Doa Ketika Ziarah Hari Raya

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Doa Ketika Ziarah Hari Raya | Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila bacaan doa dan alunan takbir raya bergema di rumah2 ketika ziarah Hari Raya sebagai melahirkan rasa syukur dan kemenangan dalam mengagungkan Allah سبحانه وتعالى di samping bagi memeriahkan suasana. Sebagaimana yang kita sedia maklum, malam Hari Raya itu adalah di antara waktu2 yang mudah diperkenankan doa.

Berikut adalah antara doa yang boleh diamalkan ketika datang berziarah ketika Hari Raya:

 

doa ketika ziarah hari raya SQ

#Sekiranya tuan rumah adalah perempuan, dibacakan perkataan di dalam kurungan menggantikan perkataan sebelumnya.

.

Terjemahannya:

.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w yang semulia-mulia rasul dan juga ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

 

Ya Allah! Wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan; Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Tinggi kedudukannya, dengan limpah dan kemurahanMu tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan. Berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal.

 

Ya Allah! Wahai Tuhan sebaik-baik tempat permohonan, perkenankanlah doa kami ini dan berikanlah lagi peluang kepada kami menemui bulan Syawal di tahun-tahun akan datang dan berkatilah Tuan rumah ini ………… (nama tuan rumah) dan seluruh ahli keluarganya serta panjangkanlah umur mereka dengan iman dan kurniakanlah kepada mereka rezeki yang halal dan jauhkanlah mereka daripada rezeki yang haram; Dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 

Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan dan keselamatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda. Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam!

.

.

Imam Syafie r.a telah nyatakan di dalam kitabnya Al-Umm: “Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sangat mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Lafaz Takbir Hari Raya  (Klik Di Sini)
  2. Amalan Menjelang Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: