Ayat Tujuh ~ Hindari Bencana

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Ayat Tujuh juga dipanggil  ‘Ayat Munjiyat’ adalah terdiri daripada 7 ayat yang diambil dari beberapa surah dalam Al Quranul Karim. Ayat ini telah diamalkan oleh para alim ulama’ sejak dahulu lagi yang mana ianya turut terkumpul dalam kitab ‘Majmu’ syarif’.

.

Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat yang dikenali sebagai ‘Ayat-Ayat Pelindung & Penyelamat’ ini juga baik sekali dibaca dan diamalkan. Ia telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirrin r.a. sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesusahan dan kesulitan.

.

.

Ayat Pelindung Diri

Ayat Tujuh ini biasanya diamalkan sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri dan pelindung dari pelbagai kesukaran, kesulitan dan kesusahan, serta untuk melepaskan diri dari masalah. 7 ayat penyelamat ini hendaklah diamalkan pagi dan petang, setiap hari. InsyaAllah antum akan dapat pertolongan Allah SWT apabila menghadapi sebarang masalah, kesusahan dan akan terselamat daripada sebarang bencana dan malapetaka, pada masa kini dan akan datang.

.

.

Ayat Tujuh

.

1. Surah At Taubah ayat 51

9:51

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”

.

2. Surah Yunus ayat 107

10:107
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia melimpahkan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

.

3. Surah Hud ayat 6

11:6

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah jualah yang memberi  rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”

.

4. Surah Hud ayat 56

11:56

“Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu!  Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.”

.

5. Surah Al Ankabut ayat 60

29:60
“Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak  (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendir, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

.

6. Surah Al fathir ayat 2

35:2

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.”

.

7. Surah Az Zumar ayat 38

39:38
“Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah bertawakkalnya orang-orang yang mahu berserah diri.”

.

.

.

Fadhilat Dan Khasiat Ayat Tujuh

Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:

.

  1. Penangkal Sihir
  1. Menyerikan wajah
  1. Ditunaikan segala hajat
  1. Membawa keberkatan
  1. Dicatat pahala yang banyak
  1. Dijauhkan dari gangguan iblis
  1. Terpelihara dari tipu daya musuh
  1. Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.

.

.

Menurut Ka’abul Akhbar:

Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT.

.

.

Berkata Syaidina Ali r.a.:

  • Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.

.

  • Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), InsyaAllah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah serta dimudahkan dan  dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

.

  • Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, InsyaAllah akan memperolehi faedah yang amat banyak.

.

  • Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, InsyaAllah akan dimudahkan sakaratulmaut dan bakal memperolehi pahala yang besar.
.
  • Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.

.

  • Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.

.

.

Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.

.

Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat Manzil dan Syifa’ untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.

35 responses to this post.

  1. Alhamdulillah…bermanafa’at….blog ini seolah-seolah sebuah buku agama yang lengkap..

    Reply

  2. Posted by Abu Al-Mahi on 19/03/2012 at 12:30 am

    maaf… ada dalil dalam memanfaatkan ayat2 ni tak?

    Reply

    • Assalamualaikum Abu Al-Mahi…
      Ayat 7 atau Ayat Munjiyat ini tiada dalil khusus dari Rasulullah SAW, tetapi ianya tidak salah diamalkan seperti mana Ayat Seribu Dinar, Ayatul Syifa’ dll. Ia telah diamalkan oleh para sahabat, alim ulama’ dan ahli sufi sejak dahulu lagi yang mana ianya turut terkumpul dalam kitab ‘Majmu’ syarif’.

      Reply

  3. Posted by hawa on 12/04/2012 at 11:43 am

    Setuju — sy juga ada amalkan ayat2 TUJUH ni samada slps solat MAGHRIB @ SUBUH,kita akan rasa lebih tenang dan selamat…insyaALLAH…

    Reply

  4. Posted by Muhamad Amin on 16/04/2012 at 11:52 pm

    Saya sungguh kagum dngan ayat2 suci Al-QUR’AN

    Reply

  5. Posted by ibumimi on 24/05/2012 at 4:26 pm

    mohon untuk diamalkan

    Reply

  6. Posted by Iffah on 19/07/2012 at 12:26 pm

    Suka dengan perkongsian ilmu…masih mencari untuk jadi yg lebih baik…

    Reply

  7. Posted by hafiz on 14/08/2012 at 12:08 pm

    assalamualaikum..mohon ijazah menjadi amalan diri

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tak perlu ijazah, semuanya hak Allah SWT..ana cuma penyampainya saja…tapi sebagai menghargai ilmu dan membudayakan berdoa bagi saudara seMuslim serta mensejahterakan ummah, Sdr.Hafiz hadiahkanlah bacaan al-Fatihah dan doakan agar ana sentiasa beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berdoa seorang Muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  8. Salam tuan,

    Bilamana membaca 7 ayat ini bolehkah diseragamkan iaitu dengan hanya satu Bismillah atau setiap satu ayat dimulakan dengan Bismillah? Bolehkan 7 ayat ini dibaca semasa sujud akhir dalam solat sunat hajat selain dibuat zikir amalan harian. Ingin jadikan pedoman melalui halaman tuan.

    Jazakallahu Khairan Kathiran…

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh dengan hanya satu Basmallah saja.. Terdapat hadis yang melarang membaca ayat al-Quran kettika rukuk dan sujud, maka sebaiknya bacalah selepas memberi salam Solat Sunat Hajat tersebut.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  9. mohon share ye… Jzkk

    Reply

  10. Salam, mohon keizinan untuk mengamalkannya.

    Reply

  11. Posted by Bustami Nasrun on 28/11/2012 at 2:47 pm

    Assalamu’alaikum Wr.Wb, mohon keikhlasan dan keizinannya untuk mengamalkannya. Terima kasih.
    Wassalam,

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semoga Bustami beristiqomah dalam beramal… sebarkan juga kepada rakan2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini…

      Reply

  12. Posted by adne on 21/01/2013 at 9:58 am

    Pohon utk diamalkan.tq

    Reply

  13. Posted by dar on 22/01/2013 at 9:52 pm

    salam…mohon izin mengamalkanya dan mndpt keberkatan allah swt..

    Reply

  14. Posted by Saleh on 29/01/2013 at 11:17 am

    Hanya Allah yang maha berkuasa

    Reply

  15. Posted by nur asyekin on 07/02/2013 at 10:30 pm

    Assalamu’alaikum..
    saya izin untuk mengamalkan nya.
    terimakasih.
    Wassalam..

    Reply

  16. Posted by Waheeda Daris on 13/02/2013 at 10:17 am

    Terima kasih. Blog ustaz banyak memberi ilmu kepada saya yg cetek ilmu ini…

    Reply

  17. Posted by farra on 07/06/2013 at 6:03 pm

    Assalam tuan,
    boleh ke kalau kita baca ruminye sahaja..?

    Reply

  18. Posted by shuhaili binti yaakob on 26/06/2013 at 1:57 pm

    Assalammualaikum ustaz,
    Saya mohon diizinkan untuk mengamalkannya. Semoga ustaz dilimpahi keberkatan didunia dan diakhirat..

    Reply

  19. Posted by mohd basir adnan on 11/07/2013 at 11:07 pm

    Assalammualaikum, saya mohon dizinkan untuk mengamalkan surah2 ini, dan saya mohon keizinan untuk saya sampaikan pada umat sekelian alam.

    Reply

  20. Posted by amir on 13/11/2013 at 5:04 pm

    setiap masalah pasti ada jalannya, setiap penyakit ada ubatnya. cari ubat nya dalam agama. dekati Islam yang syumul. insyallah anda akan menikmati kehidupan ini dengan penuh kesyukuran. temuilah di dalam roh islam

    Reply

  21. Posted by Muh Solehin on 10/12/2013 at 10:59 pm

    Syukur Alhamdullillah apabila Ayat 7 ini bisa dihafalkan dan diamalkan dengan baik , Insyaallah hidup kita lahir dan bathin akan tenang.

    Reply

  22. Posted by Mohd on 20/08/2014 at 10:10 am

    Salam. Minta izin untuk print dan guna untuk keluarga. wassalam

    Reply

  23. Posted by Niza on 24/05/2015 at 6:39 am

    As salam tuan, mohon mengamalkan. Wassalam

    Reply

  24. Posted by Fadh on 09/06/2015 at 6:59 pm

    Syukran..
    Semoga bahagia selalu

    Reply

  25. Posted by luqman on 23/11/2015 at 11:31 pm

    assalamualaikum tuan,minta izin untuk amalkan ayat ni.

    Reply

  26. Posted by norzy on 09/09/2016 at 3:30 pm

    Assalammualaikum, mohon izin untuk copy ayat ini

    Reply

Leave a comment