Amalan Sunat Dan Fadilat Puasa Bulan Syaaban

Ketika Syaaban, Saidatina Aisyah r.a. menyatakan  Rasulullah SAW banyak berpuasa dan memperbanyakkan amal kebajikan dan ibadat kerana dalam bulan Syaaban adalah sebagai latihan melawan nafsu untuk menuju kepada ujian yang lebih besar iaitu bulan Ramadan.

Berikut ana catatkan ringkasan amalan-amalan dan puasa sunat yang boleh dilakukan dalam bulan Syaaban. Sesamalah kita sedaya upaya cuba mengamalkannya..

.

Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban

.

Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Berpuasa sunat.
  • Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
  • Perbanyakkan amalan takwa.
  • Solat lima waktu secara berjemaah.
  • Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
  • Melakukan amal kebajikan.
  • Memohon keampunan ibu bapa.
  • Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
  • Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
  • Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
  • Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
  • Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.

.

.

Puasa Syaaban Dan  Fadilatnya

.

Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban.

Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: “Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.”   (Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)

.

Berpuasa dalam bulan Syaaban selain menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan, ia juga mempunyai kelebihan, antaranya:

.

1.   Berpuasa sehari.

a.  Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.

b.  Dimasuk syurga

c.  Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.

d.  Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s,  dan Nabi Daud a.s.

.

2.   Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.

a.  Mendapat pahala 70 orang nabi,

b.  Seperti orang beribadah 70 tahun .

c.  Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.

.

3.  Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa. 

a.  Di ampunkan oleh Allah.

b.  Diberkatikan rezeki.

c.  Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.

.

4.  Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.

a.  Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.

b.  Akan dimasukkan ke dalam syurga.

.

5.  Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.

Diampunkan dosa oleh Allah SWT

.

6.  Berpuasa sebulan.

a.  Dimudahkan Allah akan saat mati,

b.  Terlepas dari kegelapan alam kubur,

c.  Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,

d.  Allah menutupkan aib di hari kiamat,

e.  Diwajibkan masuk ke syurga.

.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keredaan Allah SWT.

.

Oleh;

Shafiqolbu

2 Syaaban 1432H

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

Artikel Berkaitan:

 .

  1. Sejarah Bulan Syaaban Dan Amalannya  (Klik Di Sini) 
  2. Keagungan Dan Amalan Malam Nisfu Syaaban (Klik Di Sini)
  3.  Qiamullail Dan Amalan Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban  (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

20 responses to this post.

  1. Posted by akma on 21/06/2012 at 12:24 pm

    mohon share di facebook ye..

    Reply

  2. Posted by nur on 22/06/2012 at 11:36 am

    saya baru terbaca tentang puasa bulan syaaban ni.. hampir seminggu saya puasa ganti.. semalam bermula la 1 syaaban.. rugi nya saya tak baca article ni awl2 kalau tak saya dah niat puasa sunat… saya nak tanya, puasa ganti di bulan syaaban, masih dapat ganjaran sama dengan puasa sunnat ini ?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amalan yang dilakukan kerana Allah SWT pasti ada ganjaran… InsyaAllah Nur juga akan memperolehinya…

      Reply

  3. Posted by nur on 24/06/2012 at 9:42 pm

    amin.. terima kasih…

    Reply

  4. Posted by saye.. on 26/06/2012 at 12:39 pm

    subhanallah..Allah maha pemurah..

    Reply

  5. Posted by naz on 28/06/2012 at 10:37 am

    mohon share

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Doakan ana beroleh kesejahteraan dan keredhaan Allah SWT…

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  6. Posted by Saba on 05/07/2012 at 7:30 am

    Alhamdulillah ,dah masuk 40an baru terbuka hati melakukan amalan malam nisfu syaaban dan berpuasa…Syukur padaNya..

    Reply

  7. Posted by ihsan on 06/07/2012 at 2:44 pm

    salam..

    wajibkah puasa sunat syaaban ini dilakukan 3 hari berturut-turut? contohnya jika kita berpuasa pada hari isnin, kita wajib berpuasa pada hari esok (selasa) dan lusa (rabu)..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Puasa sunat sah dibuat pada mana-mana hari kecuali berpuasa pada hari Jumaat yang perlu diiringi dengan hari Khamis atau Sabtu. Manakala puasa 3 hari berturut-turut kebiasaannya dilakukan pada ‘Hari Putih’ iaitu berpuasa pada 13, 14 dan 15hb Hijrah/Islam.

      Reply

      • Posted by camellia on 30/05/2014 at 11:31 pm

        Adakah niat puasa hari putih blh di sekalikan pd puasa tiga hari dipertengahan syaaban

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Puasa puasa hari putih dan puasa tiga hari dipertengahan bulan adalah perkara yang sama.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  8. Posted by rismawathy on 11/05/2013 at 9:23 am

    Semoga amalan yg kita lakukan di ridhoi allah swt.
    Aminnn

    Reply

  9. Posted by faezah on 15/05/2013 at 12:24 pm

    alhamdulilah..info ini sgt membantu sye dlm pembelajaran..
    terima kasih

    Reply

  10. Posted by danilia_83@yahoo.com on 09/06/2013 at 11:04 pm

    mohon share ye..

    Reply

  11. Posted by JR on 11/06/2013 at 8:35 am

    alhamdullilah, syukran

    Reply

  12. Posted by gbhfg on 12/06/2013 at 1:40 pm

    hihio ,. mvbhjft

    Reply

  13. Posted by r'na usman on 23/06/2013 at 12:32 am

    mohon share facebook yaaa….

    Reply

Leave a comment