Khasiat Dan Fadhilat Yasin 7 Mubin

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.

“Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 10 kebajikan. Bukannya Alif Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya.” (al-Hadith).

.

Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.

.

.

Yasin 7 Mubin

Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;

1)   Ayat 12 = Mubin Pertama

36:12
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
.

2)   Ayat 17 = Mubin Kedua

36:17
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
.

3)   Ayat 24 = Mubin Ketiga

36:24
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
.

4)   Ayat 47 = Mubin Keempat

36:47
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
.

5)   Ayat 60 = Mubin Kelima

36:60
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
.

6)   Ayat 69 = Mubin Keenam

36:69
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
.

7)   Ayat 77 = Mubin Ketujuh

36:77

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

.

.

Cara membaca Surah Yassin

Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.

.

Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.

.

.

Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.

.

A. Langkahnya adalah seperti berikut:-

  1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
  2. Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
  3. Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
  4. Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.

.

.

B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :

  1. Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
  2. Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
  3. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
  4. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
  5. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
  6. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
  7. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
  8. Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
  9. Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).

.

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.

.

.

Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin

Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:

1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).

.

Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.

Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah …

.

Artikel Berkaitan:

Yasin 7 Mubin – Pulangkan Sihir

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by: Shafiqolbu

.


114 responses to this post.

  1. Posted by Nazly on 16/04/2012 at 6:41 am

    Terimakasih….Sunat Fajar ?

    Reply

  2. Posted by mimi on 09/06/2012 at 6:40 pm

    Assalamualaikum Tuan,
    berkaitan Yaasin 7 Mubin (Y7M), dari pengamalannya, jika terhimpun dua niat dalam satu bacaan..bagaimana?

    atau perlu di buat dua kali /dua set bacaan utk niat yg berbeza?..mohon penjelasan kaedah yg betul..

    utk makluman Tuan, saya ada mengamalkannya krn jd mgsa sihir..yg kedua akibatnya kami terpisah…saya cantumkan dua niat skaligus-mohon d musnahkan sihir hingga ke akar umbi dan mohon Allah kembalikan suami spt sediakala/bebas sihir..

    utk setakat ni, belum berhasil . saya dah cuba utk 3 mlm bturut…then stop..dan nk cuba 7mlm berturut…ATAU ada kaedah terbaik??

    selalu berlaku..nk habiskan hgga 7M tu, teramat mengantuk..tp saya usahakan juga dgn perlahan2..

    itu sahaja yg saya mampu saya buat, wlau byk kekangan…hanya mohon dan berdoa HANYA PD ALLAH..

    salam

    Reply

    • Waalaikumussalam w.b.t.

      Dalam kes mimi ini, natnya boleh disekalikan kerana ianya saling berkait. Ana cadangkan mimi buat Y7M dengan 3 kali naik.. iaitu buat 3 malam berturut-turut kemudian rehat sehari kemudian sambung semula 6 malam lagi dengan rehat ditengah-tengahnya sehari… lakukanlah juga Qiamullail, terutama solat Taubat dan Hajat disamping berdoa dengan sepenuh keinsafan dan harapan… semoga Allah SWT melindungi mimi dan dapat bersatu semula bersama suami. Insya’Allah..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by pg.muda on 21/10/2012 at 11:10 pm

        Assalam. Ustz. Sy musykil sdikit bhgn doa tu. Bila sampai pd setiap mubin adakah kita perlu melafazkan doa atau hanya sebut dlm hati je. T.ksh.

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Boleh kedua2nya…samada dilafazkan atau sebaliknya…

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  3. Posted by mimi on 13/06/2012 at 4:29 pm

    Syukran Tuan atas saranan..

    Saya akan usahakan.Semoga Allah izin n makbulkan usaha ini…mohon doa juga dari Tuan dan keizinan/ijazahkan amalan ini..

    (jk saya ada kmusykilan utk saya terus berhubung dgn Tuan selain dr melalui blog ini, boleh saya emel Tuan scr personal???)

    salam
    mimi

    Reply

  4. Posted by Suhaily on 14/06/2012 at 3:05 pm

    Assalamulaikum..

    Berkaitan Yasin 7Mubin..adakah ianya sesuai dibaca untuk kuatkan kasih sayang suami terhadap isteri. Jika ada cara, bacaan dan doa yang khusus..mohon Tuan tunjukkan.

    Salam

    Sue

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Yasin 7 Mubin boleh dibaca untuk apa saja tujuan dengan meniatkannya pada pembacaan..

      Doa Kasih Sayang
      اَللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبِّي فِى حُبِّهَا وَحُبَّهَا (حُبِّهِ وَحُبَّهُ) فِى حُبِّي وَاجْمَعْ حُبَّنَا فِى حُبِّكَ وَعَلى مَحَبَّتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
      Ya Allah! Jadikanlah cintaku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku dan satukanlah cinta kami dalam mencintai-Mu dan di atas kecintaan-Mu; Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

      # Suami baca yang diboldkan. Isteri baca yang di dalam kurungan.

      Doa di atas boleh diamalkan pada setiap selepas solat fardhu atau solat hajat untuk memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.

      Ayat-ayat Doa Pengasih Untuk Suami Isteri

      1) Surah Yusuf ayat 4
      2) Surah Thahaa ayat 39
      3) Surah al-Imran ayat 200
      4) Amalkan membaca 7 kali pagi dan 7 kali petang, Surah at-Taubah ayat 129
      5) Dibaca 3 kali selepas solat fardhu, Surah al-Hasyr.

      Reply

  5. assalamualaikum..izin kan share maklumat yang bermanfaat tuan

    Reply

  6. Posted by Sara Nina on 22/06/2012 at 10:11 am

    Dari pengalaman saya, saya amalkan Yassin 7 mubin untuk apa saja hajat.

    Pertama saya solat taubat 2 rakaat dan saya mula baca yassin. Setiap tiba perkataan Mubin, saya berhenti dan berdoa. Saya buat begini sehingga habis 7 mubin. Ini bermakna 7 mubin dan 7 doa yang sama. Last saya baca yassin sampai habis dan baca doa yang sama untuk kali ke 8. Last saya solat hajat 2 rakaat dengan doa hajat yang sama seperti saya sebut semasa membaca yassin tadi.

    Saya lakukan begini tanpa mengira berapa hari atau berapa minggu kerana Allah yang punya kuasa. Saya hamba Nya cuma meminta pertolongan dari Nya.
    Ada doa tiga tahun yang dulu belum terjawab hingga kini tetapi saya tidak putus asa kerana saya amat mengharapkan doa saya di makbulkan di dunia ini.

    Ada kalanya satu kali solat taubat, 7 kali doa mubin, 1 kali doa di akhir surah yassin dan solat hajat 2 rakaat sebagai penutup, Allah dah makbulkan doa saya beberapa jam selepas saya selesai dengan urusan-urusan diatas.

    Mungkin kekuatan saya ialah solat taubat, yassin dan solat hajat itu serta saya tidak pernah putus asa. Berdoa dan terus berdoa.

    Ini yang dapat saya kongsikan pengalaman saya.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tahniah Sara tidak berputus asa dan beristiqamah dalam beramal… apabila Allah SWT rindu pada hamba-Nya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibrail yang isinya adalah ujian. Dalam hadits qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hamba-Ku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)

      Reply

  7. Posted by Nur Nusaibah on 23/06/2012 at 3:39 am

    Assalamualaikum…Saya ada satu masalah berkenaan ayah saya…Buat pengetahuan, ayah saya sudah bercerai talak tiga dengan isterinya (ibu tiri). Ayah saya ada memberitahu saya dia sentiasa teringat akan bekas isterinya sepanjang masa. Bagaikan ada sesuatu yang mengawal mindanya untuk sentiasa mngingati akan bekas isterinya. Soalan saya, bolehkah saya membaca Yasin 7 Mubin untuk menyembuhkan ayah saya dari mengingati bekas isterinya? Mohon penjelasan.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Nampaknya ayah Nur masih menyayangi bekas isteri, tapi tak mungkin kembali bersama kecuali ibu tiri telah berpisah selepas berkahwin baru… Bagi mengelakkan ayah berpanjangan dibuai perasaan sehingga mengganggu ibadah, mintalah ayah berusaha melupakan bekas isteri dan Nur bolehlah membantu dengan mengamalkan 7 Mubin ini.. tetapi sebaik-baiknya ayah Nur yang melakukan sendiri Yasin 7 Mubin ini di samping melakukan solat Hajat…

      Reply

      • Posted by Mohd Shah on 30/07/2012 at 5:04 pm

        Jika tiada kekuatan dalaman adalah dinasihatkan supaya jangan melakukannya kerana dikhuatiri akan merosakan diri sendiri..!Carilah jodoh yg lain…Surah Yassin tak boleh dibuat main2…Begitu juga dgn cara nak bercerai..! jangan dibuat main2…Takut nanti makan diri..

  8. Posted by Mohd Shah on 25/06/2012 at 10:37 am

    Tuan,
    Izikan saya mengamalkannya…
    Terima ksih

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Hadiahkan bacaan al-Fatihan dan doakanlah ana sentiasa beroleh kesejahteraan dan keredhaan Allah SWT…

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

      • Posted by Mohd Shah on 31/10/2012 at 8:56 am

        Terima kasih tuan…semoga berkat guru Murshid akan saya rasai…
        Shah>>>.

  9. Posted by mimi on 14/07/2012 at 10:40 pm

    insyaAllah Tuan..
    terima kasih atas nasihat, panduan..
    semoga Allah menilai segala kebaikan n perkongsian ilmu dgn rahmatNYa dan d balasnya dgn keberkatan usia, rezki dan segala urusan

    barakallahufikum

    Reply

  10. Posted by fara on 16/07/2012 at 12:41 pm

    assalam tuan, kalau barang sy hilang dah 2 hari boleh lagi ke amalkan yasin 7 mubin ini..berharap sgt handphone sy yg hilang itu dikembalikan semula sbb hp tu hadiah dari suami..sedih dan tak tau nak rasa macam mane..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Fara amalkanlah membacanya.. dengan didahului melakukan solat sunat Taubat dan Hajat..

      Reply

      • Posted by fara on 17/07/2012 at 2:03 pm

        insyaallah tuan..terima kasih dan sy dah mula buat ari ni..semoga Allah memakbulkan hajat dan permintaan sy..insyaallah..

  11. Posted by anny on 18/07/2012 at 4:42 pm

    Assalamualaikum…tuan boleh ka amalkan yasin 7M walaupn ic,laptop,hp yg hilang sudah 3hari berlalu..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh diusahakan…Allah sahaja yang menentukan segalanya…

      Reply

  12. Posted by bya on 18/07/2012 at 7:11 pm

    Tolong ajar saya ilmu atau amalan memanggil anak yang lari dari rumah supaya balik ke pangkuan keluarga.Anak saya ini langsung tak dengar kata walaupun saya melarang tetapi dia berdegil untuk keluar dari rumah,

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selain mengamalkan Y7M, Pn.Bya boleh mengamalkan surah al-Waqiah dan Qiamullail pada setiap malam disamping zikir Asmaul Husna…

      Sekiranya ada dikalangan ahli keluarga yang lari dari rumah, menghilangkan diri, lama tidak pulang dan sebagainya, amalkanlah “Ya Khaliq, Ya Haq, Ya Mu’id, Ya Jaami’!” sebanyak mungkin setiap hari selepas solat dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. InsyaAllah digerakkan hatinya untuk pulang dalam jangka waktu yang singkat atau ditunjukkan / diketahui tempat dia berada.

      Dan dibaca “Ya Majiid, Ya Syahiid” secara berterusan setiap malam, InsyaAllah anak/ahli keluarga yang degil akan berubah perangai dan lebih menyayangi & menghormati kita.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  13. Assalamualikum tuan.. selain drpd doa utk cari brg hilang, sesuai ke kalau kita berdoa utk yg lain sprt doa utk keluar dan langasaikan segala beban hutang piutang yg besar hingga melibatkan along dan mengelakkan rumah drpd dilelong dan juga doa2 yg lain? Saya juga ada mengamalkan surah al-waqiah setiap malam..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bagus dan sesuaiah Aizal mengamalkan al-Waqiah setiap malam… adalah lebih afdal dilakukan Solat Taubat terlebih dahulu kerana Aizal telah terlibat dengan riba’ yang nyata… Lakukanlah juga Solat Istikharah dan Hajat yang diikuti dengan bacaan Y7M bagi diberi petunjuk dan jalan penyelesaian segala masalah ini. Boleh juga dibaca doa2 lain yang berkaitan, seperti;

      الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَهْرِ الرِّجَالِ
      “Ya Allah, daku berlindung denganMu daripada rasa sedih dan dukacita; daku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; daku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan kedekut; dan daku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

      Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن… (Doa di atas).” Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

      Reply

  14. Posted by nooraini on 29/07/2012 at 9:39 pm

    izinkan saya untuk mengamalkannya ye.

    Reply

  15. Posted by rohani on 24/08/2012 at 8:25 am

    Aslm.amat baik sekali.saya nak tanya bole ke guna utk ambik brg saya di bawah kawalan makluk halus?.atau adA tambahan bacaan lain lg. Terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah boleh dicuba dengan disertakan juga bacaan surah Al-Waqiah dan Al-Mulk.. Kita sebagai hamaNya hanya mampu berusaha, Allah SWT yang menentukan segalanya..

      Reply

  16. Posted by miss confius on 25/08/2012 at 11:45 pm

    assalamualaikum..saya nak bertanya bolehkah saya mengamalkan y7m ni untuk kembalikan kekasih yang tinggalkan saya.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh dicuba amalkannya untuk tujuan tersebut..tapi janganlah terlalu berharap kerana mungkin ada hikmah tersembunyi disebaliknya untuk ditemukan dengan insan yang lebih baik daripada si dia.

      Reply

      • Posted by miss confius on 27/08/2012 at 12:18 pm

        Bagaimana ye saya nak tahu,,yang saya x perlu teruskan untuk membaca y7m ni utk tujuan y saya nyatakan sbb tuan kata janganlah t’lalu b’harap mungkin ada hikmah d’sebaliknya..

  17. assalamualaikum!boleh tak saya amalkan yasin 7mubin utk mengembalikan hak saya yg dianiaya dan ditipu kontraktor dlm pmbinaan rmh.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah, boleh dicuba… di samping itu lakukanlah juga Solat Taubat dan Hajat… kemungkinan tanpa disedari ada kesilapan dari pihak sdr. seperti tak berzakat (maaf…contoh saja).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  18. Posted by Nonee on 08/09/2012 at 3:25 pm

    Assalamualaikum. Minta izin untuk mengamalkannya (beserta solat taubat). Untuk memulihkan rumahtangga dan suami yg rosak akibat sihir. Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat beramal dan diharapkan segalanya akan pulih seperti yang asal. InsyaAllah…

      Reply

  19. Posted by rohani on 15/09/2012 at 8:50 pm

    Aslm..saya sebelum ini ada buat yasin 41,bolehke di buat berselangseli ngan yasin mubin.kerana kdgkala tidak sempt.satu lg bila masa terbaik utk lakukan yasin mubin ini.bolehke saya hubungi secara personal kerana ada pertanyaan yg agak personal dr saya.saya mohon keizinan utk amalkan segala yg ada disini.t.k

    Reply

  20. Posted by iela on 19/09/2012 at 3:11 pm

    Asala.. bolehkah saya membaca yassin 7 mubin untuk mohon ditemukan jodoh dengan pilihan hati kita..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      ‘Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya ketentuan Allah SWT’… Janganlah Sdri.Iela letakkan harapan 100% pada si dia, berkemungkinan yang tercatat dalam kitab di ‘Luh Mahfuz’ tidak seperti pilihan hati… Namun begitu Y7M boleh digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan… InsyaAllah, jika ianya selari maka akan dipermudahkan jodoh Sdri.Iela.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  21. Asmlm, sepanjang kehidupan kita psti akan diduga oleh Allah SWT…telah cuba amalkan bacaan yassin..tiap hari…dan berdoa agar mudah – mudahan diringankan bebanan tersebut..ternyata utk melakukan dgn kadar yg byk spt x 41 bukannya mudah..ia penuh dengan rahsia2 yg mana hanya Allah saja yg tahu keupayaan seseorg itu..dgn tekad dan amalan ternyata dengan mengamalkan surah spt al -Qadr x 100 atau al ma’un siangnya beberapa lama barulah berjaya membaca surah yassin dlm jumlah yg byk insyaallah..dan cubalah utk berdoa utk jln kebaikan…dan paginya merasa begitu bahagia dan kecintaan yg teramat kepada Allah..hilang segala gundah- gulana…

    Reply

  22. Posted by nina on 08/10/2012 at 12:06 pm

    bo;eh ke baca siang2 n boleh ke buat tanpa solat means just baca yasin saje… n ape contoh niat doa utk buang saka? saka diri n kluarge boleh cmpur ke dlm 1 niat? thanks

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh digabungkan lebih dari satu niat… Sebaik2nya Nina buatlah selepas menyucikan diri melalui Solat Taubat dan memohon melalui Solat Hajat serta dilakukan pada masa2 mustajab berdoa.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  23. Assalamualaikum,..
    mohon ijazah & izin amalan yaasin 7 mubin di amalkan & disebarkan..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tidak perlu ijazah.. semua ilmu itu milik Allah SWT…tapi sebagai menghargai ilmu dan mensejahterakan ummah, Nur Reyzal hadiahkan bacaan al-Fatihan dan ringankanlah lidah bagi mendoakan ana dan guru2 terdahulu agar sentiasa beroleh keredhaanNya.

      Rasulullah SAW bersabda: “Adapun doa seorang Muslim bagi saudaranya yang tidak hadir (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan bagi saudaranya itu, malaikat yang diwakilkan itu juga berkata: “Amin… dan bagimu seumpama apa yang engkau doakan itu.” (Hadis riwayat Muslim)

      Jangan lupa beri kredit pada Blog Shafiqolbu…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  24. Posted by muhamad on 15/10/2012 at 10:16 pm

    salam, tuan..sy nak bertanya pendapat tuan sikit..boleh tak yasin 7m ni diamalkan untuk mengembalikan hubungan dgn kekasih yg memang dh diniatkan utk dijadikan isteri..sy dh buat solat istikharah, minta petunjuk dr Allah..slps sy buat solat tu sy rasa seolah2 makin kuat perasaan sy pd dia..sy anggap mgkn itu tanda2 yg Allah dh bg pd sy utk teruskan dgn die..cuma skrg sy perlu utk kembalikan dia pd sy..mohon pandangan..tq..

    Reply

    • Posted by muhamad on 16/10/2012 at 4:09 pm

      salam tuan..masih belum ada jawapan?

      Reply

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Teruskanlah amalkan Y7M ini di samping itu belajarlah mengambil hatinya dan pasanglah tekad serta usah untuk menikahinya dalam kadar segera bagi menyakininya dan megelakkan berlakunya maksiat..

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  25. Posted by puteri on 17/10/2012 at 8:07 am

    Assalamualaikum ustaz

    sy nk tya :
    1) setelah spi mubin yg ke 7, kite berdoa, pastu kena ulang balik bacaan yasin atau pun teruskan je spi abis?

    2) sy ada dgr jgk sesetengah org bgtau, doa tu x blh byk2 kena 1 je, betul ke ustaz? tp ada jgk yg bgtau blh byk, tp kena tulis la sbb doa mesti sama je.. yang mana betul ustaz, teringin nak tau..harap ustaz dpt membantu..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ulang semula dari mula. Walaupun boleh ntuk beberapa hajat tapi hayat yang satu itu adalah lebih berkesan kerana menunjukkan kesungguhan kita.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  26. Posted by didi on 18/10/2012 at 2:17 am

    solat hajat punya sujud terakhir lepas salam ke sebelum salam? sy dh cubar buat beberapa hari tp saka still ada lagi. so mcm mana ye? ada petua or apa2 tak supaya amalan ni dimakbulkan….

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Lakukan dengan sepenuh keikhlasan dan panjatkan harapan permohonan semata2 pada Allah SWT…

      Firman Allah SWT: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 2)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  27. Posted by Mohd Shah on 25/10/2012 at 9:45 am

    salam Ustad,
    Sy telah mengamalkan apa yg tuan ajarkan ini.(Yassin Mubin 7). Sebenarnya jika amalan ini disertakan dengan “mengasbatkan” pada teras kelo amalan ini akan menjadi lebih bermakna dan jazamnya lagi…izin Allah swt.Saya perolehi teras kelo ini pun dari anugerah Allah swt setelah mengamalkan Surah Yasin bertahun tahun lamanya.Insyaallah saya nak berbagi kpd yg berminat sebab ianya sangat ampuh dan mujarab…!
    Tkasih ustaz..Selamat hariraya aidiladha…

    Reply

    • Posted by saiful on 19/02/2015 at 9:53 am

      Asslmkm sdr Mohd Shah.. Apa maksud teras kelo.. apakah boleh diijazahkan.. jika boleh saya pun berminat.

      Reply

  28. Posted by shafim on 28/10/2012 at 10:45 am

    Salam Ustaz saya nak bertanya…Saya diminta untuk mengetuai bacaan 7 mubin ni tapi boleh tak ustaz tolong cadangkan doa yang ssuai…Kawan saya anaknya oku akan dibedah utn memulihkan kakinya.risikonya adalah takut keluar darah yang byk ketika operate. Minta ustaz tlg bantu..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Doa Selamat Pembedahan

      Sdr.Shafim bacakan doa selamat atau contoh doa berikut;

      “Ya Allah, ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang!
      Kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.

      Semoga dengan rahmat itu; Dikau berikan petunjuk kepada kami, Dikau perkukuhkan perpaduan kami, Dikau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.

      Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan!
      Kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan.

      Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifat-sifat yang keji.

      Ya Allah, Ya Tuhan kami yang Maha Mendengar!
      Dikau berilah kekuatan dan keselamatan kepada …. Bin/Binti …. yang akan menjalani pembedahan. Semoga pembedahannya berjalan lancar dan mendapat kesihatan yang baik selepas pembedahan.”

      Di samping itu dimasukkan juga doa2 dari Al-Quran seperti;

      “Ya Tuhan kami, janganlah Dikau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Dikau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. (Q.S. Al-Baqarah: 286)
      Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). (Q.S Al-Kahfi: 10)
      Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Q.S. Al Furqaan: 74)
      Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Dikau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Dikau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang menyala-nyala. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga yang telah Dikau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara ibu-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Dikaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Q.S. Al Mu’min: 7-8)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  29. Posted by nik mohd zailan on 30/10/2012 at 4:41 pm

    Salam…
    mohon share info yg diberi…
    semoga Allah memberkati dan merahmati tuan dan kaum keluarga tuan

    Reply

  30. Posted by atiqah on 08/11/2012 at 8:49 pm

    assalam..ustaz..stiap hari dan waktu ape yg sesuai tuk bacaan yassin 7 mubin ni?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Afdalnya Atiqah bacalah sewaktu qiamullail setiap malam..

      والله أعلم

      Reply

  31. Posted by salma on 12/12/2012 at 1:57 pm

    mohon share ya….terima kasih

    Reply

  32. Posted by Noraini Mohd Salleh on 19/12/2012 at 5:55 am

    assalamualaikum..izin kan kongsi maklumat dan mengamalkannya tuan.

    Reply

  33. Posted by Mohd Shah on 25/12/2012 at 10:04 am

    Mohon amalkan dan halalkan dunia akhirat..

    Reply

  34. Posted by NURUL AINA on 26/12/2012 at 12:03 pm

    Assalamualaikum wbt..
    Saya telah di sihir lebih kurang 10 thn lepas. Bermacam usaha telah saya lakukan untuk memulihkan penyakit saya, apabila saya berubat, selang beberapa hari saya akan bertambah sakit, sakit yang saya rasai akan bertambah dua kali ganda. Sehingga saya hampir berputus asa untuk hidup kerana tidak tahan menanggung kesakitan setiap hari seperti dicucuk dengan jarum dan dihiris dengan pisau. Kadang-kadang terasa seluruh badan saya sakit seperti ada serpihan kaca sedang melalui urat-urat dibadan. Puas saya mencari punca, tapi tidak berhasil.

    Alhamdulillah..setelah sekian lama menanggung kesakitan, Allah telah makbulkan permintaan saya untuk bertemu dengan pengamal perubatan Islam yang benar-benar boleh mengubati sihir saya. Sekian lama saya menanggung kesakitan, barulah saya tahu saya dihantar santau angin dan sihir menghalang jodoh.

    Saya redha kerana ini adalah ujian daripada Allah swt dan saya berserah kepadaNya. Ustaz yang merawat saya telah menyuruh membaca Surah Yassin 7 mubin selama 3 hari berturut-turut pada sepertiga malam serta melakukan solat-solat sunat.

    Alhamdulillah, kesihatan saya kini semakin baik. Sehingga ke hari ini saya masih mengamalkan Yassin 7 mubin. Kesannya hati saya sentiasa tenang dan dekat dgn Allah taala,

    Moga Allah taala bukakan pintu taubat untuk orang yang menzalimi dan menganiaya saya. Selagi nyawa masih dikandung badan, bertaubatlah kerana pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hambanya.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Aminnn..semoga Allah Azza WA Jalla terus merahmati kita semua…

      جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

      Reply

  35. Posted by reed on 26/12/2012 at 2:58 pm

    assalamualaikum tuan,
    sy sdg mencari sekiranya ada bijak pandai yg mengetahui tentang Yassin Hikmah. Jika ada mohon dikongsikan maklumat ttg beliau. tq.

    Reply

  36. Posted by mijie on 29/12/2012 at 6:32 pm

    aslmkm mohon izin dan ijazah untuk amal..smga mendapat mnfaat dunia akhirat…amiin

    Reply

  37. Posted by mijie on 29/12/2012 at 6:37 pm

    asslmkm..ada sapa2 tahu tak amalan yasin 40, kalau ada sape2 tahu mohon share dan juga ijazah sama…smga mndapat mnfaat kepada saudara2 seakidah semua…

    Reply

  38. Posted by suhaimiaahmad on 03/01/2013 at 12:12 pm

    Assalamulaikum wr wbt
    semoga ustaz izinkan ana mengamalkan dan menyebarkannya

    Reply

  39. Posted by hamba Allah on 06/02/2013 at 11:00 am

    Assalamualaikum ustaz, bolehkah doa ini di baca oleh wanita yang sedang uzur?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Berzikir dan doa boleh dilakukan tetapi membaca Al-Quran dan Surah Yasin adalah dilarang sewaktu haid.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  40. Posted by nur on 12/02/2013 at 2:59 pm

    salam..
    ustaz.. boleh x yassin 7 mubin nie di niatkan untuk suami..
    supaya suami lebih ingat kepada Allah,mengerjakan solat, dan lebih bertanggugjawab kepada ibu bapa dan isteri.. dan diminta supaya Allah melapangkan kehidupan suami dari masalah kewangan..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Insya-Allah boleh dicuba…bacakanlah sewaktu qiamullail…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  41. Posted by suria on 14/02/2013 at 9:49 am

    salam,
    saya mintak izin utk amalkan y7m, suami saya disihir orang.saya pun terkena tempiasnya..dalam masa 2 tahun ni, kadang2 suami ok, kadang2 dia tak ok.
    penyakit ni berulang.saya sedar khilaf saya sebelum ni terlalu berharap pada orang, sebab saya rasa saya jahil dan lemah untuk buat sendiri.
    sejak 2 menjak suami makin teruk. dia dah tak kisah saya dan anak2. tak balik rumah.dan sedihnya dia gila berjudi, bermain snooker..
    boleh tak saya amalkan utk doa supaya kalau jodoh panjang suami kembali pada kami, dan supaya suami tinggalkan maksiat, supaya orang berhenti khianati keluarga saya.
    boleh tak sekalikan saja doa tu?
    terimakasih

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Lebih berkesan jika dibuat berasingan….

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  42. Posted by pokmejutawe on 18/02/2013 at 10:46 pm

    aslm! saya kira cuma 7 mubin + 7 doa je! ustaz ata semua ada 28 doa, macamana tu? wslm!

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sudah ana jawab pertanyaan yang sama di atas…cuma terlupa membetulkannya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  43. Posted by Yasmin on 28/02/2013 at 10:45 pm

    Assalamualaikum Ustaz,
    Izinkan saya untuk mengamalkan dan menyebarkannya kepada yang tidak mengetahui. Semoga sama-sama mendapat manfaat daripada ilmu ini.

    Reply

  44. Posted by yureena on 05/03/2013 at 1:16 pm

    as salam. knp lps amalkan yassin 7 mubin bdn saya jadi sakit2. saya dan suami telah disihir. boleh ke amalkan yasin 7 mubin ni? tanda2 doa kita dimakbulkan macam mane eh?

    Reply

    • Posted by yureena on 05/03/2013 at 2:32 pm

      harap reply saya nyer soalan eh. terima kasih

      Reply

    • Salah tu. Tiada dalam sunnah untuk mengelak dari sihir adalah dengan bacaan yaasin 7 mubin. Baca apa sahaja dlm quran itu sudah memadai. Al-Fatihah pun sudah cukup jika kita yakin akan pertolongan Allah. Xleh tetapkan bacaan apa kecuali sunnah tetapkan.

      1. Banyak berdoa
      2. Banyak zikir (sahih) (alhamdulillah, allahuakbar, subhanallah, astaghfirullah, lailahaillallah)
      3. X tinggal perkara wajib (solat, puasa dsb)
      4. Tutup aurat
      5. Elak dari perkara khurafat (tangkal dsb)
      6. Yakin akan Allah SWT.
      7. Kita telah berusaha dan masih ada kesan (sihir) maka tawakkal dan redha itu adalah ujian. Doa sentiasa..

      Allahualam…

      Reply

  45. Posted by idasyahida on 05/04/2013 at 10:20 am

    assalamualaikum….
    tuan saya minta izin utk share ilmu berguna ni dan amalkannya….

    Reply

  46. Posted by Aslienda Amirul on 11/04/2013 at 2:06 am

    Salam……..

    Saya mohon jawapan daripada pihak Tuan, bolehkah kita membaca Y7mubin ini untuk membuka hati kekasih kita datang untuk melamar, tujuan saya adalah baik supaya kami boleh mendirikan rumahtangga atas perancangan yang telah dirancang, Jikalau saya boleh berdoa dan membaca U7mubin saya ingin melakukannya.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Lakukanlah dengan yakin dan seikhlas hati…InsyaAllah terbuka jalannya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  47. Posted by zalina harun on 25/04/2013 at 11:50 am

    assalamuallaikum…ustaz izinkan sy share…tk…

    Reply

  48. Posted by Lynn on 12/06/2013 at 2:18 pm

    salam.ustaz sya nak tnya. kalau utk suami yg sudh berkurang kasih sayang kpd isteri blh ke saya amalkan 7mubin ni?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah, cubalah mengamalkannya dalam qiamullail secara istiqamah..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  49. Posted by abam tebu on 25/06/2013 at 3:40 pm

    Salam. Terima kasih ustaz cz share. mohon utk beramal dgn ayat Allah ni

    Reply

  50. Posted by apple on 18/07/2013 at 1:17 pm

    Salam. Ustaz. saya nak tanya. boleh ke saya amalkan yasin mubin ni utk kembalikan kekasih saya? hubungan kami sudah pun 11 tahun dan terputus sebab salah faham tp sejak kebelakangan ni kami kerap berjumpa blk dan kekasih saya bagi tau yg dia amat merindui saya. jadi boleh ke kalau saya amalakan?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh… antum segerakan komitmen ke arah ikatan yang lebih sah.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by apple on 15/08/2013 at 10:00 pm

        ustaz saya nak tanya kalo rindu betul ke boleh baca doa nabi yusuf?

  51. Posted by roslan on 01/08/2013 at 4:13 pm

    salam,ustaz… mohon di izinkan saya beramal. Alhamdulillah.

    Reply

  52. Posted by sofea on 10/08/2013 at 4:27 pm

    as’salam..mohon di izinkan saya beramal.Alhamdulillah

    Reply

  53. Posted by mona mh on 07/09/2013 at 8:32 am

    Assalamualaikum wbt YBhg ustaz yg sy hormati.
    Mohon pencerahannya…ada yg mengajarkan ttg membaca doa pd setiap 7 mubin dr surah yassin ini sbg salah satu ikhtiar ibu bapa untuk anak2 yg bakal menghadapi peperiksaan… Dgn harapan anak2 mendapat hati yg terang mengingati pelajaran dan seterusnya tenang menjawab soalan peperiksaan hingga memperoleh kejayaan cemerlang…. Bagaimana pendapat YBhg Ustaz.
    Jazakallah

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Begitulah cara yang sebaiknya di samping usaha si anak sendiri…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  54. Posted by syedmohdradhisyedshafik on 01/10/2013 at 8:24 am

    Salam ustaz, mohon keizinan untuk mengamalkan ilmu diberikan. Semoga mendapat keberkatan dan kebaikan kita bersama. syukran ustaz.

    Reply

  55. Posted by reena on 03/10/2013 at 4:11 pm

    salam,ustaz… mohon di izinkan saya beramal. Alhamdulillah.

    Reply

  56. Posted by rodziah on 03/10/2013 at 4:32 pm

    salam,ustaz… mohon di izinkan saya beramal. Alhamdulillah.

    Reply

  57. Posted by hamba allah on 26/12/2013 at 10:19 pm

    apakah banyak pahala yang didapat jika mengamalkanya

    Reply

  58. Posted by dea on 06/07/2014 at 6:18 pm

    apa bisa untuk suami saya yang tidak mau pulang agar kembali dan menjadi suami yang baik,tanggung jawab dan sayang kepada saya istrinya?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Insya’Allah… kita cuma berusaha dan berikhtiar, Allah SWT yang menentukan segalanya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  59. Posted by su on 03/08/2014 at 10:58 am

    sekadar ingin berkongsi… waktu bersekolah dulu… sy buknlah kategori pelajar yg pandai… ketika mhhadapi stpm… sy mengamalkn y7m ini… sblm semasa n slps exam… sblm n semasa exam sy istiqamah buat y7m… waktu mndapat kptsn exam sy berasa sgt sedih… kerana kptsn sy mmg tdk melepasi utk sy memasuki universiti pendidikan… tetapi sy yakin allah akan memakbulkan doa sy… sy tetap melakukan y7m ini.. doa sy hanya satu… allah, izinkan aku melanjutkan pelajaran ke universiti… sy tetap memohon u pend… walaupun kptsn sy mmg tdk layak utk melepasinya… alhamdulilah.. sy yakin allah mndgr doa2 n hajat sy… n sy amat yakin allah menilai usaha2 sy… bermula dgn panggilan temuduga… alhamdulilah… hanya sy seorang sahaja mewakili skolah yg dpt pendidikan… sedangklan rakan yg sama mohon pend. n kptsn nya baik… tiada rezeki… slps temuduga sekli lagi nikmat yg allah kurnia… sy berjaya memasuki universiti dgn pilihan pertama yg sy pilih… kuasa allah… ye.. allah benar2 mndgr doa sy… keputusan sy tidak cemerlang.. allah tambahnikmat lagi dgn sy diterima masuk u dgn pilihan pertama sy… alhamdulilah… yakinlah… allah mndgr rintihan kita…

    Reply

  60. Posted by Azlee Aziz on 21/08/2014 at 2:58 pm

    Asaalamualaikum Tuan..saya pohon kepada tuan untuk mengambil apa-apa artikel ataupun sumber ilmiah yang boleh saya serta ahli keluarga saya amalkan..saya ikhlas dan tiada niat apa-apa melainkan untuk amalan harian..saya khuatir jika tuan tidak mengizin/membenarkan saya untuk berbuat demikian..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Silakan… semoga dimanfaatkan sebiknya.

      جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

      Reply

  61. Posted by sijoyiman on 09/11/2014 at 11:14 pm

    asssalamualaikum uustds boliekah ustads y7m untuk membantu rumah tangga kawan saya yang lagi ada masalah

    Reply

  62. Posted by mohd on 23/05/2015 at 8:03 am

    assalamualaikum tuan…boleh tak klu saya baca yasin 7 mubin utk mendapatkan pekerjaan? klu ada mcm mana cara nya dan doa2 nya.

    Reply

  63. Posted by Fauzi Musthafa on 04/08/2015 at 1:00 pm

    assalamualaikum w.w, izinkan saya mengamalkannya ya Ustadz ..mudadahan hajad saya dapat terkabulkan

    Reply

  64. Posted by meme on 25/09/2015 at 8:09 pm

    ass, pak ustad izinkan saya mengamalkan ini,saya ingin mengamalkan supaya pacar saya kembali dan sakit pelalau disembuhkan, apa bisa dalam baca yasin 2 niat gtu pak?

    Reply

  65. Posted by mummy on 02/02/2016 at 3:45 pm

    assalamualaikum, ustaz,,, minta izin untuk mengamalkan y7m nie yea…

    Reply

  66. Posted by Norhidayati on 06/03/2016 at 9:30 pm

    Assalam mualaikum tuan. Saya baru bertemu blog tuan ini. Sungguh lengkap dan bermanafaat bagi saya. Izin kan saya screen shot blog ini.

    Reply

Leave a comment