakaat terakhirnya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  90. Posted by Hisham fikri on 21/07/2013 at 10:25 pm

    Salam… bole x kalau sy da buat solat witir, pastu sy buat sunat istikharah?
    Terima kasih

    Reply

  91. sekiranya telah melakukan witir dimasjid, bolehkah melakukan solat-solat sunat lain apabila telah pulang ke rumah …

    Reply

  92. Posted by sya on 24/07/2013 at 10:27 am

    Assalamualaikum…adakah bacaan qunut witir sama bacaan qunut di dalam solat subuh? Terima kasih…

    Reply

  93. Posted by Jasni on 27/07/2013 at 10:24 am

    Assalamualaikum ustaz..
    kalau saya sembhyang satu rakaat sahaja selepas solat isyak..boleh ker?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sah solatnya…tapi usahakanlah buat 3 rakaat 2 salam…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  94. Posted by Hamba Allah on 29/07/2013 at 11:47 am

    Assalammualaikum tuan,

    mohon untuk copy untuk dibuat bacaa dan simpanan

    Reply

  95. Posted by irfan haziq on 31/07/2013 at 12:48 am

    saya tidak menghafal suraq al alaq namun ingin mengerjakan witir, adakah surah lain yang boleh dibaca?

    Reply

  96. Posted by Muazzam on 31/07/2013 at 12:53 am

    Assalamualaikum Ustaz,

    Boleh x jelaskn mksd d bwh;

    Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi dari Abu Hurairah: “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami(beriman).” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

    Adakah jika kita tidak berwitir akn d anggap x beriman…?

    Sekian.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      ‘..bukanlah dia termasuk golongan kami(beriman).’ Tidaklah bermakna sehingga terkeluar dari Islam, tetapi ia lebih bermaksud kepada golonggan soleh yang mengamalkan sunnah dan dikasihi Allah SWT.

      Rasulullah SAW bersabda:
      “Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  97. Posted by imran on 05/08/2013 at 10:25 am

    apakah hukum doa qunut dlm solat witir?? adakah ia wajib atau sebaliknya..mohon pencerahan

    Reply

  98. Posted by Radar makro on 07/08/2013 at 9:08 pm

    Assalamu’alaikum

    Reply

  99. Posted by Nash on 08/08/2013 at 8:58 pm

    Salam, apakah kelebihan membuat solat witir ni dari segi pahala atau duniawi. Misalnya dhuha agar dimurahkan rezeki, solat hajat agar dimakbulkan hajat, solat rawatib bagi menampung kekurangan dlm solat fardhu. Saya bertanya sebagai 1 motivasi agar dapat terus istiqamah.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Selain suatu sunnah, amat banyak kelebihannya antaranya seperti yang diterangkan pada awal post di atas.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  100. Posted by norashikin on 29/08/2013 at 10:08 pm

    Assalamualaikum…maaf saya ingin bertanya solat sunat witir ni boleh di lakukan setelah solat isya @ setelah solat tarawih.saya ingin bertanya adakah solat witir yg dilakukan pada tengahmalam itu di lakukan sebelum solat thajud @ selepas solat tahajud.kerana saya sering melakukan sebelum solat sunat tahajud.
    Saya perlukan penjelasan. Saya keliru…

    Reply

  101. Posted by norashikin on 29/08/2013 at 10:35 pm

    Assalamuailaikum,boleh tolong jelaskan satu persoalan,solat sunat witir yg d lakukan tghmlm itu dilakukan setelah solat sunat tahajud @ selepas solat sunat tahajud?saya keliru…

    Reply

    • بِسۡــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

      Setelah atau selepas membawa maksud yang sama iaitu lakukan Tahajjud dahulu kemudian baru Witir.
      Jika di bulan Ramadhan, Solat Sunat Witir boleh dilakukan selepas selesai Solat Tarawih.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  102. Posted by Norhayati binti Zambri on 09/09/2013 at 5:05 am

    Assalamualaikum. Sekiranya sy selesai solat sunat tahajud dan witir lebih kurang jam 5 pagi, adakah boleh saya terus sambung solat sunat fajar setelah selesai witir? Mohon saudara share cara2 solat sunat fajar memandangkan Nabi Muhammad s.a.w pun tidak pernah meninggalkan solat sunat fajar…. Terima kasih saudara, semoga Allah merahmati saudara dan seluruh keluarga. Amin.

    Reply

  103. Posted by khairul on 08/10/2013 at 3:05 am

    Salam..terima kasih ustaz berkongsikan ilmu yg penuh manfaat ini, semoga Allah SWT melimpahkan berkat dan rahmat buat ustaz dan keluarga. Saya melakukan solat witir ini secara bersendirian sebanyak 3 rakaat dan ingin menyuarakan soalan, iaitu 3 rakaat dan 1 salam,bagaimana itu ustaz? Pada 2 rakaat pertama selesai, Adakah selepas tahyatul (fil a’lamin na in na ka hamidul majid) beri salam seperti solat biasa atau terus bagun? Kemudian diteruskan pada satu lg rakaat(rakaat yg akhir) selepas tahyatul akhir di beri salam seperti biasa. Kelihatan disitu seperti 2 kali salam. Agak mushkil, harap ustaz bole memberikan penjelasan dan pandangan. Terima kasih

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Lakukan 3 rakaat terus-menerus tanpa tahuyyat awal dan hanya beri salam di akhir rakaat ke tiga.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • assalamualaikum. maaf saya kurang faham. Bukan kah di atas dinyatakan:

        3. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.

        terima kasih

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Dua kali bermaksud pada 2 waktu berbeza… di atas tu adalah satu solat witir tiga rakaat dengan dua salam.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  104. Posted by Nana on 18/10/2013 at 4:48 am

    Terima kasih

    Reply

  105. Posted by Hamba Allah on 28/06/2014 at 10:23 pm

    terima kasih…sangat membantu…Alhamdulillah!

    Reply

  106. Posted by anis on 01/07/2014 at 11:27 am

    untuk bacaan surah pada rakaat pertama, selain dari surah al a’laa, boleh tak baca surah lain?

    Reply

  107. Posted by SHAMSULDIRMAN IBRAHIM on 01/07/2014 at 8:49 pm

    Assalamualaikum ustaz. Perlukan pencerahan. Kebanyakan masjid dan surau melakukan solat tarawih 22 rakaat. Seperti yg sedia maklum kita boleh memendekkan kepada 8 rakaat. Jadi untuk solat sunat witir perlu kita lakukan terus atau boleh dilakukan dirumah kerana jemaah akan terus kepada rakaat seterusnya. Terima kasih ustaz.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Jika berkesempatan dan bagi meraih lebih pahala lakukanlah secara berjemaah di masjid.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by izzatazmir on 07/07/2014 at 1:35 pm

        السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

        Ada sebahagian ulama’ berpendapat sebegitu tetapi nas yang lebih kukuh, tidak perlu ada witir pembuka dan penutup lagi kerana solat Witir hanya sekali dalam satu malam.
        Sekiranya telah mengerjakan solat Witir selepas solat Tarawih atau pada awal malam iaitu sebelum tidur, dan seseorang itu terjaga pada sepertiga malam yang akhir maka dia hanya boleh melakukan solat sunat2 yang lain dan tidak boleh melakukan sekali lagi solat Witir. Ini adalah kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
        لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
        “Tidak ada dua Witir dalam satu malam.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).

        Ustaz..berkenaan kenyataan ustaz spt diatas..sy kurang faham sikit. Izinkan sy utk memahami nya..

        Andaikata sy telah menunaikan solat witir bersama dgn imam semasa terawih..dan sy bangun malam utk berqiamulail..adakah perlu sy solat witir semula sebagai penutup kepada solat sunat malam sy?

        1) …jikalau sy faham tentang penjelasan ustaz diatas, solat witir tak perlu lg krn sudah ditunaikan semasa terawih td..ATAU

        2) ada penjelasan / pendapat lain menyatakan, perlu lakukan juga witir 2 rakaat atau lebih cuma yg SATU rakaat tidak perlu diulang kerana telah ditunaikan smasa terawih tadi yg mana menyokong hadis diatas kerana WITIR itu GANJIL.

        Adakah hadis diatas bermaksud cuma yg GANJIL@WITIR shj tidak perlu ditunaikan manakala 2 rakaat witir dibolehkan? tak perlu jadikan 3,5,7 dan seterusnya..

        Maafkan sy akan kecetekan ilmu sy..sy dgn rendah diri meminta izin utk memahami perkara ini..Terima kasih

        والله أعلم بالصواب

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

        Mengenai persoalan dikemukakan, terdapat 2 pendapat ulamak:

        1) Setelah berjemaah di masjid, solat Witir tidak perlu diulangi lagi selepas Tahajjud.
        2) Dibolehkan menambah solat Witir sehingga 8 rakaat lagi supaya menjadi 11 rakaat pada bangun Tahajjud dengan syarat sewaktu 3 rakaat witir berjemaah di masjid, hendaklah diniatkan dengan ‘mukadimmah witir’. Maka bolehlah dilakukan sekali /2 /3 atau 4 kali lagi solat witir 2 rakaat.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  108. Posted by achik on 03/07/2014 at 10:49 pm

    Asalamualaikum,
    Kalau sorang tu baru bertaubat, dia kena qadha balik solat2 dia yang dia tinggal dulu kan?? Soalan saya, boleh tak saya qadha solat isyak saya selepas solat sunat witir. Yang kedua, boleh tak saya qadha solat subuh saya lepas saya solat subuh. Yang ketiga, boleh tak saya qadha solat asar selepas saya solat asar.. Ataupun, time mane yang paling elok utk qadha solat2 lima waktu tu.. Terima kasih.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Ya dan boleh.. untuk kesemua persoalan tersebut. Tiada waktu haram bagi solat qadha…
      Waktu terbaik adalah sekarang… jangan ditangguh mengqadhakan solat wajib yang ditinggalkan kerana kita tidak dapat menjangka penamat usia kita tambahan dalam keadaan berhutang dengan Allah SWT.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  109. Posted by Siti sahu on 07/07/2014 at 10:25 pm

    Assalammualaikum ustaz sy ingin tahu bolehke sy sembahyang witir 2 rakaat mengikut imam semasa tarawih dan selepas tu satu rakaat mesti buat sendiri atau boleh mengikut imam?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Ikutlah imam bagi meraih pahala berjemaah…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  110. Posted by mariam on 08/07/2014 at 5:38 pm

    Assalamualaikum..saya ade stu soalan..lepas tarawih kite akan buat sekali solat sunat witir kn..kalau selepas itu di rmh.. saya nk solat sunat hajat sevelum saya tidur..mcm mne tu??sebab ada kawan saya cakap sebelum sya buat solat sunat tu..saye kena solat witir satu rakaat untuk batalkan solt witir tdi baru saya boleh solat sunat hajat

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Dibolehkan melakukan solat2 sunat yang lain tanpa berwitir lagi.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  111. Posted by Aida Nora on 10/07/2014 at 1:28 pm

    Assalam…

    saya ingin bertanya, bolehkah kita hanya mengerjakan solat sunat witir hanya 1 rakaat sahaja selepas mengerjakan solat sunat tahajud sedangkan dalam FB ustaz seolah-olah kita kena buat solat sunat witir 3 rakaat dengan 2 kali salam. Mohon pencerahan.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Disarankan witir 3 rakaat 2 salam kecuali ketika kesuntukan waktu, diharuskan dengan 1 rakaat sahaja.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  112. Posted by siti nurhuzalifah on 16/07/2014 at 12:51 pm

    asalamualaikum saudara..ana nk tnya doa qunut yg dibaca pada rakaat terakhir witir adakah pada bln ramadhan sahaja..?hari2 lain selain ramadhan boleh..??mohon penjelasan..syukran jazilan

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Dibolehkan pada hari2 lain… terutama dalam usaha jihad membantu saudara kita di Gaza Palestin yang dibom kini.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  113. Posted by StudentForever on 17/07/2014 at 10:52 pm

    Assalamualaikum..

    Saya bercadang untuk bangun solat tahajud, taubat & solat sunat lain dalam bulan Ramadan. Selepas solat terawih berjemaah, apakah cara terbaik yang perlu saya lakukan sama ada witir bersama imam atau witir di akhir solat sunat nanti? Sbb sy keliru terhadap kenyataan;
    – Ikutlah imam bagi meraih pahala berjemaah…
    – sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama

    Terima kasih Ustaz..

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Untuk diperhatikan oleh para malaikat, kita boleh lakukan solat2 sunat yang lain. Dan bagi meraih pahala berganda ibadah sepanjang malam hendaklah kita menuruti imam sehingga selesai.

      “Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].

      Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda”. [Riwayat Bukhari dan Muslim].

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  114. Posted by yusuf on 19/07/2014 at 9:39 am

    As.. Sy mw nanya apakah shalat witri bisa di kerjakan bukan bulan ramahan.???? Trms..

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menekankan perlaksanaan solat Witir ini pada setiap malam sebagaimana wasiat Baginda kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh yang berkata:

      “Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum mengerjakan solat witir.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  115. Posted by fadli on 22/07/2014 at 3:42 am

    Salam. Izinkan sy bertanya. Sy bangun sepertiga malam. Bolehkah selepas solat isyak, saya kerjakan 2 rakaat solat tahajud & kemudian penutup mlakukan 1 rakaat witir? ( 2 tahjud + 1 witir shaja )

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      1. Solat Isyak seafdalnya dilakukan sebelum masuk tidur, sebelum tengah malam.
      2. Solat Tahajjud mesti didirikan setelah tidur malam.
      3. Seafdalnya Solat Witir dilakukan sekurang2nya 3 rakaat kecuali kesuntukan waktu diharuskan dengan 1 rakaat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  116. Posted by ira on 24/07/2014 at 4:53 am

    Saya tak sangka begitu besar fadilat sunat sunat witir ni. Semoga kita terus istiqomah.

    http://Www.momsmilkyway.com

    Reply

  117. Assalam…sa mau tanya ,kalau kita solat sunat witir selepas terawih,selepas itu bangun sepertiga malam untuk solat sunat tahjjud,x payah witir sebab witir hanya sekali kn??

    Reply

  118. Posted by Ameer on 24/07/2014 at 7:52 pm

    Harini saya nak buat solat witir . 🙂 Harini hari pertama dan harap2 lah hari ini malam Lailatul Qadar. Insyaa-Allah Alhamdulillah

    Reply

  119. Posted by Suraya Salleh on 12/04/2015 at 8:20 pm

    Salam., mohjon izin copy dan share ye 🙂

    Reply

  120. Posted by Ahmad Qusyairi bin Mohamad on 14/07/2015 at 6:11 am

    Trm ksh kerna mmberi info yg sgt2 brguna

    Reply

  121. Posted by Ani on 18/06/2016 at 5:21 am

    Assalmulaikum..saya nk bole solat witir ni dlakuk da msk solat subuh

    Reply

Leave a comment