Archive for August, 2011

Tahniah Google Malaysia!

Bersempena dengan perayaan berganda MerdekaRaya” yang unik, syarikat Google  Malaysia  telah menambah reka bentuk khas, menghiasi logo Google  untuk memperingati Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan Malaysia.
Continue reading

Semangat Merdeka Seorang Insan

MERDEKA!  MERDEKA!  MERDEKA!

Hari ini, 31 Ogos 2011, maka genap 54 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan. Penghormatan perlu diberikan atas usaha pemimpin dan pejuang terdahulu, membawa Tanah Melayu kemudiannya Malaya menjadi sebuah negara yang Aman Merdeka.

Rakyat Malaysia seramai 29 juta pada hari ini amat bertuah kerana ianya diteruskan oleh pemimpin terkemudian yang telah membawa Negara Malaysia ke arah kesepaduan, kecemerlangan, kemajuan, bebas dan aman untuk didiami. Continue reading

Puasa Enam Bulan Syawal

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam usaha menambah pahala dan meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, digalakkan bersegera melaksanakan puasa enam hari selepas Aidilfitri, yang dikenali sebagai ‘Puasa Enam’.

Ibadat puasa perlu dilakukan sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh untuk taqarrub kepada Allah SWT, demi menundukkan hawa nafsu dan membersihkan diri.

Continue reading

Salam Lebaran 1432H / 2011M

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Minnal Aidil Wal Faaizin

Salam Aidil Fitri khas buat semua pengunjung blog ana.
Maaf zahir batin… Sepanjang berblog di shafiqolbu sudah tentu tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap. Continue reading

Amalan Menjelang Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan. Rasulullah SAW bersabda:Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebuah lagi hadis menjelaskan; “Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.” Continue reading

Lafaz Takbir Hari Raya

TAKBIR AIDILFITRI

Sebagai tanda bermula sambutan Aidilfitri perlulah melaungkan gema takbir. Bertakbir daripada satu rumah ke satu rumah amat baik diamalkan, selain mengucapkan kalimah kebesaran, dapat juga merapatkan silaturahim sesama penduduk.

Ketika Hari Raya Aidilfitri disunatkan sentiasa bertakbir di luar waktu solat dengan menguatkan suara, bermula dari terbenam matahari akhir Ramadan sehingga sebelum bertakbiratul-ihram solat sunat Hari Raya. Continue reading

Doa Perpisahan / Akhir Ramadhan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Perpisahan dengan bulan mulia yang hadir bersama seluruh keindahan dan keistimewaannya.

Berpisah dengan bulan ini bermakna kita meninggalkan kesempatan meraih pahala kebaikan yang berlipat ganda. Kita kehilangan dua keajaiban kegembiraan sewaktu berbuka puasa dan hilangnya kesempatan untuk memperoleh keampunan Allah terhadap dosa yang kita lakukan.

.

Sabda Rasulullah SAW: “Ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan tatkala bertemu dengan Allah.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Continue reading

Jadilah Peniaga / Pengguna Bertanggungjawab

Sampai Bila?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramai pihak tertentu mengambil kesempatan terhadap keghairahan umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Mereka semakin rakus menjalankan perniagaan tanpa mengambil kira kesensitiviti Agama dan masyarakat Islam dengan menjual barangan meragukan status kehalalannya.

.

Kebanyakan produk pengguna ini yang diimport dari negara bukan Islam, terutama Negara Cina, Taiwan dan Thailand. Barangan seperti kulit dan makanan bakal diguna-pakai dan menjadi hidangan pada musim perayaan utama umat Islam tidak lama lagi. Continue reading

Info Dan Soal Jawab Mengenal Al-Quran

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya… dan sejauh manakah kita telah mengenali kitab bekalan (Al-Quran) yang bakal memberi syafaat besar di akhirat kelak ………..

Continue reading

Trivia Dan Fakta Kitab Suci Al-Quran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Banyak fakta yang membuktikan Al Qur’an adalah firman dari Allah SWT. Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia dan keajaiban.

Al Qur’an bukan sahaja kitab ilmu pengetahuan, tetapi di dalamnya terdapat banyak fakta ilmiah yang dinyatakan secara sangat menyakinkan sejak 1400 tahun lalu dan hanya baru dapat ditemui dengan teknologi abad ke-20 dan 21. Fakta-fakta ini belum dapat dijumpai dan difahami di zaman Al Qur’an diwahyukan, dan kini ianya semakin banyak dibuktikan bahawa Al Qur’an adalah firman Allah.

Continue reading