Solat Sunat Dhuha

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

.

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

.

.

.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

.

.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

.

1.  Niatnya:

.

.

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

.

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.

.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.

ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

.

.

3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

.

.

4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:

.

.

5.  Berdoa

.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

.

وسلام

By; shafiqolbu

.

508 responses to this post.

  1. Posted by SURIANI on 02/02/2016 at 10:51 am

    Assalam…
    saya sentiasa mengikuti laman web encik,dan mohon halalkan jika saya copy solat sunat
    dhuha

    Reply

  2. Posted by jo on 22/03/2016 at 12:29 pm

    Mohon Kebenaran UNTUK amalan

    Reply

  3. Posted by Zuljifli on 30/03/2016 at 8:22 am

    JazakAllahukhairan katsira khairun jazak. Pohon izin ambil info tuan.

    Reply

  4. Posted by Shafie on 02/06/2016 at 11:47 am

    Mohon untuk di kongsikan, semoga semua orang dapat manfaat insyaAllah.. amiinn.

    Reply

  5. Posted by Dalilah on 26/06/2016 at 9:51 pm

    Boleh ke baca surah lain untuk selain yg dinyatakan ?

    Reply

  6. Posted by reen on 30/06/2016 at 10:55 am

    Solat Dhuha bnyak yg kita boleh dapat melalui solat dhuha ini…ketenangan dlm menguruskan sesuatu yg sukar..keberkatan dlm mencari rezeki Allah SWT..kadng2 jiwa sempit…kusut dlm menghadapi maslh kewangan..inilah jalan utk kita mngadu pada Allah SWT..hanya DIA yg dpt membantu..insyaallah…amin trima kasih kepada empunya blok yg sharing cara2 solat dhuha..ramai yg xthu..

    Reply

  7. Posted by raziah on 14/09/2016 at 10:58 am

    Assalamualaikum, Terima kasih Tuan Ustaz, Alhamdulillah saya bertemu laman ustaz, pohon izin cetak mana yang perlu untuk mengamalkannya, agihan dan simpanan untuk kami sekeluarga dan rakan-rakan. Semoga usaha murni ustaz diberkati-Nya berpanjangan

    Reply

  8. izinkan saya mencetak

    Reply

  9. Posted by Aremie on 20/09/2016 at 1:09 am

    Assalamualaikum Shafiqolbu …tiap kali sy tercari2 info details ttg solat , puasa dan lain2 , sy mesti terus type blog Shafiqolbu …semua ade , byk info yg sy dpt , cara penulisan sgt matang dan senang phm …ble phm , mudah nk amalkan hal kewajipan dan sunnah ,, info2 di susun teratur , terima kasih sbb buat blog yg sgt berguna mcm ni …semoga Allah taa’la panjangkan umur Shafiqolbu , berikanlah kesihatan yg baik dan Shafiqolbu sentiasa dlm lindungan allah ..amin3x , Waalaikumsalam .

    Reply

  10. Posted by zie on 27/09/2016 at 6:58 pm

    Terima kasih tuk segalanya sy kan mafaatkan masih byk perlu pelajari alhamdulillah

    Reply

  11. alhamdulillah.. moga berguna utk semua..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: